Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 22, 2010

Ke SOGO, KL

Isnin lepas, bersempena dengan cuti sekolah, saya dan Hakim mengambil peluang untuk turut bercuti. Kali ni, kami tak bercuti ke mana-mana lokasi percutian tapi sekadar ke shopping complex. Khadija kami bawa bersama tetapi tidak Fatihah kerana dibimbangi akan mengganggu saya memilih barang. Tujuan utama untuk membeli-belah baju raya kami anak beranak di Sogo dan Arked Jalan TAR. Tak banyak yang saya beli untuk baju anak-anak di Sogo kali ni pasal takde yang menarik dan diskaun yang ditawarkan biasa je. Jadi dengan kekecewaan yang teramat, saya mengambil keputusan mengajak Hakim ke Jusco, Bukit Tinggi pada hari yang sama dengan alasan nak tengok wayang tapi tak jadi pun menonton. Kat Jusco Klang juga tak banyak yang saya beli pasal memang semua baju lebih kurang sama je, takde yang lain atau menarik perhatian saya.



Kalau dapat jalan, bukan main lagi ceria si Khadija ni, lagi pulak bawa dia sorang je, sukalah dapat perhatian dan tumpuan yang lebih dari mama dan abah.



Suasana pagi di KL, jalan clear, kami sampai dalam pukul 9.30 pagi. Sogo pun belum buka, nasib baik Arked Jalan TAR dah banyak yang buka, terus shopping kain ela.



Berhenti makan di McD Sogo sebelum meneruskan pencarian baju Fatihah dan Khadija.



Kami berdua yang seronok dapat berjalan.



Cuti sekolah, kat area kanak-kanak di Sogo, ada badut yang melayan kanak-kanak sambil mak masing-masing bershopping.



Khadija nak dapatkan belon dari badut.



Muka cuak bergambar bersama badut. Saya yang beria-ia nak Khadija bergambar dengan badut tu. Nasib baik dia ok, tapi terpancar kat muka Khadija yang dia geli atau gerun dengan badut tu.



Muka budak yang letih tapi happy sebab dapat berjalan dengan mama dan abah sehari suntuk.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...