Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, April 22, 2009

Secretaries Week Extravaganza 2009 - Kris Dayanti & Dee


Gambar tak terang, tapi saya masih 'maintain'.



Dari kiri Intan, saya, Kak Hawa dan Kak Ila.



Yang ni Nurul Atikah berasal dari Bukit Cerakah. Heheh (saja tambah info ni).



Berposing sambil tunggu suruh makan. Kami adalah yang paling terawal sampai. Pukul 11.00 dah sampai, padahal show hampir pukul 1.00 tghari baru start.



Keadaan sebelum dipenuhi para2 secretary.



Tangkap muat.



MC-Dee yang berpakaian semua baju2 wanita yang ditaja oleh Jakel. Kami pun dapat beg goodies yang dalamnya ada majalah Jelita, setin susu sejat F&N, sepeket susu tepung kolestrol, pati prune innershine dan yang paling best kain kosong 4 meter pemberian Jakel.



Kris yang mula buat persembahan tapi malas nak ke belakang. Meja2 depan aje dia singgah.



Memang cantik dia ni.



Bukan main lagi Kris dengan penonton lelaki.



Kris tukar 2 baju je. Ramai yang kerumun nak ambil gambar dia.



Dapat jugaklah rakam walaupun sipi2 je.



Berakhir sudah show pada jam 3.30 petang. Apalagi kami ambil peluang bergambar dengan Dee.



Secretaries Week tahun ni kami diraikan dengan makan tengahari sambil melihat nyanyian artis Indonesia yang tersohor namanya di Malaysia iaitu Kris Dayanti bersama MC - Dee anjuran Hotel Quality pada 21 April 2009 bertempat di Matrade Exhibition & Convention Centre, Jalan Duta. Persembahan bolehlah, makanan OK banyak choice. Bab persembahan ni sebab apa saya kata bolehlah....sebab Kris agak lewat keluar hampir pukul 2.00 petang baru dia mulakan persembahan. Mood saya yang pada mulanya agak tak sabar2 jadi menurun sebab boring walaupun diserikan oleh Dee dan nyanyian pembukaan oleh anak perempuan kepada anggota Alleycats, entah apa entah nama dia. Persembahan dia ni pun bolehlah, cuma agak mengantuk sebab pihak hotel malapkan lampu dan lagu yang dia bawak pun lagu2 berentak slow gitu. Hadiah cabutan bertuah best2 tapi takde satu pun menjadi milik kami. Apa2 pun, saya berterima kasih kepada pihak pengurusan MPK kerana membalas hasil kerja kami, Steno2 ni dengan menghantar kami ke show macam ni walaupun hanya setahun sekali. Tahun depan nak lagi tau!!!

Khadija dan Abang Nurdeen Sani

Gambar-gambar terkini Khadija dan Nurdeen. Tengoklah Khadija seronok sangat sebab dapat pakai baju Upin Ipin (baju di'sponsor' oleh Mak Cik Nor).







Monday, April 13, 2009

Khadija Demam!!!

Dah 5 hari Khadija demam, dari hari Khamis. Demam Khadija hanya pada sebelah malam. Siang dia masih lincah + aktif, berselera makan dan minum susu. Yang bengang tu dah ah demam + pulak batuk (salah saya jgk, bagi Khadija minum air ais), + lagi dengan selesema (menjangkit dengan mak cik Ain hari Sabtu hari tu, mula2 takde selesema ni). Betul2 ujian dan dugaan menguji kesabaran, Khadija asyik jaga tengah malam dalam pukul antara 12.00 sampai 3.00 pagi. Lepas tu merepek-repek, nak abah, nak mama, nak uih (tak tau uih apa yang dia maksudkan) dan nak betul, betul, betul (upin ipin). Buat risau je Khadija ni. Manja bukan main lagi. Tadi abah dah bawak Khadija pergi Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan ambil ubat lagi.

Semoga Khadija cepat2 sembuh. (Tengok luaran macam tak demam sebab bermain dan lincah seperti sediakala). Yelah, lagi 2 minggu kami bertiga akan bercuti naik flight ke Kuching, Sarawak sempena Birthday saya - 25 April ni. Terima kasih sayang.

Next 2 weeks nak pergi mandi sungai + tidur kat chalet Janda Baik, Pahang dengan officemate Hakim plk. So, Khadija cepatlah sembuh. Baru enjoy g jalan Cuti2 Malaysia nanti.

Wednesday, April 8, 2009

Cerita Terbaru Khadija

Asyik2 cerita tentang Khadija. Takde pun cerita saya. Sebenarnya ada banyak cerita pasal saya sendiri. Tapi buat masa ni malas saya nak kongsikan bersama. Yelah, dah ada anak, lagi seronok bercerita tentang anak.

Khadija sekarang ni makin panjang akalnya. Semenjak 2 menjak ni, kalau dapat bermain susah nak panggil atau ajak dia beralih kepada benda lain. Contoh macam gambar kat bawah ni. Main khemah dengan mak cik Ain. Khemah ni sebenarnya mak cik Ain punya, Khadija tumpang main je. Punyalah riuh masa tengah pasang khemah tu.



Siap bawak bantal masuk khemah.



Khadija dan mak cik Ain.



