Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 1, 2009

Khadija Dah 2 Tahun

Syukur ke hadrat Ilahi. Khadija Amanina dah 2 tahun pada 28 Mei 2009 tempohari. Pada 28 haribulan tu bawa Khadija pergi Klinik Pandamaran, Klang ambil ubat cacing. Next appointment pada 30 Disember 2009. Berat Khadija sekarang 10.6 kg aja. Entahlah si Khadija ni nampak tembam, semangat makan nasi tp berat tak lah sangat. Walaupun makan nasi tapi cerewet jugak tu, nasi tak nak campur2 dengan lauk. Dia suka ikan berbanding ayam. Yang paling banyak minum susu. Itu yang tak larat nak buat tu.


Pada umur 2 tahun, banyak juga perkembangan Khadija yang boleh dibanggakan. Antaranya :-

1. Dari segi kesihatan, syukur sangat Khadija jarang kena demam, selesema atau batuk.

2. Boleh mengira 1 sampai 10 dan one untill five walaupun bercakap masih pelat2 lagi.

3. Minat dengan buku. Kalau pergi kedai atau shopping complex, dia tak heran dengan mainan atau anak patung. Yang dia heran buku. Mesti kena belikan dia atleast sebuah buku.

4. Pandai bercerita (banyak mulut). Kalau saya tengah berborak dengan abah dia. Dia pun sambung dengan cerita entah apa2. Contohnya cerita rekaan dia, macam ayam lah, kucing lah, burung, anjing semua lah. Janji dia pun nak tumpang join.

5. Boleh diharap suruh ambilkan barang. Selalunya betul apa yang dia buat. Buang sampah dalam tong sampah pun dia tahu.

6. Ni pun kira pandai jugak kot...Ada perasaan cemburu untuk maju. Contohnya dua pupu dia Nurdeen boleh mengira dan baca ABC, Khadija pun akan diam2 belajar dan alih2 depan kami dia baca. Tapi yang tak tahan tu dah pandai rebut barang apa yang Nurdeen ada semua dia nak.

7. Pandai ambil hati mama dan abah. Contohnya dia akan panggil dengan lembut mama...wat apo? abah...wat apo? Maksudnya buat apa?

8. Pandai nak melawa. Contohnya kalau lepas mandi memilih nak pakai baju apa. Nak yang cantik2 aje. Ada satu baju tu saya beli kat Sarawak, dia tak nak pakai langsung. Mungkin sebab warnanya yang caca-marba buat Khadija geli nak pakai. Kalau dan perempuan tu perempuan jugak.

9. Apa lagi ye perkembangan dia. Ha, makin nakal dan mengada2.

Plan sambutan hari jadi Khadija tahun ni agak lambat sikit sebab abah sibuk je sekarang ni. Maklumlah orang harapan bos (hihihi perli ni, kalau tak naik pangkat kena). Plan nak celebrate birthday Khadija dalam hujung minggu ni secara sederhana dengan sepupu2 kat Telok Gadong je.

Jom layan gambar2 lama Khadija dari kecil sampai la ni yang ada dlm simpanan PC ni.









1 comments:

EraNaZeErA.. said...

happy belated besday tu KHADIJA... sama umur lah anak kita kak.. syasya pun dah 2thn tp bulan 2 ari tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...