Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, March 29, 2010

60 Earth Hour

Menyokong masa 60 minit untuk bumi pada Sabtu malam Ahad, 27 Mac yang lepas, saya pada mulanya memang plan nak bergelap juga selama satu jam seperti tahun lepas di mana kami pasang khemah kat luar rumah. Tapi apakan daya pada masa tu kami dalam kenderaan balik dari rumah mak ke rumah kami. Dengan singgah di Pekan Kapar beli burger lagi, kami sampai dalam lagi 10 minit nak 9.30 malam. Apalagi terus je bila sampai masuk rumah on lampu. Dalam perjalanan dari Telok Gadong hingga ke Pekan Kapar malam tu, saya dapat lihat sepanjang jalan banyak rumah yang tak menyokong kempen tersebut. Bagi saya terpulang kepada masing-masing. Walau apa pun pendapat masing-masing, mesej saya cuma satu 'Sayangilah Bumi Kita'.

Friday, March 26, 2010

Adikku Dah Selamat Bertunang

Pada 20 Mac lepas, adik perempuan bongsu saya telah selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang juga merupakan orang Klang juga. Kiranya jadi sejarah dalam keluarga jugalah sebab mendapat pasangan yang paling dekat sangat dengan rumah. Kalau nak jalan kaki pun boleh tapi berpeluhlah jugak. Insya'allah majlis akad nikah dan persandingan akan diadakan pada bulan Disember tahun ni jugak. Lepas Nor, tunggu giliran adik lelaki tunggal dan bongsu kami jelah nanti iaitu Meor Mohd Shukor.

Perjalanan majlis sama macam majlis pertunangan yang lain dan takde yang berbeza. Majlis diadakan dirumah pusaka arwah atuk yang dah jadi rumah kami juga kerana menurut mak seperti sebelum ini, kami semua bertunang kat situ. Bila majlis persandingan je, baru buat kat rumah kami. Saya ada juga menyumbang tenaga dengan membuat dadih tapi lupa nak ambil gambar. Untuk menu yang lain seperti ayam masak merah dan nasi beriyani yang merupakan menu wajib kalau rumah kami ada kenduri-kendara dimasak oleh mak sendiri. Nor mendapatkan khidmat jurugambar dan mak andam dari butik berhampiran rumah je. Senang katanya.



Sehari sebelum majlis, kanak-kanaklah yang paling seronok.



Fatihah dan Aqilah.



Sebahagian daripada kanak-kanak dalam family kami. Takde dalam gambar Naim dan Yusuf.



Pada pagi sebelum majlis pertunangan barulah sirih digubah untuk mendapatkan hasil sirih yang segar.



Bunga nak buat sirih junjung.



Baju sama.



Kelima-lima kanak2 perempuan dipakaikan baju yang sama hasil jahitan mak su yang sangat berseni dan kreatif. Terima kasih mak su.



Saya dan Nor @ Azie @ Jija.



Khadijalah yang paling seronok. Konon pakai baju 'princess'.





Sebahagian daripada hantaran pihak perempuan kepada pihak lelaki. Hantaran 11 daripada pihak lelaki berbalas 13 dari pihak kami.



Kreatifkan mak su saya?



Walaupun simple tapi menarik.



Sebakul besar buah-buahan.



Bunga rampai.



Songket yang dijadikan tengkolok dan kain baju melayu warna grey.



Yang ni menjadi kemestian family kami kalau pertunangan. Mesti ada satu hantaran kuih kacau (labu).



Set mandian.



Coklat digubah bunga.



Tema hijau, jadi khemah pun hijaulah.



Lauk-pauk. Ni sebahagian je, hari tu banyak menu tambahan iaitu kuih-muih yang dibawa oleh Wan Nyah dari Shah Alam dan Siti dari Hulu Klang.



Nasi beriyani.



Anakku yang baik, tak meragam langsung dan sporting pada sepanjang majlis berlangsung.

Wednesday, March 24, 2010

Cupcake

Saya memang penggemar kepada kuih-muih yang manis terutama kek. Ditambah pula sekarang ni tengah trend cupcake. Geram rasanya bila tengok gambar cupcake dalam blog. So, pada majlis pertunangan Nor tempohari, saya dengan ikhlas dan berbesar hati mensponsor cupcake untuk hantaran. Disamping cupcake hantaran, ada juga cupcake untuk makan2 yang bersaiz supermini. Cupcake ni saya order dgn Nazeha dari Kampung Jawa. Boleh recommend kalau nak sebab rasa memang best dan seimbang tambahan pula rasa kek tak berapa manis yang disesuaikan dengan krim yang agak manis. Cupcake ni pun saya suruh Nazeha hantar je dan saya tunggu depan MPK. Ini merupakan kali kedua saya order cupcake melalui blog. Kali pertama dengan As dari Setia Alam. Yang ni pun saya recommend jugak sebab memang sedap.