Mak cik Ain ni anak tunggal mak usu saya. Baru berumur 5 tahun. Dia ni nampak cerdik budaknya sbb apa, masa umur 3 tahun dia dah pandai cakap banyak perkataan english yang dia dengar hasil daripada tengok cerita2 kartun kat Channel Astro. Oleh kerana dia terang hati, apa yang dia tonton dan dengar semua masuk kat kepala dia. Kadang2 kita tak sangka dia akan speaking english dengan kita. Bila kita tanya kat Umi dia, dia kata tak ajar pun. Dia tahu sbb banyak tengok cerita kartun. Skrg Ain dah masuk Tadika, saya dengar sambil main dia dah boleh hafal beberapa doa, macam doa makan, doa naik kenderaan dan doa mula belajar. Saya harap Khadija pun akan jadi macam Ain, terang hati dengan ilmu yang berguna.



Gambar yang ni masa main kat playground Setia Alam selepas balik dari Tesco, beralih ke palygorund ni sbb Khadija tak puas main kat Tesco sampai tak nak balik. Abah ikut cakap dia, pujuk bawa pergi playground Setia Alam plk. Apa lagi, dia jelah sorang yang main buaian tu sampai nak dekat satu jam.



Akhirnya setelah boring saya menunggu. Saya paksa juga Abah dia dukung dia bawa balik dengan umpan yang kami bagi iaitu ais krim.



Ni plk video masa main kat playground Tesco Setia Alam. Kat situ kalau diperhatikan Khadija yang paling kecil dan muda. Tapi ligat sangat. Khadija ni pandai main, ikut peraturan lagi. Kalau tak percaya, tengok video ni sampai habis. Yang ni pun dia tak nak balik, kami umpan dia kata nak makan KFC. Akhirnya dia mengalah dan kami ke KFC cuma beli air milo ais je. Yelah, kejar masa nak balik rumah, sebab dah nak masuk waktu Maghrib.

Makan2 Di Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram

Hari Sabtu malam Ahad yang lepas, kami bertiga merancang makan malam kat Restoran Ikan Bakar, Pantai Jeram. Kalau ikutkan perjalanan dari rumah kami Taman Saujana Kapar cuma ambil masa 5 hingga 10 minit je. Tapi malam tu kami dari rumah mak di Telok Gadong. Cerita adalah seperti di bawah :-



Khadija punyalah 'excited' tak nak duduk, dah lah keadaan kat luar tgh hujan lebat masa tu. Abah dia terpaksa drive slowly.



Akhirnya saya beralih tempat duduk sama Khadija kat depan sbb dah lapar sangat, nak cepat sampai.



Sampai kat situ, orang ramai. Seat semua penuh, nasib baik ada yang kosong tu pun betul2 dpn kaunter bayaran. Saya pilih ikan senangin (itu pun tanya kat org tu minta dia cadangkan sbb saya tak kenal jenis ikan). Suruh abah pergi pilih ikan, dia kena pegang Khadija yang tiba2 terus terlena sebaik sahaja sampai kat situ.

Menu kami malam tu, nasi putih, nasi goreng kampung, ikan senangin stim soya, kailan ikan masin, tom yam (tapi tak hantar), sotong goreng tepung dan fresh orange.



Kesian abah kena makan sambil pegang Khadija. Masa nilah pun saya nak layan sendukkan lauk kat dia.



Nasi goreng ni boleh tahan sedap, banyak, harga pun cuma RM3.00. Cukup puas hati. Tapi disebabkan banyak saya tak dapat habiskan. Tangki kecil.



Khadija yang akhirnya terjaga. Itu pun kami berdua dah selesai makan tp masih ada lagi nasi dan lauk cuma Khadija tak minat. Saya pun silap patutnya ambil udang sbb Khadija suka makan udang. Takpelah Khadija next time, mama order udang goreng tepung banyak2.



Khadija tengah mamai. Selesai semuanya, kami pun beransur balik ke rumah kami di Taman Saujana Kapar dan tapau sekali sotong goreng tepung yang tak dapat dihabiskan. Untuk makluman, saya boleh recommend tempat ni sbb harganya murah, rasa makanan pun ok. Cuma servis agak lambat sikit sbb al-maklumlah ramai customer.

Lesen Senjata Api

Tengok tajuk macam takde kena-mengena dengan cerita2 yang selalu saya masukkan dlm blog ni. Entry kali ni adalah tentang suami saya Hakim bin Md. Ardani. Baru-baru ni beliau telah memohon untuk mendapatkan lesen senjata api. Bercerita ttg suami saya ni, dia adalah seorang yang tak tahu duduk diam, aktif bersosial, bersukan dan senang cakap boleh buat apa saja kerja. Kemahiran membaiki peralatan elektrik atau apa sahaja yang rosak kat rumah semua dia boleh cuba walaupun tak pernah pun dia pelajari semua tu. Ialah mungkin disebabkan family background dia yang terdiri dari sebilangan besar abang2 semuanya.

Suami saya ni suka dengan aktiviti lasak. Paragliding adalah salah satu aktiviti lasak yang dia suka. Skrg ni dia suka berbasikal plk, kan ke skrg tgh trend. Apa2 pun yang dia suka, saya harap sangat2, dia sentiasa jaga keselamatan diri.

Suami saya pun dah capai PTK Aras IV baru2 ni. Tahniah, semoga terus cemerlang di dalam kerjaya dan ilmu akhirat. Amin.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...