Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 12, 2008

Hari Raya Korban 2008

Cerita tentang raya korban tahun ni seperti di dalam gambar :-











Baju kami berdua sama. Kain cotton bunga merah kecil2.



Kek marble belang ni buat sama2 kat rumah mak usu. Atas tu terbakar agak terhitam sikit tapi isi dalam masih ok.



Hasilnya.



Menu raya tahun ni, saya minta mak masa nasi minyak. So, mak masak nasi minyak rempah + ayam kurma + ayam masak merah + jelatah (timun dgn nenas). Mak ada jugak masak kuah kacang dan nasi impit. Rendang ayam dan sayur lodeh pulak mak lang yang masak. Hari Raya Korban tahun ni kat Lembah Klang hujan je memanjang.

Friday, December 5, 2008

Take A Break

Saje, tengah tension agaknya. Kerja kat office tak kan selesai sampai bila2. Lagi2 kerja macam saya ni memerlukan penjanaan otak sepenuhnya? Tahu dak apa kerjanya. Saya adalah seorang Stenographer, masuk mesyuarat catit minit dan buat minit. So, kerja tak kan habis sampai bila2. Saya bersyukur dengan kerja saya ni. Sebenarnya saya berminat nak melanjutkan pelajaran lagi untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kerjaya. Tapi? Itulah pasal kalau masa bujang dulu kan ke senang. Tapi tak pe sekarang ni, saya bertekad nak lulus Aras IV untuk PTK, Aras III dan lepas dan dengar2 memang ada kekosongan untuk kenaikan gred, tapi segan nak bertanya. Ilmu pulak tak semestinya ilmu dunia, ilmu akhirat kena juga pelajari. Saya beruntung sebab suami saya sehingga kini seimbang kedua2 nya. Maksudnya bila time agama dia agak tegas, tapi bila enjoy dia boleh masuk jugak. Minggu lepas saya bercuti 3 hari. Balik office hari Selasa dah mula dengan kerja2 semula. Balik bercuti dari Melaka petang Ahad. Pagi Isnin, 1.12.2008 bawa Khadija ke Klinik, injection terakhir. Petang tu dia demamlah juga. Khadija ni makin manja, masa demam tu bukan main mengada lagi. Selepas hantar Khadija kat rumah mak, lepas balik Klinik, suami saya ajak tengok wayang di Jusco Bukit Tinggi, Klang, bawa anak buah sekali Naim. Oleh kerana bawa Naim, kami tengok cerita Anto Fighter. Not bad, lawak jugaklah. Tapi ending dia membosankan sikit. Watak yang best pun boleh dikatakan cuma Radhi OAG dan Bell serta Scha yang menghidupkan cerita tu. Yang lain2 tu gitu2 aje.


Wednesday, December 3, 2008

Cuti2 Malaysia Lagi ..... Melaka

Last week, kami sekeluarga bercuti2 lagi. Kali ni destinasi percutian kami ke Melaka. Actually, suami saya telah mengambil pakej percutian melalui Pearl Global di mana destinasi penginapan akan diuruskan oleh pihak berkenaan. So, pada percutian ini kami telah memilih Ayer Keroh D'Village (bagi *** je) sebagai destinasi penginapan kami. Sesampai di Melaka, kami terus menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. Best lah juga. Gambar-gambar kat bawah ni adalah turutan percutian kami.



Khadija atas bot.



Muka abah yang jelas penat sebab drive tanpa henti.



Gambar atas bot



Kami naik beca untuk dari satu tempat ke satu tempat. Satu jam dia caj RM40.00. Kami naik dalam dua jam setengah. Dia caj kami RM70.00. (Ok ke?). Bolehlah sebab abang beca tu siap jadi pemandu pelancong kami, bawa kami berhenti solat kat Masjid Tengkera (tak pasti namanya).



Di bangunan-bangunan bersejarah Bandar Hilir.