Bagi saya pembuat cupcake ni memang kreatif dan berseni sebab kek yang bersaiz kecil tu dapat direka dengan kemas dan penuh kesabaran.





Saya tercari2 gambar dan entry cupcake masa order dengan As dulu tapi tak jumpa plk. Dua2 saya recommend sebab dua2 pun sedap bagi saya yang memang penggemar kek ni. Kepada yang berminat boleh masuk link blog mereka berdua ni ye.


Anak Saudara @ Anak Buah

Saya jarang bercerita mengenai cerita yang bukan kisah anak-anak saya. Tapi entry kali ni khusus mengenai cerita anak-anak buah saya pula.



Gambar ni Aqilah bersama Fatihah. Aqilah ni umurnya sebulan awal daripada Fatihah. So, sekarang Aqilah dah 8 bulan. Tapi dia masih meniarap lagi. Aqilah adalah merupakan anak kepada adik saya yang menetap di Ampang.



Gambar bawah ni pulak adalah anak sepupu saya, Fiza iaitu Nur Yusuf Ikhwanudin. Dilahirkan di Raub, Pahang pada bulan Disember 2009. Jadi Fatihah, Aqilah dan Yusuf adalah sebaya.



Yusuf ni amatlah sihat sebab baru nak masuk 3 bulan, beratnya dah mencecah 6 kg lebih. Amatlah semangat dan saya tak sanggup nak dukung dia.



Yusuf bersama abangnya Nurdeen Sani yang juga amat rapat dengan anak saya Khadija. Nurdeen ni umur dia dah 4 tahun dan merupakan budak yang agak cerdik dan keletah.

Doa saya buat mereka - Semoga sentiasa sihat dan membesar sebagai anak yang soleh dan solehah.

Thursday, March 18, 2010

Berbudi Kepada Tanah

Pokok buah mata kucing/longan yang kami tanam dah berbuah lagi. Rasa-rasanya ini adalah kali ketiga pokok ni berbuah semenjak ditanam pada 3 1/2 tahun yang lepas. Benarlah kata peribahasa kalau kita berbudi kepada tanah, dapatlah merasa hasilnya.



Pokok ni kami beli kat ladang mata kucing kat Sepang.



Banyak juga hasil buah kali ni. Sampaikan kami bungkus bagi kat jiran. Dapatlah merasa sorang sikit.

Malam Tamadun Dan Kesenian Islam

Pada 12 Mac yang lepas, saya dan Khadija menghadiri majlis makan malam anjuran PEKERTI yang bertemakan Malam Tamadun Dan Kesenian Islam di Dewan Hamzah, Klang. Di daerah Klang, dewan ini adalah salah satu dewan yang menjadi kebanggaan penduduk Klang untuk mengadakan majlis perkahwinan, sukan dan sebagainya. Majlis malam tu tak ada apa yang istimewanya. Saya dan Khadija hadir pun disebabkan Hakim salah seorang Ahli Jawatankuasa PEKERTI. Majlis berlangsung secara sederhana dengan acara makan-makan, persembahan nasyid, bacaan al-quran dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Saya pulak disebabkan memang pemalu, takdelah pergi bangun untuk ambil gambar majlis tetapi yang ada cuma beberapa gambar yang saya minta Hakim rakamkan sebelum majlis bermula seperti kat bawah ni.



Masa ni masih belum ramai yang datang.



Anakku Khadija yang nak melaram je.

Wednesday, March 17, 2010

Nyum Nyum

Sebelum memulakan cerita pasal makanan ni, saya nak rakamkan ucapan terima kasih kepada kawan satu 'gang' saya masa menuntut di Poli PD dulu, Azean yang saya tak sangka mengikuti perkembangan saya dalam diam melalui blog ni. Walaupun dia tak berfacebook, rupa2nya dia masih mengikuti perkembangan saya. Apa lagi Yan, jomlah buka blog.

Bercerita pasal makanan, sekarang ni saya tengah mood malas nak masak mungkin sebab balik je kerja dah penat. Al-maklumlah, tuntutan tugas di tempat kerja yang makin banyak. Lagi pulak dengan tugas melayan anak bila sampai ke rumah menyebabkan saya jadi malas nak masak. Kalau masak pun, menu yang simple seperti nasi goreng aje. So, takde menu terbaru yang saya nak kongsikan kat blog ni.

