Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, June 3, 2010

Cerita Adik Pulak



Geram dengan Fatihah ni, muka cool je, tapi kalau melalak nombor 1.



Atuk Uteh panggil Fatihah si Jelita.

Asyik2 entry pasal kakak je. Kak Yong Khadija. Kali ni cerita pasal Fatihah pulak. Fatihah ni memang lain sangat mukanya dengan Khadija. Itu dari pandangan sayalah. Kalau saya imbas kembali, pada usia 9 bulan, memang banyak perbezaan antara Fatihah dan Khadija masa kecil. Fatihah agak lasak berganda dari Khadija mungkin faktor ni menyebabkan berat badan Fatihah susah nak naik. Lagi pula, Fatihah kurang menyusu mahupun makan. Saya tak kisah sangat, yang penting Fatihah ni sihat. Saya jangkakan sedikit masa lagi, mungkin sebelum mencecah setahun, Fatihah dah mula berjalan. Macam Khadija dulu pada usia 11 bulan dia dah mula berjalan. Kalau Fatihah dah boleh jalan sebelum bulan Ogos ni, bestlah....Hari Raya tahun ni.



Gambar Khadija semasa usia lebih kurang Fatihah, dalam 10 bulan masa ni.


1 comments:

matahati-aishahazhar said...

memang lainlah rupa 2 beradik ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...