Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 10, 2010

Wedding Nor & Ajib

Syukur Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Majlis pernikahan dan kenduri walimatulurus Nor dan Ajib telah selamat berlangsung pada 3, 4 dan 5 Disember 2010.

Cerita pada sepanjang majlis adalah secara bergambar.



Nor (panggilan di dalam keluarga) @ Azie @ Jijah memilih warna grey untuk majlis pernikahan. Majlis pernikahan diadakan di surau sebelah rumah kami di Telok Gadong selepas solat Asar.



Bersama saya yang turut mengikut warna tema, grey.



Selesai majlis akad nikah sekitar jam 6.30 petang. Satu pasangan lain termasuk Nor dinikahkan di surau yang sama pada petang tersebut.



Memilih songket purple untuk persalinan malam berinai.



Menepung tawar pengantin.



Persalinan sebenarnya ada 3, lagi 2 tak diambil gambar, maklumlah masing-masing dah keletihan. Masa ni dah hampir jam 12.00 malam.

Keesokannya semasa hari berlangsung, kamera saya buat hal yang sama. Jadi terpaksa menggunakan kamera Aswadi (adik ipar) untuk merakam gambar. Disebabkan menjadi tuan rumah di samping melayan kerenah Fatihah, agak terhad pergerakan saya untuk merakam gambar pada sekitar majlis berlangsung.



Antara tetamu yang tertua meraikan pengantin. Atuk Itam Awal ni adalah pangkat moyang kepada kami. Beliau merupakan bapa saudara kepada arwah atuk. Datang dihantar menaiki kenderaan walaupun rumah selang beberapa buah sahaja dari rumah kami kerana beliau dah tak larat berjalan.



Ayam panggang menjadi pilihan mak sebab mudah disediakan di samping nasi beriayani (menu utama yang wajib pada setiapkali kenduri kami), dalca, daging masak merah, acar buah dan jelatah. Turut disediakan kuih-muih dan bubur kacang serta dadih, agar-agar dan tapai sebagai pencuci mulut.



Meja pengantin. Gubahan dibuat oleh mak usu yang kreatif bersama sepupu-sepupu.



Khemah pun ikut warna tema, oren.



Majlis marhaban, cukur jambul baby Nur Hazirah Izzati dan tahlil turut diadakan sebelum majlis bersanding.



Khadija dan mak cik Ainnya. Baju pink hasil jahitan mak usu.



Kami.



Khadija dan Nurdeen Sani.



Bersanding di pelamin.



Acara memotong kek. Kek 3 tingkat turut dibuat oleh mak usu.



Naik seri wajah pengantin yang tak pernah bersolek sebelum ini.



Posing menarik.



Ramai yang tiada di dalam gambar ni. Susah nak kumpulkan semua orang yang sedang sibuk melayan tetamu.



Outdoor session di Taman Botanik.



Semasa menghantar pengantin ke rumah Ajib pada keesokan harinya.



Warna hijau menjadi pilihan di rumah sebelah lelaki.

Kami berempat (semua perempuan) dah selamat, sekarang hanya tinggal adik bongsu kami yang satu-satunya lelaki sahaja yang belum melangsungkan perkahwinan. Semoga beliau dipertemukan jodoh yang baik dan solehah. Amin.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...