Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 4, 2009

Cuti2 Malaysia Ke Kuching, Sarawak

Pada 26 April - 28 April 2009, kami bertiga telah bercuti ke Kuching, Sarawak. Percutian ini adalah percutian yang dirancang hampir 6 bulan. Bermula dari beli tiket hingga ke booking penginapan di Tune Hotel. Not bad hotel ni, dekat dengan Kuching Waterfront. Yelah, percutian kami ni percutian bajet, kenalah plan awal2.

Saya seperti biasa, sukakan lokasi yang boleh ber'shopping'. Kat sana sakan jugalah saya beli barang untuk diri sendiri dan souvenir untuk family. Antara barang yang saya beli kat sana adalah kain batik Sarawak, tikar Sarawak, ikan terubuk masin, kek lapis sarawak, t-shirt, pasu sarawak dan beberapa barang lagi. Habis jugalah duit tapi saya amat puas hati sebab sebagai kenangan. Kat sini semua tu tak de, kalau ada pun tak sama. Saya bersyukur sebab suami saya seorang yang sporting, beli je apa yang nak, dia tolong angkatkan. Tu yang best tu kalau jalan2 macam ni.

Khadija kat sana pun, Alhamdulillah tak meragam langsung. Senang, bak kata Hakim macam mama dia kalau dengar nak jalan semua ok. Bab makan pun kat Sarawak ni oklah, tapi bagi saya tempat makan tak banyak pilihan. Cerita perjalanan kami adalah seperti di gambar2 di bawah :-



Kat LCCT.



Khadija yang 'excited', sama macam mama.



Kami naik Air Asia je. Ok apa? Now Everyone Can Fly.....



Kat dalam flight. Penerbangan dalam 1 jam 45 minit. Khadija sampai tukar baju.



Sesampai kat Tune Hotel, Khadija pandai2 sendiri baring kat sofa. Masa ni tengah mendaftar untuk check-in.



Petang sikit kami berjalan kat Waterfront, nak ke seberang naik perahu RM0.50. Tapi kami dikenakan RM5.00 sebab jauh sikit.



Makan malam kat My Baruk Village (kalau tak silap nama tempat ni).



Bolehlah rasanya. Tapi sedap lagi kat sini punya.



Dalam bilik Tune Hotel.



Hari kedua kami, sebelum memulakan perjalanan sambil tunggu pemandu, posing kat lobi Hotel.



Bergambar bersama.



Kat rumah panjang.







Hakim mencuba menyumpit.



Kilang pasu Sarawak.



Kagum dengan kerja tangan mereka ni.








Mercu tanda Kuching, Sarawak.



Kuching Waterfront



Abah mithali yang menyusukan anaknya. Hehehe.



Hari seterusnya, tengok Khadija bab jalan cepat je.



Breakfast hari terakhir, Hakim makan laksa Sarawak.



Kat lobi Hotel, tengah surf internet.



Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke kedai-kedai souvenir. Ni hari terakhir kami kat sana. Pagi tu sebelum 'check-out', kami sekali lagi (ni kali ketiga) kami ke kedai souvenir ni. Rasa tak puas. Hakim akhirnya mengambil keputusan membeli sebilah parang kecil hari tu.



'on the way' balik ke Hotel, Khadija dengan begnya. Bukan main lagi, masa dalam kedai, dia bawa ke sana ke sini beg tu. Akhirnya mama belikan.



Ha, nilah barang2 kami yang nak di bawa balik. Tikar Sarawak di pos.



Kat Airport Kuching.








Diakhiri dengan gambar-gambar Khadija. Gambar saya dan suami tak nak dipaparkan terlalu banyak. Untuk koleksi peribadi sahaja.

3 comments:

yongshaniza said...

shima..bestnya pegi kuching..miau..miauuu...hehehhe...camner aku nak link ko ekk..aku x reti la..huhuhuhu..aku nak jadi follower ko..tapi xde pun..camno tu

Unknown said...

Shima, kami sekeluarga pun pernah ke rumah panjang annah rais tu. itu yang terdekat selain kat kg budaya tu.. Husband pun ada try sumpit tu. Diaorg ada bagi minum air kulit kayu tak. KAtanya elok utk penyakit darah tinggi, kencing manis. Seronok kan gi Kuching..

Anonymous said...

nak tanye sampai kat airport kuching ad transport x ke tune hotel? jauh x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...