Hotel Baba dan Nyonya (lupa nama dia apa). Abang beca bawa kami ke sini, kat dalam tu banyak barang-barang Baba Nyonya. Cantik. Dari luar nampak kecil je hotel ni, kat dalam besar.



Pukul 4.30 petang baru check-in di Ayer Keroh D' Village. Selesai solat dan berehat kejap, terus bawa Khadija mandi kolam. Bukan main suka lagi dia dapat main air, sampai menangis tak nak balik bilik.



Sebelah malam, kami ke Bandar Hilir lagi, mulanya nak naik 'eye on M'sia'. Tapi tak jadi, cuma naik Taming Sari (namanya kalau tak silap). Alah, yang lebih kurang macam Menara KL tu. Yang tak syok beratur sampai sejam lebih untuk beli tiket. Ramai sungguh orang waktu tu. Lagi yang tak best kat Bandar Hilir ni, jalan sesak sangat.



Lepas breakfast, nak mulakan perjalanan ke Zoo Melaka.



Zoo Melaka ni sebelah je dengan Resort penginapan kami.



Khadija yang penat berjalan. Kat belakang tu burung kakak tua.



Keldai or donkey yang jinak.



Bandar Melaka ni best tapi masalah kesesakan jalan yang menyusahkan pelancong macam kami ni. Di harap Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Pelancongan mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Yelah, dah diiktiraf oleh UNESCO, bandar warisan....

Secara kesimpulannya percutian ini adalah untuk merehatkan minda dan membawa Khadija jalan-jalan. Next destination.....tahun depan, tempat jauh sikit, naik flight pulak. Insyaallah.

Tuesday, November 18, 2008

Cerita Separuh Hari (Half Day)

Semalam, Isnin 17 November 2008....Saya ambil half day (ada ke istilah tu? dlm GO takde rasanya) istilah yang lebih tepat adalah kebenaran untuk tidak mengetik kad perakam waktu. Semalam jugak suami ambil PTK, satu paper aje. So, dia memang tak masuk office sebelah petang. Urusan rasmi yang sepatutnya nak buat tak jadi disebabkan ada orang berminat nak tengok rumah sewa kami tu, seorang cikgu Sek. Men. Rantau Panjang. Cikgu Siti Saniah berasal dari Kedah. Temujanji pukul 2.30 ptg di hadapan sekolah tu, dia follow kereta kami. Agak kelam-kabut jugak semalam, yelah dah ada org nak tengok rumah tapi kunci penyewa lama belum pulangkan. Nasib baik ada kunci spare kat Kerayong, berdesup suami saya memacu kereta saya ke sana, kelam-kabut juga nak mengejar masa. Yelah janji kena tepati, first time jumpa apa lagi. Kena ikut time. Nasib baik lewat 10 minit je. Kami terus ke lokasi rumah sewa kami. Lepas tunjuk dan bercerita serba sedikit, cikgu tu tak bagi kata putus lagi. Dia kata dalam bulan 12 ni dia akan confirmkan semula. Ni, kiranya orang kedua yang bertanya pasal rumah ni, yang pertama budak MPK ni, anak buah SU, Izan tapi senyap je. Tak minat kot. Bermakna peluang untuk menyewa rumah kami ni masih terbuka lagi kepada yang mencari2 rumah kediaman ye!!!. Kadar sewa boleh dirunding semula. Habis urusan tu, saya minta suami buat balancing dgn alignment kat kereta Kelisa kesayangan saya ni. Jumlah bayaran RM45.00. Dah hampir 7 tahun saya pakai kereta ni, Syukur Alhamdulillah semua OK sepanjang tempoh ni. Loan pun dah 2 tahun lepas habis. Sayang sangat2 dgn kereta ni.... BGL 3782







Kesian Khadija tengah boring menunggu.

Happy 29th Birthday

Selamat Hari Jadi Abah! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan cemerlang di dunia dan akhirat.....AMIN.



