Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, August 20, 2010

Pelaburan Kami

Bulan Ramadhan ni aktiviti luar kami amat terhad. Hakim tumpukan hampir 90% daripada masanya dengan ibadat. Syukur saya dikurniakan suami yang agak patuh kepada suruhan agama. Saya pulak sibuk menguruskan hal anak-anak sementelah Hakim menunaikan solat terawikh. Sementara hujung minggu kami pula dihabiskan di rumah sahaja. Hal-hal persiapan raya telah kami settlekan lebih awal.

Kalau ikutkan cerita ni dah lama. Ianya berlaku pada awal bulan Mei lepas, kalau tak silap saya. Itupun berdasarkan perkiraan saya, setelah seminggu kami balik dari bercuti di Langkawi. Hehehe, kami telah melabur di dalam arena penternakan......lembu. Insya'Allah, ianya menjadi pelaburan buat masa depan kami sekeluarga.



Permulaan, kami membeli 3 ekor lembu, 2 betina dan seekor jantan. Kandang untuk menempatkan lembu tersebut masih di dalam pembinaan iaitu di kebun yang terletak beberapa meter dari rumah mertua saya. Kami meletakkan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga lembu tersebut kepada abang ipar saya yang turut menetap di sana. Doa saya semoga kami menjadi penternak dan peladang lembu yang berjaya suatu hari nanti. Insya'Allah.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...