Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, May 23, 2008

Perkahwinan

Dalam konteks kebudayaan, perkahwinan adalah satu cara hidup tetapi daripada kacamata Islam ia adalah fitrah dan ibadat. Perkahwinan tidak hanya berupaya memenuhi tuntutan naluri semula jadi manusia, malah menggalakkan kita memenuhi syariat Islam. Firman Allah yang bermaksud: "Dan di antara kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untukmu isteri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya antara kamu rasa kasih dan sayang." – (Surah al-Rum, ayat 21)

Perkahwinan tidak sekadar menghubungkan perkongsian hidup antara lelaki dan perempuan tetapi kita ditugaskan untuk menjaga amanah supaya mengekalkan silaturahim serta perasaan kasih mesra sesama manusia. Perkahwinan yang wujud daripada rasa kasih sayang sejati ditambah pula dengan pengabdian tulus ikhlas kepada Allah akan menjadikan seseorang berani menghadapi kenyataan hidup, berusaha dan bekerja lebih giat bagi mencapai kejayaan demi memenuhi kewajipan mencari nafkah untuk anak dan isteri. Selain itu, perkahwinan juga mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam kemungkaran seperti terbabit dengan seks luar nikah, seterusnya melanjutkan keturunan dan membentuk anak yang soleh. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bahawa dua rakaat solat orang yang beristeri adalah lebih baik daripada 70 rakaat solat orang bujang". Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: "Apabila mati seseorang itu, maka terputuslah semua hubungannya kecuali tiga perkara iaitu amalannya, sedekah jariahnya dan anak yang soleh."

Alangkah baiknya jika kita kembali kepada konsep Islam yang sering mempermudahkan segala sesuatu bertepatan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Wajib atas kamu memberi nafkah (sara hidup) kepada anak dan isteri kamu serta pakaian dan tempat tinggal yang munasabah. Siti Aisyah menerangkan, Nabi Muhammad SAW amat pengasih dan lemah lembut dalam pergaulan dengan isteri-isterinya. Kehidupan Baginda sederhana, ketika siang hari Baginda tidur di atas tikar yang dijadikan juga tempat bersolat dengan beralaskan kain lilitan serban. Ketika hampir menyembahyangkan jenazah seorang sahabat meninggal dunia, salah seorang yang hadir dalam kumpulan itu bertanya: "Wahai Rasulullah, sahabat kita yang meninggal dunia ini memang terbilang kebajikannya sewaktu hidup, ia bersolat, berpuasa, bersedekah serta melakukan segala kebajikan, bagaimanakah pandangan tuan terhadapnya? Maka Rasulullah SAW menjawab: Sesungguhnya aku mengetahui akan kebajikan yang dilakukan olehnya, tetapi aku sedih kerana akan berkuranglah martabat pandangan Allah terhadap dirinya lantaran dia meninggal dunia dalam keadaan bujang." Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: "Apabila seseorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa Ramadan, memelihara kehormatan serta menutup aurat dan taat kepada suami, maka berhaklah di masuk ke syurga dari sebarang pintu yang ia kehendaki." Seorang isteri yang ikhlas serta penuh reda menyambut kepulangan suaminya dengan senyum manis lalu menghulurkan segelas minuman melepaskan dahaga, maka pahalanya sama seperti pahala seseorang yang menunaikan umrah. Eloklah kita renungkan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, lelaki jahat untuk perempuan jahat manakala perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat pula."


Friday, May 2, 2008

Peringatan Buat Diri Sendiri

Takutnya bila baca tentang 10 sebab wanita di seksa di akhirat. Terima kasih suamiku kerana forwardkan e-mail ttg ni.

Berkata Ali r.a. : "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah S.A.W, apabila kami masuk ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah S.A.W sedang menangis, maka saya bertanya kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah mengapa Rasulullah menanggis?" Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya :

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.
2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.
3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.
4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.
5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang menyala-nyala.
6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.
7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.
8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya mengalir dari lubang bahagian badannya seperti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.
9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai, mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan.
10. Orang perempuan yang berbentuk anjing dan beberapa ekor ular dan kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita tersebut. Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu menutupi (melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah kerana dia suka menyakiti hati suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah S.A.W. telah bersabda "sesaorang wanita yang menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Seseorang perempuan yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya maka para malaikat juga melaknatinya." Dari Utsman r.a. berkata "seseorang perempuan yang mengatakan kepada suaminya dengan berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat pada malam hari. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak orang lain tanpa mendapat izin suaminya. Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas. Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain. Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka adalah kerana dia memasyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksud supaya orang melihat akan perhiasannya dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya sebab perhiasan yang dia pakai.

"Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jengking adalah kerana dia itu boleh bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan tidak mahu juga mandi junub. Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta. Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka marah kepada suaminya. Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa oleh seorang perempuan ke rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' . Maka sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak". Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk oleh segala yang disinari matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya".I bnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, maka sesungguhnya Allah SWT akan membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka".

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi boleh tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu". Wallahualam......


Koir Oh Koir





Kali ni nak bercerita pasal aktiviti saya kat office plk. Perhimpunan Bulanan kali ni di hoskan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan. So, semua kena ambil bahagian, aku apalagi masuk koirlah. Sumbangkan suara....Seksa gak berlatih sampai tak cukup hari kena plk datang practise hari Ahad. Tp takpelah setahun sekali je pun. Rasa2 cantik ke baju korporat kita orang tu? Bagi saya oklah jgk, masa dpt terkejut jgk kombinasi warnanya, tapi bila dah ramai2 kat atas pentas dengar cerita budak2 Jabatan lain ada jgk yang memuji tak kurang jgk yang mengeji kot. Tp bagi saya walau apa pun pandangan org lain, ambil pandangan atau teguran tu dari sudut positif je. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...