Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, August 11, 2010

Adik Dah Pandai Jalan

Syukur Alhamdulillah, Fatihah dah berjalan pada usia 11 bulan. Next week, 16 Ogos adalah ulangtahun kelahiran yang pertama buat Fatihah. Fatihah bagi saya memang anak yang tak banyak ragam, senang dijaga tetapi cuma aksi lasaknya sahaja yang membuatkan kami kena lebih berhati-hati dengan Fatihah. Tapi jangan salah tanggapan pula, dia bukanlah kategori anak-anak yang hiperaktif, dia anak yang normal dan sihat. Sebagai mama, bagi saya anak saya ni memang bijak sebab mudah faham dengan apa yang kami katakan walaupun sekali kami ajar/tunjuk pasti dia akan ikuti. Moga2 panggilan 'bijak' yang kami sering tuturkan pada Fatihah menjadi doa yang mustajab buat kami. Sekarang ni juga, Fatihah pantang nampak makanan, tindakbalas pertama yang akan Fatihah lakukan adalah menadah tangan dan terus sapu ke muka tanda mengaminkan doa makan. Perkembangan lain pula, Fatihah dah boleh sebut perkataan seperti tak, abah, jah (untuk Khadija walaupun kami betulkan kepada panggilan 'kakak'), wan dan ma untuk mama.



Gambar ni gambar lama, masa ni usia Fatihah dalam 8 bulan.

Untuk N3 yang ni, tak lupa juga saya diselitkan perkembangan Khadija yang mana sekarang ni sedang mengingati banyak perkataan dalam bahasa melayu yang diinggeriskan. Kami ajar Khadija sedikit demi sedikit supaya sekurang-kurangnya bila dia masuk Tadika nanti takdelah dia ketinggalan di belakang. Maklumlah anak-anak zaman sekarang ni semuanya bijak-bijak belaka. Malam tadi, Khadija pun kami ajarkan niat puasa. Untuk kanak-kanak umur 3 tahun, apalah yang mereka faham mengenai puasa. Cuma kita sebagai ibubapa kenalah mendidik anak-anak dari awal bak kata peribahasa 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Kalau Fatihah kami gelarkan 'bijak', Khadija pula kami memang dari dulu gelarkan 'cerdik'. Semoga panggilan itu menjadi kenyataan buat anak-anak mama sebagai insan yang cemerlang di dalam ilmu di dunia sebagai bekalan di akhirat kelak. Amin.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...