Cupcake ni diorder dengan As. (Terima kasih As, sedap sungguh!!!). Mulanya memang bercadang nak buat kek sendiri tapi disebabkan kekangan masa, beli jelah.



Celebrate birthday abah tahun ni agendanya makan2 kat rumah dan di luar pastu jalan2. Itu aje. Yang penting kami happy!!!

Monday, November 10, 2008

Sungai Tekali, Hulu Langat

Sungai Tekali ni dekat Hulu Langat, on the way pergi sana memang banyak sungai-sungai yang akan kita tempuh contohnya Sungai Congkak dan Sungai Gabai. Air Sungai Tekali ni cetek je. Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni. Oh ye, mula2 plan ramai yang nak pergi, tapi semua ada hal last minute, macam adik saya ada kursuslah, sepupu ada hal lah, macam2 lah lagi. Tapi akhirnya kami teruskan juga pergi sbb suami saya nak release tension mandi-manda kat sungai. Air kat situ cetek je, sesuai untuk kanak-kanak mandi-manda dan masa kami pergi tu majoriti ibu bapa yang bawa anak-anak kecil ke situ.



Cetekkan airnya? Khadija pun boleh terapung-apung.



Tengoklah Khadija tu.



Pakai baju mandi.



Abah tengah sibuk pasang khemah.



Kakak Sarah.


Abah mithali.


Kakak Sarah yang dah nak remaja.


Cousin...


Cerita Pasal Pinggan Mangkuk

Saya memang berhasrat nak buat jualan langsung set pinggan mangkuk jenama Arcopal. Untuk permulaan saya nak berkongsi cerita pasal set pinggan mangkuk yang saya gunakan sehari-hari di rumah kami sendiri. Mulanya kami gunakan set melamine je. Itu pun set yang saya beli secara main kutu masa mula-mula bekerja di Diperdana dulu. Sebenarnya tak minat pun dgn barang2 melamine ni sbb di rumah mak pun kami tak gunakan barang-barang macam tu. Disebabkan dah ada, masa mula-mula kahwin dulu saya pun gunakannya.

Tapi, sejak kebelakangan ni, bila sepupu saya Fiza menceritakan kesan-kesan buruk bila gunakan barang-barang melamine atau plastik terus saya bungkuskan kesemua set melamine saya. Seterusnya saya gunakan set kaca pemberian arwah Nenek Hajjah Mariam sempena perkahwinan saya tu. Mulanya memang sayang nak pakai, nanti boleh beli lagi, saya pun gunakan. lagipun kan banyak set yang ditawarkan oleh Arcopal....So, azam saya tahun depan akan kumpul duit untuk dapatkan set terbaru Arcopal. Hehehe.....

Bagi yang berminat untuk membeli juga, saya tawarkan belian secara ansuran bulanan sehingga 10 kali bayar bagi harga yang melebihi RM500.00. Apa lagi?



Set melamine.



Memang ringan dan tak risau pecah, tapi.....kesannya???



Ha, ni set kaca yang arwah Wan bagi.



Ringan dan kena hati-hati guna. Yelah banyak kenangan ni.

Taman Buatan

Inilah gambar-gambar landskap yang terhasil di taman buatan suamiku setelah dua bulan berlalu. Ok apa?



Bawah pokok mata kucing ni ada pokok ulam pegaga yang disemai oleh suami yang mana benih ulam tu diambil dari celah rumput rumah kat kampung dia. Pokok mata kucing tu beli kat Sepang. Mungkin lagi 6 bulan dah keluar hasillah tu (buah).



Rumput carpet yang makin subur.



Di tepian pagar.



Cantik tak?

* Syukur Alhamdulillah, beruntung saya dapat suami yang rajin mengindahkan luar dan dalam rumah.

Gambar-Gambar Baru Khadija Amanina bt. Hakim






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...