Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, September 20, 2010

Cushion Cover

Ketahuilah, saya amat meminati hiasan dalaman rumah. Bukan sahaja hiasan tapi juga suasana yang sentiasa kemas dan bersih. Memang penat jugalah kalau sentiasa nak lihat rumah dari ruang tamu, bilik hingga ke dapur dalam keadaan sebegitu. Tapi itulah saya dan rumah kami sekarang ni pun memang saya amalkan keadaan sebegini. Syukur, Hakim juga boleh mengikut cara saya, kalau saya tinggalkan rumah (tidur di rumah mak dalam seminggu), saya tak perlu risau sebab sekembalinya saya ke rumah, pasti semua baju dah berlipat dan barang-barang di rumah semuanya tersusun rapi.

Berbalik kepada cerita mengenai sarung kusyen pula, sebenarnya tahun ni, takde apa-apa yang baru di ruang tamu kami. Cuma kami nakkan kelainan dengan menukar susunatur perabot kami sahaja. Bila saya dah terlebih rajin, sarung kusyen 16" x 16" berbaldu sediada dibasuh menggunakan mesin basuh. Hasilnya...... bila keluar sahaja dari mesin basuh untuk dijemur, habis corak pada sarung kusyen baldu tersebut luntur. Saya pun terfikirlah untuk menukar kepada yang baru. Bila survey je sarung kusyen yang ada di pasaran, semuanya biasa sahaja, tiada yang menarik perhatian saya di tambah pula dengan harga yang mahal menjadikan saya tawar hati untuk membeli.



Sarung kusyen sulam riben ni, saya ada 2. Ditempah dari mak lang @ kak Halina Abd. Hadi dari Kerteh, Terengganu. Harga? Kalau nak tahu bolehlah ke blog beliau ye. Tetapi......sarung kusyen ni, saya ambil keputusan untuk tidak memakainya dan akan disimpan bila dah lengkap beberapa helai lagi.



Hehehe, akhirnya....saya ke Kamdar, beli kain dan jahit sendiri. Ikut warna tema kami, serba coklat tahun ni. Dari langsir, carpet, sarung kusyen dan sofa.



Jimat apa? Kain semeter baru beberapa ringgit. Dapat hasilkan 3 helai sarung kusyen sekaligus. Cuma saya agak frust, sebab 2 lagi sarung kusyen untuk melengkapkan set sofa kami, saya berhajat nak dijahit ropol, tapi tak menjadi. Yelah, kalau mak saya tak campur tangan takkan menjadi ropol tu. Disebabkan kesibukan mak, saya akur, jahit yang senang je, janji siap.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...