Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, September 24, 2010

Aidilfitri 2010

Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan umur dan dianugerahkan kesihatan yang baik olehNya untuk menyambut 1 Syawal 1431H @ 2010. Tiada bezanya sambutan tahun ni semenjak saya bergelar isteri dan mama. Cumanya tahun lepas pada waktu sebegini, saya masih di dalam tempoh berpantang yang masih berbaki seminggu untuk dihabiskan. Dan tahun ni, Aidilfitri saya agak mencabar iaitu dalam mengurus 2 puteri yang mana si kakak Khadija dengan kerenah cerewetnya dalam hal berpakaian, manakala si adik Fatihah pula dengan kelasakannya. Yelah orang baru dapat kakilah katakan.

Cerita hari raya saya semuanya diceritakan bersekali. Lokasi dan cerita adalah secara bergambar.



Warna oren menjadi pilihan warna tema baju raya kami sekeluarga pada tahun ini. Sebenarnya warna oren diputuskan setelah Hakim mendapat baju melayu sempena perarakan sambutan Maal Hijrah 1431.



Muka Fatihah dan Khadija yang dah keletihan di petang 1 Syawal.



Pagi 1 Syawal, kami di rumah orang tua Hakim di Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor. Atuk Ardani selepas solat Aidilfitri bersama sebahagian cucu, kesemua cucu beliau seramai 20 orang setakat ini.



Acara bersalam-salaman dahulu, baru acara makan beramai-ramai. Punyalah lama menunggu, baru dapat makan selepas tu.



Fatihah bersama nenek Kerayong.

Setelah selesai di rumah mertua, dalam pukul 11.30 tengahari barulah kami bergerak ke Telok Gadong. Di Telok Gadong, tak banyak gambar dapat dirakamkan. Setiba kami di sana, mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik serta sepupu ada di sana memandangkan mak saya merupakan kakak sulung dan rumah arwah atuk @ nenek bersekali dengan rumah kami. Di tambah pula pada waktu kami sampai tu dah hampir masuk solat Jumaat dan masjid @ surau terletak hanya disebelah rumah kami, apalagi agak sibuk sehingga gambar tak banyak dirakam.



Aqilah yang tua sebulan dari Khadija, masih tak jalan kerana banyak ragam dan manja.



Khadija dan Fatihahlah yang paling seronok bila dapat berjumpa dengan sepupu mereka. Yang mereka tahu hanya main je lah tak hirau makan @ minum.



Masa ni kat rumah mak usu. Fatihah cukup suka dengan patung harimau mak cik Ain. Diseret sampai ke ruang tamu.



Tengok gelagat Fatihah, geram dibuatnya.



Bersama idola Khadija, mak cik Ain. Apa yang mak cik Ain ada, Khadija pasti nak juga. Contohnya, mak cik Ain ada bilik sendiri, Khadija pun minta dengan kami nak bilik sendiri. Apalagi terus kami susunatur bilik Khadija pada petang hari raya kedua. Entry khas mengenai bilik Khadija akan saya upload kemudian.



Pada hari raya kedua, seperti biasa adalah hari bersama family Hakim. Satu hari suntuk, kami akan berkonvoi beramai-ramai mengunjungi saudara mara mereka di sekitar kampung.



Dah siap. Masa ni kami sedang menunggu semua berkumpul untuk mengambil gambar beramai-ramai.



Gambar lengkap di mana semua family sebelah Hakim ada.



Di rumah cik Yah. Juadah seperti tahun lepas iaitu nasi lemak.



Pada hari raya ketiga, giliran family sebelah saya pula. Hakim dan saya plan secara tiba-tiba ke Nilai, Negeri Sembilan. Beraya di rumah pak anjang. Sebelum tu, kami beraya di rumah mak uda terlebih dahulu.



Perjalanan kami disertai oleh semua adik beradik mak saya.



Di rumah pak anjang. Pak anjang ni adalah adik mak saya yang bertugas di Kastam DiRaja Malaysia. Beliau sebelum ini menetap di kuarters Kelana Jaya tetapi telah diarahkan bertukar ke Nilai sejak beberapa tahun lepas dan beliau turut berpindah dari kuarters Kelana Jaya ke kuarters Kastam di Nilai.



Pujian daripada Hakim, rumah pak anjang memang best sebab kemas walaupun dia tinggal berseorangan. Pak anjang ni telah kematian isteri beberapa tahun lepas, manakala 3 anaknya yang lain menetap di Hulu Klang.



Seronok dia orang ni di rumah atuk anjang, pasal semuanya ada. Ada kucing hidup, patung harimau yang besar, ais krim banyak dalam peti sejuk dan ada macam-macam lagi. Pak anjang saya ni memang pemurah dan penyayang dengan kanak-kanak. Kalau nak tahu, dalam peti sejuk rumah beliau disimpan coklat, ais krim, air tin dan botol yang semuanya untuk kanak-kanak yang datang ke rumah beliau. Beliau juga amat pemurah dengan wang ringgit.



Khadija bersama mak cik Ain di kedai KK Home Deko, Nilai 3. Kami singgah di Nilai 3 setelah pulang dari berhari raya di rumah pak anjang.



Hari raya keempat, Hakim dah mula bekerja. Saya masih bercuti. Aktiviti beraya masih diteruskan ke rumah ipar di Bukit Kapar, mak cik dan sepupu di Puncak Alam di family sebelah Hakim.



Fatihah bersama kakak Lisa. Rumah kak Dil @ abg Aci (abang sulung Hakim) di Kampung Bukit Kapar memang best, besar, kemas dan cantik dengan tanaman hiasan pokok bonsai yang banyak di halaman rumah.



Seronok kakak Lisa yang suka melayan budak kecil. Almaklumlah rumah kak Dil turut menjadi tempat asuhan kanak-kanak.

Secara keseluruhannya, Aidilfitri tahun ni agak sederhana dan biasa bagi saya sebab saya amat penat, penat dengan persediaan, penat dengan berjalan dan macam-macam lagi dan saya amat bersyukur kerana punya sebuah keluarga besar yang menjadikan Aidilfitiri saya penuh dengan warna-warni. Dan sudah pasti yang paling seronok adalah Khadija dan Fatihah kerana mendapat duit raya ratusan ringgit seperti tahun lepas. Syukur Alhamdulillah dah disimpan di dalam akaun SSPN.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...