Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, September 22, 2010

Malam Menjelang 1 Syawal 1431 H

Baraan @ takbir raya dari rumah ke rumah pada malam raya memang menjadi tradisi masyarakat Islam terutamanya di kampung-kampung. Kalau dulu, menurut mak, di area Telok Gadong juga aktif dengan acara tersebut pada malam raya yang mana rumah kami yang dulunya rumah arwah atuk juga turut serta. Dan pada malam menjelang 1 Syawal tahun ini, di kawasan taman perumahan kami, Taman Saujana Kapar, Tok Muda, Kapar, Persatuan Penduduk dan AJK surau telah mengimarahkan malam raya tersebut dengan laungan takbir dari rumah ke rumah. Memang aktif mereka ni, kalau diikutkan sejak beberapa tahun lepas lagi acara ni telah dimulakan oleh mereka, cuma pada tahun ini sahaja Hakim mengambil peluang untuk turut serta. Hakim pun salah seorang daripada AJK surau di taman kami tu. Pujian sepatutnya diberikan kepada mereka di atas sikap bekerjasama di dalam pelbagai program yang diatur sepanjang bulan Ramadhan lepas seperti ceramah agama selepas solat terawikh @ solat subuh, bertadarus dan mengacau dodol beramai-ramai.



Tak semua rumah turut serta disebabkan ramai yang telah pulang ke kampung. Giliran rumah kami pada malam tu dalam pukul 10.00 malam.



Menu yang kami hidangkan adalah roti jala, serawa durian dan kari ayam/kentang. Roti jala tu mendapat sambutan dan pujian dari tetamu kami. Kalau nak tahu, kami tempah roti jala tersebut dari kawan sekerja Hakim yang meniaga secara part time pada bulan puasa lepas. Memang berbaloi dengan harga RM25.00 jika dilihat dengan kuantiti roti jala dan kuah yang banyak sehinggakan ada yang berminat untuk menempah dengan beliau.



Khadija yang turut sibuk nak makan sendiri pada malam tu. Ikut suasana dan keadaan, Khadija turut memakai tudung.



Roti jala dan kuah yang masih berbaki sehingga pagi 1 Syawal saya hangatkan dan di bawa ke rumah mertua disebabkan ianya masih elok dan tidak basi. Daripada membazir, lebih baik dimakankan?

Saya terlupa nak ambil gambar hasil kek buah kukus sebanyak 3 loyang dan cupcake chocolate chip hasil buatan saya. Penghasilan 3 loyang kek buah kukus dari 2 bancuhan tu dapat dibahagikan kepada mak, mak mertua, mak cik-mak cik dan kakak saya. Cuma pada masa akan datang, saya akan kurangkan kuantiti gula dalam aduan bagi mengurangkan rasa manis yang terlampau.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...