Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 15, 2010

Scooter Untuk Khadija

Atas permintaan Khadija, saya belikan dia scooter yang paling murah. Bukan apa, budak-budak ni sekejap je dia bosan dengan sesuatu mainan tu. Buat masa ni, Khadija cukup sayang dengan scooter dia ni, sampaikan nak bawa tidur sama. Asalnya Khadija dah lama sukakan scooter adik sepupu saya Ain, atau panggilan Khadija mak cik Ain. Tapi setakat main mak cik Ain dia punya je lah, then baru-baru ni, bila Khadija tengok VCD cerita kartun 'Bolt' yang mana ada aksi naik scooter terus Khadija merengek minta kat saya, so saya pun belikanlah yang murah-murah, janji ada.





Dalam keluaran suratkhabar Harian Metro, 15 Jun 2010, salah satu artikel yang disiarkan begitu menyentuh naluri keibuan saya di mana saya rasa amat berbangga kalau-kalau anak saya juga begitu. Baru umur 2 tahun dah pandai menghafal surah-surah Al-Quran yang pendek. Macam mana ye, nak buat anak-anak saya juga begitu? Insya-Allah akan saya usahakan untuk Khadija dan Fatihah. Oh ye, Khadija dah pandai baca doa sebelum makan beserta maksudnya dalam bahasa melayu, doa selepas makan dan doa tidur. Takpe slow-slow, kerana bagi saya untuk budak baru masuk 3 tahun, ianya satu pencapaian yang memberangsangkan.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...