Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, September 7, 2010

Iftar di Hotel Quality, Shah Alam

Pada hari Sabtu, 4 September 2010, kami sekeluarga berbuka di Hotel Quality, Shah Alam. Kalau diikutkan kami nak ke Hotel De Palma, tapi disebabkan telah full booked, lokasi berbuka kami beralih ke hotel lain yang masih dibuka untuk tempahan. Kadar buffet ramadhan yang dikenakan di Hotel Quality untuk dewasa adalah RM67 setelah dicampur tax. Manakala caj yang dikenakan untuk warga emas dalam RM35 seorang dan kanak-kanak di bawah usia 4 tahun pula tidak dikenakan sebarang bayaran. Sepatutnya plan nak berbuka di hotel ni pada malam raya. Tapi saya sengaja meminta diawalkan kepada beberapa hari sebelum malam raya kerana mengikut pengalaman kami, buffet pada malam raya berkurangan. Makanan di hotel tersebut, boleh dikatakan agak memuaskan hati, macam-macam ada dan ada di antaranya yang tak sempat dirasa oleh kami. Ada sup gearbox, gulai kawah, char kueytiau, mee kari, rojak buah, nasi ayam, nasi putih + beraneka lauk pauk, dim sum, kambing golek, salad, roti john, murtabak dan pelbagai aneka kuih-muih disajikan di hotel tersebut. Cuma bezanya suasana berbuka pada malam raya lebih selesa jika dibandingkan dengan hari sebelumnya yang mana dah tentu umat manusia terlalu ramai sehinggakan kena beratur di dalam barisan yang panjang untuk mengambil makanan.



Pak mertua, mak mertua, kakak dan adik ipar turut serta pada iftar tersebut.



Buffet ramadhan diadakan di ruang legar hotel. Kalau malam raya lokasi berubah di dalam cafe sahaja. Sebenarnya kami pernah berbuka puasa di hotel ni pada malam raya beberapa tahun yang lepas.



Selesai makan, sambil tunggu giliran solat maghrib. Si Fatihah ni tak padan dengan kecil, tapi pandai nak berkawan. Siap di sapanya budak baju merah tu.



Fatihah meneruskan aktiviti panjat-memanjat.



Saat-saat akhir sebelum kami berangkat pulang. Khadija masa ni pula baru datangnya mood nak minum ABC. Seronok tengok dia waktu ni, beria-ia dia makan ABC tu.

Kalau ikutkan perancangan, Hakim nak solat terawih di Masjid Shah Alam. Tapi disebabkan anak-anak dah mula menunjukkan riak muka yang letih dan mengantuk, Hakim mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja perjalanan balik ke rumah. Syukur Alhamdulillah, Hakim masih dapat menyempurnakan solat terawihnya di rumah secara bersendirian tanpa ditinggalkan walau semalam walaupun kami berbuka puasa di luar pada malam itu.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...