Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, June 23, 2010

Lawatan Persatuan Ibu Bapa Taska

Semenjak hantar Khadija ke Taska Penyayang MPK ni, saya tak semena-mena aktif pulak. Barulah terasa macam mana bila ada anak yang bersekolah, ni baru taska, esok kalau dah sekolah betul-betul, lagilah banyak aktivitinya. Saya telah dilantik sebagai salah seorang AJK untuk sesi tahun 2010 yang juga merangkap sebagai Bendahari. Hai, tak pasal-pasal pulak, padahal anak saya baru sahaja dimasukkan ke Taska start bulan Mac 2010. Takpelah, atleast bila ada jawatan ni, kita tahu banyak perkara yang kita tak pernah ambil tahu pun sebelum ni. Lawatan pada petang 18 Jun 2010 lepas adalah bersekali dengan mesyuarat bersama pihak Taska di mana kami diberi penerangan dan ditunjukkan dengan keadaan persekitaran Taska. Taska dan Pusat Jagaan (transit) ni terletak di 2 unit rumah banglo 2 tingkat milik MPK di Jalan Tengku Kelana iaitu berhampiran dengan Klinik Anika, Klang. Taska ni juga merupakan Taska Komuniti di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, program yang diajar dan diaplikasikan ke atas kanak-kanak di sini berpandukan kepada program permata negara. Oklah juga, saya lihat perkembangan Khadija semenjak dihantar ke sini, banyak berdikari dan menurut Penyelia Taska tu juga, Khadija antara kanak-kanak berumur 3 tahun yang sering dijadikan model untuk disoal jawab sekiranya ada pihak tertentu dari mana-mana agensi datang membuat kajian di sana disebabkan Khadija ni petah bercakap dan tak pelat serta mendengar arahan. Hui, bangga mama bila orang puji anak mama macam tu.



Kami ditunjukkan tempat masak/makanan disediakan.



Bekas susu yang telah dilabel. Kata Penyelia Taska, mereka juga akan mulakan dengan program 5S di Taska sedikit masa lagi.



Kami, barisan AJK yang baru.



Mendengar penerangan sambil bersantai makan pisang goreng dan mihun goreng yang disediakan.



Mesyuarat berjalan dalam keadaan yang tidak formal dan santai sambil minum petang.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...