Cerita pasal roti sosej atau kami panggil roti pizza ni sebenarnya mak saya yang buat. Bukan nak puji, mak memang rajin dalam hal masak memasak ni. Kalau nak tahu, disebabkan cucunya, Naim gemar makan roti sosej, mak telah membuat roti sosej ni berulang kali. Tak menjadi masalah untuk mak buat roti ni walaupun dalam waktu yang singkat. Kadang2 mak saya lihat sebelum solat Subuh dah adun doh roti, selepas solat Subuh dan wirid sekejap, dia terus bakar roti dan saya dapatlah breakfast dengan menu roti pizza. Rasa pulak? Memang setanding dengan roti pizza yang ada di pasaran.





Ni pulak cerita pasal donut. Donut ni hasil kerja Hakim dan saya.





Gambar kat bawah ni pulak adalah nasi 'ambang' yang merupakan makanan kegemaran Hakim yang kini pun dah jadi kegemaran saya. Memang best, RM5.00 dapat nasi dalam kuantiti yang boleh dimakan untuk 2 orang + seketul ayam masak kicap, suhun, ikan kering bulu ayam, tempe dan serunding kelapa. Kalau nak tahu, nasi 'ambang' merupakan makanan tradisi masyarakat Jawa yang sering dihidangkan pada majlis kenduri-kendara. Saya pada mulanya tak pernah makan nasi 'ambang' ni, tapi bila dah berkahwin dengan Hakim dapatlah saya merasa. Mula2 dulu memang tak suka sebab satu dulang dimakan ramai2 dan kalau saya, pasti saya akan ambil dan asingkan makan kat pinggan lain.



Beginilah rupa nasi 'ambang' yang sekarang tak payah tunggu kenduri dah boleh makan sebab di pasar malam mahupun di gerai-gerai dah ada yang jual menu ni.


Tuesday, March 16, 2010

Fatihah Demam

Untuk julung-julung kalinya, Fatihah kena demam yang lama, hampir 5 hari. Sebelum ni kalau demam dalam sehari dah baik. Start Isnin lepas, panas tak surut. Ada yang kata, demam beralih bulan. Yelah dari 6 bulan nak masuk 7 bulan dah. Ada yang kata, demam nak pandai. Fatihah ni kalau diikutkan perkembangannya memang teramat cepat. Sekarang ni je dah mula nak berdiri, gigi pun dah sebatang tumbuh di gusi bawah. Ada yang kata, kalau tumbuh gigi dulu, lambat berjalan. Tak taulah, tengokkan je nanti. Tapi saya berdoa semoga Fatihah cepat jalan sebab sekarang ni dia macam dah tak sabar nak berdiri dah. Sikit2 memanjat saya untuk dia berdiri.

Bercerita pasal Fatihah demam ni, saya bawa dia ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan. Menurut doktor kalau demam tak baik baru teruskan dengan makan antibiotik. Tapi bila dah makan antibiotik pun tak baik, bawa jumpa dia semula. Oleh kerana demam Fatihah masih tak kebah pada hari Khamis bersekali dengan cirit-birit, saya bawa dia semula ke Klinik Tan dan doktor suggest kami ambil darah. So, kami bergegas bawa Fatihah ke Pantai Medical Centre. Selesai ambil darah dan dapat result, syukur takde apa2. Menurut doktor mungkin dia nak kena demam campak. Ya, betul. Selepas beberapa hari, pada hari Ahad pagi baru keluar ruam campak kat muka dan badan Fatihah. Sekarang ni, Fatihah dalam tempoh nak baiklah ni. Minta2 lah anak mama, Fatihah cepat sembuh sebab Sabtu ni majlis pertunangan mak cik nor, yang pasti kalau Fatihah tak sihat tak bolehlah mama enjoy kat majlis tu nanti.



Tengoklah aksi Khadija yang lasak. Tak senang duduk kami kalau dia tak dimasukkan dalam walker. Terpaksa masukkan, kalau tak leka nak berdiri tak kira tempat.



Yang bestnya Fatihah ni tak lokek senyum.



Stoking kait yang Fatihah pakai tu dikait oleh mak su. Siapa2 yang berkenan boleh bagi tahu, macam2 warna ada. Sepasang RM10.00 sahaja. Kalau dengan topi RM20.00 (tak termasuk penghantaran).

