Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, March 30, 2009

Program 60 Earth Hour : Vote For Earth

Nama sebenar program ni baru je saya dapat tahu sebentar tadi. Ingatkan namanya kempen sempena pemanasan global. Saya sekeluarga menyahut juga cabaran selama satu jam tu pada 28 Mac 2009 yang lalu, jam 8.30 malam sampai 9.30 malam. Suami sayalah yang paling beria-ia. Malam tu kami makan seawal jam 7.00 malam, lilin, mancis, torch light semuanya dah ready. Bermula petang tu, suami saya pasang khemah kat halaman rumah, katanya nak duduk dalam khemah. Khadija apalagi, memang sukalah dia. Tepat pada masanya, rupa-rupanya tak semua yang menyokong kempen ni. Kat taman perumahan kami, Taman Saujana Kapar, lampu jalan tak ditutup, jiran pun tak semua yang menutup lampu rumah mereka. Boleh dikira dengan jari yang menyahut cabaran seperti kami. Jadi disebabkan tak semua menutup lampu, tak terasa sangatlah suasana bergelap kat rumah kami tu, tak rasa macam 'camping' pun. Yang enjoy suasana malam tu, saya dapat rasakan hanya Khadija. Saya pulak, asyik2 tengok jam bila nak pukul 9.30 malam.



Siap je pasang khemah, Khadija terus nak bergolek-golek kat dalam tu.



Lompat-lompat lagi.



Masanya dah tiba. Siap bawa toto sekali.



Dia yang paling kecoh.



Sibuk nak pegang torch light.



Suasana kat luar rumah yang terang-benderang sebab ada lampu jalan.



Lilin tak payah pasang pun takpe sebenarnya.



Porch rumah kami. 1 kereta park kat luar. Kereta Kelisa saya je muat kat dalam tu.

Monday, March 23, 2009

Penangan Siri Upin Dan Ipin













Hobi, kegemaran ke fanatik anak saya ni? Risau juga saya dengan si Khadija ni. Bukan apa, sikit-sikit minta "Abah, nak betul-betul-betul". Khadija tak sebut Upin Ipin tapi dia suka sebut "betul-betul-betul". Naik bengang dan bingung saya dibuatnya. Kat rumah mak, habis handphone mak cik Nor dia control tengok siri tu. Kat dalam kereta, handphone abah dia. Kat rumah memilih nak kat komputer tak kira siang ke malam, asal celik je mata, yang disebutnya dulu "betul-betul-betul". Ada satu malam tu sampai mengigau cakap "betul-betul-betul" dalam tengah mata tertutup, mamai. Selalu dia sebut "nak susu" tapi malam tu "betul-betul-betul". Minggu lepas kami ke Pasar Pagi di Stadium Shah Alam, punyalah banyak t-shirt Upin Ipin dijual. Berbagai saiz, ada yang RM10.00, ada yang RM12.00. Kami tak beli sebab masa tu tak fokus nak beli benda tu. Tapi si Khadija bukan main lagi, 'excited' agaknya, dia menjerit "betul-betul-betul". Nasib baik dia tak minta, mungkin belum pandai lagi. Tapi takpe dapat gaji ni saya ingat nak sambar dalam sehelai dua untuk dia. Saya bukan apa, bagus siri Upin Ipin tu ada banyak mesej dan ingatan yang disampaikan. Tapi si Khadija jadi hilang tumpuan dengan benda-benda yang dia suka sebelum ni. Kalau nak tahu Khadija ni cukup minat dengan buku. Kalau pergi kedai atau pasar malam yang dia tumpu kat buku, kalau mainan dia tak heran. Jadi, sebagai permulaan abah dia dah start ajar Iqra' untuk dia. La ni, dia dah kenal huruf Alif, Ba, Ta dan Ain sahaja. Yang lain dia tak dapat lagi. Huruf Ain dia paling kenal sebab apa ada 2 orang saudara terdekat dia nama Ain. Tapi semenjak dua menjak ni, Upin Ipin mengatasi segala-galanya. Hai, fanatikkah Khadija dengan Upin & Ipin???

Gambar Terkini Khadija Amanina







Gambar-gambar terkini Khadija yang dah semakin besar dan panjang akalnya.

Pokok Mata Kucing







Sebenarnya pokok mata kucing kat rumah kami ni dah hampir 3 bulan lepas berbuah. Tapi malas nak cerita, la ni baru rajin sikit. Inilah pertama kali pokok ni berbuah setelah hampir 3 tahun kami tanam. Isinya nipis tapi manis, saya makan tak puas sebab dapat merasa dalam 5 biji je macam tu. Nak buat macam mana baru je berputik, orang kiri kanan dah mula tanya. Yang sedih tu, buah mata kucing tu diambil tanpa kami sedari dan tanpa pengetahuan kami. Kami halalkan tapi sedihlah, punyalah sabar kami menunggu. Yang tak best tu, anak-anak India punya kerja. Menurut mak cik sebelah rumah kami yang bagi tahu dia kata budak-budak India yang beli ais krim kat rumah dia yang selalu petik. Nak buat camner, dari dulu sampai sekarang kita semua memang dah sedia maklum tentang bangsa 'tut' tu yang tak tahu hak orang tahu ambil je.....Apa2 pun kami redhalah, minta2 next time, banyak lagi pokok ni berbuah.

Tuesday, March 10, 2009

Geng - Pengembaraan Bermula (Upin Ipin)

Punyalah excited Khadija dengan siri Upin Dan Ipin. Nak kata fanatik tu tidaklah, tapi sikit2 cakap 'nak....Betul, Betul, Betul'. Inilah dia budak2 zaman sekarang, cepat sgt menangkap. Bijak2. Kami menonton wayang pada hari ketiga tayangan bermula. Sebenarnya nak pergi masa hari kedua, balik kerja suami terus nak beli tiket untuk tayangan pkl 9.00 mlm. Tapi hampa, penuh dah di'booking'. Apa lagi, terus jgk masa tu dia beli tiket untuk tayangan esoknya, tu pun yang ada kosong cuma sebelah petang. So, pada hari Sabtu, petang kami bertiga menontonlah movie Geng tu. Punyalah penuh pawagam dengan budak2. Macam2 perangai. Khadija first time kami bawak ikut kami menonton wayang. Sebelum ni kalau menonton kami berdua je. Nasib baik dia ni ok. Dia ni klu ramai2 orang agak pandai 'cover' perangai, nasib baik pandai duduk diam, tak meragam sampai ke akhir tayangan.

Berbalik pada siri Upin dan Ipin kat TV, oleh kerana Khadija suka sangat, suami saya telah meng'upload'kan siri2 tu kat dlm PC kat rumah. So, lepas ni klu dia kacau2 kami, senang jelah nak bagi leka, bagi tengok siri tu je.







Gambar saya je tak dirakam....


Jalan-Jalan Ke Putrajaya















Mengisi masa lapang, kami saja-saja berjalan ke Putrajaya. Hajat dihati nak naik cruise tapi tak jadi. Lama jgk kami bertiga melepak kat sana, lama sebab Khadija buat hal tak nak balik. Sekarang ni perangai dia kalau dah suka dengan satu2 tempat tu tak nak balik, tak kiralah kedai makan ke, shopping complex ke, playground ke.....Sebagai kenangan, kami minta gambar Khadija dilukis....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...