Wednesday, June 24, 2009
Syukur Alhamdulillah
Posted by Shima at 8:42 AM 0 comments
Monday, June 22, 2009
Aktiviti Hujung Minggu
Hari Sabtu dan Ahad lepas saya ter'rajin sikit. Sejak akhir2 ni macam malas nak beli makanan kat luar, mood tengah ok. Hari Sabtu tu saya masak mee kari. Bahan2 dibeli petang Jumaat lepas balik kerja, cuma santan je, Hakim beli pagi Sabtu. Yelah sedap pakai santan 'fresh' dari santan kotak (kadang2 guna juga). Jom, layan gambar beserta cerita kat bawah ni.
Bahan-bahan untuk menumis.
Bau semerbak naik masa ni.
Masukkan rempah dan cili.
Ni part last sekali, bila dah masuk santan, air asam jawa dan fish ball, tahu kering. Terus tutup api.
Akhirnya setelah puas dipujuk ajak keluar jalan2, Hakim bersetuju. Mula2 ada ke dia plan nak pergi Kalumpang, Kuala Kubu Bahru atau Sungai Bil, Tanjung Malim. Mandi sungai. Kalau pergi Kalumpang, dia kata nak tidur chalet kat sana. Saya sebenarnya malas, sebab tak plan betul2 dan awal2. Penat nanti. Saya sebenarnya nak ajak dia pegi shopping complex, kedai kain ke. Dia tak nak. Tapi akhirnya pada pukul 2.30 petang macam tu dia 'decide' pergi ke Tesco, Setia Alam. Daripada tak ke mana2, saya setuju jelah. Kat sana pun kami tak beli apa sangat. Cuma beli drypers Khadija.
Ni yang dia nak. Naik mainan yang kena masuk syiling RM1.00.
Tak puas kat situ sambung pulak kat tempat main sebelah food court. Punyalah usaha dia nak naik. Puji anak sendiri. Dia ni jenis tak putus asa, akan cuba sesuatu sampai dapat.
Akhirnya dapat duduk.
Posted by Shima at 10:09 AM 0 comments
Wednesday, June 10, 2009
Rindunya Muka Baby Khadija
Geramnya bila tengok gambar2 masa Khadija masih baby. Masa tengah meniarap. Cute sangat. Harap2 adik Khadija pun cute macam Khadija nanti. Tapikan masa Khadija lahir memang agak gelap sikit, yelah masa tu dia takde isi sangat. Kategori baby yang kecil walaupun berat 2.75 kg masa dilahirkan. Masa lahir rambut lebat sangat. Skrg dah cerah sikit tapi tak lah putih. Yelah mama dan abah pun bukan berkulit cerah pun.
Khadija masa montok (semangat).
Pandai buat mimik muka.
Muka kesejukan. Ingat lagi masa ni pergi Cameron Highlands.
Gambar terkini. Bila ajak bergambar, siap 'posing' entah apa2 gaya.
Ni masa kat Tesco Setia Alam.
Khadija yang nak naik kereta control ni. 5 minit RM3.00 dikenakan.
Round2 kat area situ je.
Posted by Shima at 9:31 AM 0 comments
Birthday Khadija
Birthday girl.
Posted by Shima at 9:20 AM 0 comments
Monday, June 8, 2009
Cerita Campur2
Minggu ni, hari Sabtu pun Hakim kerja. Saya macam biasa tinggal dgn Khadija kat rumah. Boring sangat masa ni, kat taman perumahan kami tu sunyi, ramai yang balik kampung kot. Maklumlah cuti sekolah. Nak duduk rumah mak, pun bosan sbb banyak kerja boleh buat kat rumah sendiri. Berkemas dan macam2 lagi. Ok, pagi tu basuh baju, kemudian masaklah konon untuk Hakim sebelum dia pergi kerja makan dulu.
Baju Khadija yang dibasuh.
Masa kat dapur, tiba2 teringat pasal almari ni. Ni sebenarnya almari buku. Dibeli tak rancang sbb ada promosi, kami beli tu pun bukan letak buku. Jadi tempat letak barang kaca dan hadiah kahwin yang kami terima. Antaranya toaster, blender, yang pyrex dgn corelle tu saya beli kat Langkawi.
Almari buku yang jadi almari barang2 yang diletak kat dapur.
Cerita kat bawah ni pulak tentang hobi berbasikal suami saya. Bila baca blog Tini (nahartini), suami dia pun tgh gila dengan basikal rupanya. Kalau nak tahu, basikal ni harganya mencecah melebihi RM3,000.00. Tu belum lagi bila kena tukar parts yang rosak. Aksesori pun mahal jugak. Nanti berkesempatan saya akan rakam gambar suami saya tgh tunggang basikal ni ye. Skrg disebabkan sibuk, dah jarang dah naik basikal ni. Hari Sabtu tu keluarkan pun sbb pergi kedai nak beli bateri dan suratkhabar.
Cerita hari Ahad pulak, kami sambut Birthday Khadija. Cerita dan gambar nanti di 'upload'.
Posted by Shima at 10:21 AM 0 comments
Gambarku Yang Terkini - 6 months +++
Nilah gambar terkini saya....Ketika ni saya pregnant dah nak masuk 7 bulan anak yang kedua. Ramai yang tak perasan saya sedang pregnant, cuma sekarang je dah nampak buncit skt. Tak banyak berubahkan? Rasa2nya anak perempuan jugak kot. Tak kisahlah janji sihat, sempurna segalanya. Amin.....
Berat badan skrg 48 kg. Baju pun sebenarnya kalau ikutkan tak perlu banyak baju pregnant. Tapi yelah beli jugak. Dah ada dari anak pertama, pakai jelah. Saya lebih suka pakai jubah, skirt dan blouse. Maxi labuh tak minat.....Cute tak gambar saya kat bawah ni?
Posted by Shima at 10:11 AM 0 comments