Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 30, 2008

Trip To Zoo Negara









Dah lama tak pegi Zoo Negara, last pegi rasanya masa tu tiket masuk baru RM10.00, sekarang dah naik RM15.00 dewasa, kanak2 3 tahun ke atas kena RM6.00. Tak byk jauh bezanya keadaan zoo dulu dan skrg. Yang pasti pergi sbb nak bawak Khadija tgk binatang je sambil mengisi masa terluang di hujung minggu. Balik dari zoo, kami singgah ke rumah adik saya di Ampang, makan spaghetti yang dimasak oleh dia sendiri (atas permintaan saya jgk).

Friday, April 25, 2008

Secretaries Week









Pada 24 April 2008, bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur, aku, Intan, Kak Hawa dan Atikah dapat turut serta dalam program sempena Minggu Setiausaha. Program yang kami pergi ni anjuran Utusan Melayu. Best....dari 9.00 pagi sampai berlarutan ke 5.30 petang. Seminar disampaikan oleh Puan Ira dan Dr. Ibrahim (suami isteri) dari Aura Seri. Byk tips berguna yg disampaikan kepada kami.

Program yg paling best pada tengahari, masa lunch kami disajikan dengan persembahan nyanyian dan pertunjukan fesyen Busana Muslimah yang diperagakan semasa Fashion Show di Dubai oleh pereka tersohor Tom Abang Saufi dan Radzuan Radzwill.

Dan yg paling ditunggu2, persembahan nyanyian oleh Amy Search. Boleh dikatakan berbaloilah kami dihantar ke sana, dgn jenaka pengacara si Roslan Shah dan Kumpulan Cham (2nd place Raja Lawak). Apalagi, tahun depan nak mintak lagi lah g seminar camni.


Aksi Khadija





Sepetang Di Rumah Mak Long Fiza




Petang Sabtu lepas, setelah makan laksa yang dimasak oleh Fiza (sepupu saya & ibu Nurdeen Sani), saya, mak usu, Sarah, Ain dan Khadija ke swimming pool kat apartment Fiza. Best sungguh si Sarah dan Ain main air. Khadija pun terlonjak2 nak join sama tapi disebabkan saya dan Khadija tak bawak baju spare, kami duduk jelah kat tepi kolam tu. Tapi takpe, anytime boleh ke sana, apartment tu dekat je dgn rumah mak saya.

Belajar Menjahit







Nak share ni....hujung minggu lepas belajar menjahit dgn mak. Mak potong kain, saya jahit. Akhirnya jadilah baju tidur Khadija ikut design rekaan saya. Walaupun taklah sekemas mana jahitan saya, tapi ini permulaan dan akan datang saya akan try hasilkan lagi baju2 Khadija.

Tuesday, April 15, 2008

Klip Video

Bersama Abang Nurdeen Sani














Ha, yg ni abang Nurdeen, teman sepermainan merangkap 2 pupu Khadija. Waktu siang dia org berdua ni sentiasa bersama sbb Khadija mak saya jaga, Nurdeen plk Mak Lang jaga. Dua2 ni pandai main cak2.

Dija lagi





Citer Khadija Lagi







Oleh kerana baru belajar buat blog sendiri, rasa teruja sangat2. Pagi2 lagi sblm start buat keja, dah masuk blog ni. Bercerita ttg Khadija. Asyik nak main je. Mlm semalam tidur hampir pkl 12.00 mlm, apalagi akhirnya kena paksalah dia tido. Berdiri lepas tangan, lepas tu duduk. Merangkak satu bilik. Lagi satu Khadija ni suka sangat tengok iklan, dia peka sangat dgn iklan. Tak berkelip mata tengok iklan sambil bergoyang2 tangan dan badan dia.

Monday, April 14, 2008

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul






Majlis cukur jambul dan akikah Khadija kami adakan di rumah kami sendiri di Taman Saujana Kapar, Tok Muda bersekali dengan majlis doa selamat untuk kali kedua di rumah baru. Majlis diserikan dengan bacaan marhaban oleh kumpulan marhaban wanita dari Kampung Tok Muda.


My New Hobby







Hobi terbaru saya, memasak...Sejak akhir-akhir ni rajin plk memasak. Yg simple2 je, janji ada rasa. Yg best tu, sentiasa dpt pujian dari suami walaupun saya rasa tak pun sedap sangat apa yang saya masak tu. Kat blog ni saya selalu 'curi' resepi baru http://hanieliza.blogspot.com/. Oleh kerana nak buat blog saya pun rajin sesangat ambil gambar. Gambar dapur saya pun ada sekali ni. Hehehe.

Cuti2 Malaysia Lagi....





Sambungan gambar2 cuti2 Malaysia.















Cuti2 Malaysia







Gambar2 ni semua gambar percutian dgn suami. Antaranya sebelum ada Khadija pegi Genting, lepas ada Khadija pun pegi Genting jgk. Trip ke Kelantan/Terengganu dgn member2 suami. Pergi Cameron dgn adik2 dan Sarah (anak saudara kesayanganku). Yang terbaru pegi Penang, singgah kat Bukit Bendera. Actually nak ke UUM, Sintok Konvo Cik Adik....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...