Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 12, 2008

Hari Raya Korban 2008

Cerita tentang raya korban tahun ni seperti di dalam gambar :-











Baju kami berdua sama. Kain cotton bunga merah kecil2.



Kek marble belang ni buat sama2 kat rumah mak usu. Atas tu terbakar agak terhitam sikit tapi isi dalam masih ok.



Hasilnya.



Menu raya tahun ni, saya minta mak masa nasi minyak. So, mak masak nasi minyak rempah + ayam kurma + ayam masak merah + jelatah (timun dgn nenas). Mak ada jugak masak kuah kacang dan nasi impit. Rendang ayam dan sayur lodeh pulak mak lang yang masak. Hari Raya Korban tahun ni kat Lembah Klang hujan je memanjang.

Friday, December 5, 2008

Take A Break

Saje, tengah tension agaknya. Kerja kat office tak kan selesai sampai bila2. Lagi2 kerja macam saya ni memerlukan penjanaan otak sepenuhnya? Tahu dak apa kerjanya. Saya adalah seorang Stenographer, masuk mesyuarat catit minit dan buat minit. So, kerja tak kan habis sampai bila2. Saya bersyukur dengan kerja saya ni. Sebenarnya saya berminat nak melanjutkan pelajaran lagi untuk meningkatkan taraf pendidikan dan kerjaya. Tapi? Itulah pasal kalau masa bujang dulu kan ke senang. Tapi tak pe sekarang ni, saya bertekad nak lulus Aras IV untuk PTK, Aras III dan lepas dan dengar2 memang ada kekosongan untuk kenaikan gred, tapi segan nak bertanya. Ilmu pulak tak semestinya ilmu dunia, ilmu akhirat kena juga pelajari. Saya beruntung sebab suami saya sehingga kini seimbang kedua2 nya. Maksudnya bila time agama dia agak tegas, tapi bila enjoy dia boleh masuk jugak. Minggu lepas saya bercuti 3 hari. Balik office hari Selasa dah mula dengan kerja2 semula. Balik bercuti dari Melaka petang Ahad. Pagi Isnin, 1.12.2008 bawa Khadija ke Klinik, injection terakhir. Petang tu dia demamlah juga. Khadija ni makin manja, masa demam tu bukan main mengada lagi. Selepas hantar Khadija kat rumah mak, lepas balik Klinik, suami saya ajak tengok wayang di Jusco Bukit Tinggi, Klang, bawa anak buah sekali Naim. Oleh kerana bawa Naim, kami tengok cerita Anto Fighter. Not bad, lawak jugaklah. Tapi ending dia membosankan sikit. Watak yang best pun boleh dikatakan cuma Radhi OAG dan Bell serta Scha yang menghidupkan cerita tu. Yang lain2 tu gitu2 aje.


Wednesday, December 3, 2008

Cuti2 Malaysia Lagi ..... Melaka

Last week, kami sekeluarga bercuti2 lagi. Kali ni destinasi percutian kami ke Melaka. Actually, suami saya telah mengambil pakej percutian melalui Pearl Global di mana destinasi penginapan akan diuruskan oleh pihak berkenaan. So, pada percutian ini kami telah memilih Ayer Keroh D'Village (bagi *** je) sebagai destinasi penginapan kami. Sesampai di Melaka, kami terus menaiki bot untuk menyusuri Sungai Melaka. Best lah juga. Gambar-gambar kat bawah ni adalah turutan percutian kami.



Khadija atas bot.



Muka abah yang jelas penat sebab drive tanpa henti.



Gambar atas bot



Kami naik beca untuk dari satu tempat ke satu tempat. Satu jam dia caj RM40.00. Kami naik dalam dua jam setengah. Dia caj kami RM70.00. (Ok ke?). Bolehlah sebab abang beca tu siap jadi pemandu pelancong kami, bawa kami berhenti solat kat Masjid Tengkera (tak pasti namanya).



Di bangunan-bangunan bersejarah Bandar Hilir.









Hotel Baba dan Nyonya (lupa nama dia apa). Abang beca bawa kami ke sini, kat dalam tu banyak barang-barang Baba Nyonya. Cantik. Dari luar nampak kecil je hotel ni, kat dalam besar.



Pukul 4.30 petang baru check-in di Ayer Keroh D' Village. Selesai solat dan berehat kejap, terus bawa Khadija mandi kolam. Bukan main suka lagi dia dapat main air, sampai menangis tak nak balik bilik.



Sebelah malam, kami ke Bandar Hilir lagi, mulanya nak naik 'eye on M'sia'. Tapi tak jadi, cuma naik Taming Sari (namanya kalau tak silap). Alah, yang lebih kurang macam Menara KL tu. Yang tak syok beratur sampai sejam lebih untuk beli tiket. Ramai sungguh orang waktu tu. Lagi yang tak best kat Bandar Hilir ni, jalan sesak sangat.



Lepas breakfast, nak mulakan perjalanan ke Zoo Melaka.



Zoo Melaka ni sebelah je dengan Resort penginapan kami.



Khadija yang penat berjalan. Kat belakang tu burung kakak tua.



Keldai or donkey yang jinak.



Bandar Melaka ni best tapi masalah kesesakan jalan yang menyusahkan pelancong macam kami ni. Di harap Kerajaan Negeri Melaka dan Kementerian Pelancongan mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah ini. Yelah, dah diiktiraf oleh UNESCO, bandar warisan....

Secara kesimpulannya percutian ini adalah untuk merehatkan minda dan membawa Khadija jalan-jalan. Next destination.....tahun depan, tempat jauh sikit, naik flight pulak. Insyaallah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...