Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, September 8, 2009

Kembali Menulis

Part I - Cerita Terkini Saya

Agak2 dah hampir sebulan blog saya ni tidak dikemaskini. Ada bermacam sebab yang antaranya adalah saya sedang cuti bersalin mulai 16 Ogos dan mungkin berakhir pertengahan bulan Oktober nanti. Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, saya selamat melahirkan anak kedua, baby girl lagi pada 11.16 pagi, hari Ahad 16 Ogos 2009 di Hospital Bersalin Razif, Klang secara normal. Berat baby 2.69 kg dan diberi nama Nur Khairin Fatihah binti Hakim yang bermaksud 'Cahaya Pembuka/Kejayaan, Kebaikan'. Atas sokongan dan doa suami iaitu Hakim dan keluarga serta bantuan doktor saya akhirnya boleh melahirkan secara normal. Berbeza dengan kelahiran Khadija secara pembedahan. Hehehe, tak sangka jugakan, kalau ikut kata doktor baby hampir lemah dan kalau lambat mungkin dibedah juga. Sungguh berbeza bersalin secara normal dan pembedahan yang mana secara normal sekejap je kita dan sembuh. Tapi berpantang masih sama juga. Saya berpantang di rumah mak. Semua mak buatkan, makan, air panas untuk mandi, basuh baju baby dan saya....semualah. Sampaikan nak pegang penyapu pun mak tak bagi sebab takut bentan. Tempat bersalin pula kami memilih di hospital swasta atas tujuan untuk mendapatkan doktor perempuan dan beragama Islam. Bukan sebab hospital kerajaan tak bagus. Bagi saya perkhidmatan di hospital kerajaan tetap terbaik. Bercerita bab pantang kali ni, saya tak dapat pakai bedak boros kat badan dan pilis kat dahi, mula2 saya memang pakai, tapi badan saya jadi gatal sampai merah kulit badan. Muka pula bermula dari dahi membengkak yang pada mulanya saya ingatkan bentan tapi selepas dikenalpasti rupa2nya berpunca dari pilis dan bedak boros. Akhirnya saya ke klinik dan setelah makan ubat, bengkak dan gatal2 hilang. Selepas susut saya cuba pakai semula benda2 tu, terus naik semula bengkak dan gatal2 dan dari situ saya dapat kesan puncanya. Walau macam mana pun, pakai bengkung, makan jamu dan minum air rempah periuk saya masih teruskan.

Part II - Cerita Baby Fatihah

Gambar baby nanti akan saya 'upload'. Saya panggil baby dengan nama Fatihah. Keluarga belah saya kata muka Fatihah lebih mirip sebelah suami. Kalau ikutkan muka Fatihah lebih kurang je macam muka Khadija masa baby cuma beza bentuk muka agak panjang, mata lebih bulat dan hidung agak mancung sedikit. Nantilah saya 'upload' gambar Fatihah. Harapan dan doa mama buat Fatihah supaya membesar dengan sihat, cerdik dan menjadi anak yang solehah.

Part III - Cerita Khadija Amanina

Kesian Khadija, mungkin kurang perhatian. Bermacam2 ragam dia. Kalau ikutkan dalam usia Khadija 2 tahun 3 bulan masih kecil untuk ada adik. Saya kadang2 hilang sabar bila baby Fatihah menangis, Khadija pun buat hal. Saya faham Khadija nakkan perhatian. Tapi kadang2 tercubit juga dia bila dia tak dengar kata. Maafkan mama Khadija. Mama tetap sayang Khadija macam dulu. Khadija tetap anak mama yang cantik dan bijak.

Bercerita pasal Khadija, dia memang 'excited' ada baby dalam keluarga kami. Bukan main sayang lagi dia pada adik dia. Sikit2 nak diciumnya Fatihah. Pantang leka, dia mesti usik adik dia ni. Khadija pulak semakin bijak dalam banyak perkara. Syukur Alhamdulillah.

Part IV - Cerita pasal Hakim

Terima kasih kepada suami saya, Hakim. Dia bercuti selama 2 minggu selepas saya bersalin. Seminggu cuti ehsan kakitangan awam dan seminggu lagi cuti tahunan. Walaupun dia tak masak atau membasuh baju saya dan baby tapi sokongan beliau di sisi saya cukup meringankan saya. Yang pasti dia tolong jaga Khadija sepenuh masa dalam tempoh tu.

Part V - Persiapan Hari Raya Aidilfitri kami

Saya dah siapkan baju raya Khadija dan suami serta saya dan baby dari awal2 lagi. Jadi tak perlu risaulah. Saya habis pantang 44 hari seminggu selepas raya. So, ada jugalah beli kuih raya dalam 3 jenis untuk bawa balik ke rumah kami nanti. Kemas rumah diserahkan 99% kepada Hakim dan 1% lagi akan saya sempurnakan setelah saya balik ke rumah nanti (mengelap habuk dan memasang tikar Sarawak dan lapik meja dari kain pua kumbu Sarawak nanti).

Part VI - Harapan Saya

Saya berdoa dan berharap semoga saya diberi kesihatan yang baik dan semangat yang kuat serta jitu setelah habis berpantang nanti untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu yang baik dan rajin dalam urusan rumahtangga. Yang paling saya harapkan juga saya akan dapat terus bekerja dan menjadi kakitangan yang berdedikasi dan bertanggungjawab di dalam kerjaya dan mendapat rezeki yang benar2 halal untuk kami sekeluarga.

Tengok blog member Poly, Yong yang tunjuk gambar tanah, saya bersemangat nak membersihkan tanah bahagian saya yang diberi mak di Kampung Delek Kiri, Klang yang mana saya akan dirikan rumah nanti. So, misi saya dan Hakim sekarang ni adalah kumpul dan terus kumpul duit untuk buat rumah nanti.

* Di 'update' menggunakan Celcom Broadband adik saya. Thanks Nino (panggilan Khadija kepada Mak Cik Nor nya).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...