Nuffnang

Hari ni dengan rasminya blog saya telah berdaftar dengan Nuffnang. Bila dah berdaftar ni, kenalah aktif sikit dalam arena perblogan ni. Yang pasti saya akan kekalkan cerita di dalam blog ni dengan cerita kami sekeluarga sahaja seperti tujuan asal saya mencipta blog sejak 2 tahun yang lepas. Bila diimbas semula, tujuan saya berblog adalah untuk peribadi dan bukan untuk paparan umum. Tapi sekarang dah jadi lain pulak. Macam tak tetap pendirian pulak dah sekarang ni sebab nampak beberapa blog kawan2 dah membuahkan hasil yang lumayan melalui Nuffnang ni. Kepada Nuffnang, saya masih baru dan masih belajar lagi tentang Nuffnang ni, masih belum katam lagi. Slowly2 saya belajar ye!

Monday, March 15, 2010

Cuti2 Malaysia - Genting Highland

Percutian ke Genting ni memang tak dirancang iaitu pada petang Maulidur Rasul tempohari. Kami pergi boleh dikatakan tak bawa bekalan pakaian. Baju spare untuk Fatihah dan Khadija memang ada dalam sehelai yang saya simpan dalam beg yang sering saya bawa di dalam kereta. Tapi untuk stok diapers kami terpaksa beli kat Pasaraya Segi, Sungai Buloh, manakala untuk stok baju tidur kami singgah beli kat Giant, Batu Cave. Memang terjah je untuk jalan kali ni. Dengan tak bawa sweaternya, selamba je kami anak beranak ke Genting petang tu. Memang berbaloi pasal kat sana tak sejuk pun.

Kami menginap di Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Nasib baik ada kosong lagi, kami sampai sana pun dah hampir pukul 7.00 malam masa tu. Hakim sengaja dan beria-ia nak bermalam kat Hotel Seri Malaysia ni, yelah hotel ni ada cerita disebaliknya bagi Hakim di mana di situ kami berdua berkenalan iaitu ketika dihantar berkursus Induksi kat sana oleh pihak MPK. Kalau ikutkan sejak kami berkahwin memang dah beberapakali kami pergi ke Genting ni. Antara hotel yang pernah kami bermalam selain Hotel Seri Malaysia adalah Hotel First World dan Hotel Goh Tong Jaya. Kalau ikutkan rate bilik untuk semalam, rata-rata adalah sama iaitu RM200 +++ especially bila pergi time cuti.

Rentetan percutian kami adalah seperti berikut :-



Lepas check in, tukarkan baju Khadija dan Fatihah. Baju tidur ni dibeli kat Giant, Batu Cave. Budak 2 orang ni cuma siram air sikit2 je, sebab sejuk.



Khadija yang senang hati sebab dapat tidur kat Hotel. Bukan main suka lagi Khadija. Kami dah selalu dan biasa tidur kat Hotel, tak jadi masalah bagi Khadija.



Kami 4 beranak.



Comelkan? Khadija disuruh pegang Fatihah.



Fatihah dah rimas, nak meniarap ke depan. Lagipun Khadija pegang kuat sangat tu.



Ni keesokan harinya. Selesai bersiap nak turun breakfast.



Posing lagi.



Kali ni suruh Khadija pegang lagi si Fatihah.



Comelnya anak2 saya ni!



Kat Cafe. Selesai dah breakfast. Fatihah sambung tidur.



Tengah tunggu Hakim, sambil tu rakam gambar kat lobi Hotel.



Masih mood Tahun Baru Cina, lobi Hotel masih dengan hiasan sambutan perayaan tu.



Bersedia nak naik ke puncak Genting.



Hakim kat luar Hotel.



Baby Fatihah pun tak pakai sweater sbb tak bawak. Kalau ikutkan dua2 ni memang dah ada sweater, tapi sayang percutian tak dirancang, sweater pun tak bawa.



Action je tu. Bukan main pun.



Sama je dua beranak ni, action je lebih.



Nak puaskan hati Khadija. Masa ni, Khadija agak teruja nampak macam2 mesin mainan ada, sampai kejap2 tarik tangan abah dia ke sana-sini.



Ye ye aja anak Mama ni.





Kesimpulannya, percutian tak dirancang dan ala-ala terjah ni memang memenatkan. Bak kata Hakim, kalau plan sangat, nanti ada je alasan saya batalkan pada saat-saat akhir. So, dalam kereta balik dari rumah mak di Telok Gadong lepas solat Jumaat, terus je dia bawa kami ke sana. Walaupun memenatkan, saya enjoylah juga dan terima kasih kepada Hakim kerana membuatkan kami especially Khadija gembira. Yang pasti, percutian seterusnya adalah ke Pulau Langkawi pada ulangtahun kelahiran saya, April ni selama 4 hari dengan Air Asia. Tak sabar rasanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...