Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, April 19, 2010

Semoga Anak-Anak Mama Cepat Sihat

Saya sebenarnya tak berapa gemar bercerita kalau anak-anak tak sihat. Kalau boleh nak berkongsi hanya cerita yang gembira sahaja. Tapikan Khadija dan Fatihah semenjak kebelakangan ni, musim agaknya, bergilir-gilir kena samada demam, batuk, selesema dan cirit-birit. Risau sangat dibuatnya. Macam mana pun, mama sentiasa doakan agar anak2 mama cepat sihat dan cergas semula seperti sediakala.







Kerja Dan Terus Bekerja

Minggu ni saya agak sibuk. Nampak gayanya mesyuarat yang kena hadiri berturut2 hingga ke petang Jumaat nanti. Tapi nak buat macam mana, dah itu tugas hakiki saya. Redha dan ikhlas saja dalam menjalankan tugas yang diamanahkan ini kerana kerja merupakan ibadat. Dalam pada tu, dalam hati ni tengah tak sabar nak tunggu minggu depan sebab ....... tunggu ceritanya di entry yang akan datang. Insya'Allah.

Minggu lepas, saya terlibat sebagai Pelapor untuk Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor. Persidangan kali ni 3 hari sahaja berjalan. Kalau ikutkan dalam jadual hampir seminggu setengah tapi disingkatkan disebabkan Pilihanraya di Hulu Selangor.



Keadaan di Bilik Pelapor.



ADUN sedang berbahas.



Kedudukan sebenar di Dewan.



Di sinilah bilik di mana Pelapor perlu menaip semula apa yang dibahas di Dewan.


Bertukar Rupa

Assalamualaikum......Jangan pelik, dua tiga hari kebelakangan ni, background blog saya memang dah bertukar beberapakali. Keinginan nak bertukar latarbelakang blog ni meluap2 tapi saya masih keliru dan tercari2 mana yang sesuai. Tapi buat masa dan ketika ini, inilah rupa latarbelakang terbaru saya. Kepada kawan2 blog jangan keliru ye. Ini adalah blog saya yang dulu tu ye. Masih berusaha untuk perbaiki. Nuffnang pun dah hilang entah ke mana ni. Sambil2 buat minit Mesyuarat Pengurusan yang baru ditangguhkan pada jam 1.15 tengahari tadi, saya akan cuba menggodek blog ni.

Thursday, April 15, 2010

Doa Untuk Anak-Anak

Petikan mengenai anak-anak hiperaktif ini saya ambil dari Portal PKPB SMK Tengku Ampuan Intan yang dipetik dari Majalah Nur. Pada mulanya, saya saja-saja ingin mengetahui bagaimana untuk mengenali anak yang hiperaktif dan bukanlah anak-anak saya tu hiperaktif. Tapi di dalam petikan ni banyak pula tips yang berguna beserta doa. Apa lagi saya terus copy untuk disave di dalam blog saya supaya senang bila saya nak baca boleh dirujuk berkali-kali dan juga tujuan lainnya adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog saya ni. Especially, doa-doa yang diberi untuk mendidik anak-anak.

Ramai ibubapa yang mempunyai anak hiperaktif memandang ringan masalah yang melanda anak-anak mereka. Bagaimanapun, ada juga ibubapa menggunakan kekasaran untuk menangani perilaku anak-anak hiperaktif dan ini ditakuti memberi kesan yang buruk kepada anak tersebut. Anak-anak hiperaktif seharusnya dididik menggunakan pendekatan yang sedikit berbeza daripada anak-anak normal yang lain.

1. Latih anak-anak hiperaktif untuk displin, agar dia dapat mengatur dirinya dengan baik.

2. Jangan menghukumnya kerana perilaku hiperaktif tersebut bukan sepenuhnya kesalahan anak anda.

3. Jangan sesekali melabel anak hiperaktif (atau anak-anak) sebagai anak nakal, malas atau bodoh, kerana akhirnya ia akan bersikap seperti yang dilabelkan kepadanya.

4. Keefektifan sesebuah rawatan berbeza-beza bagi setiap anak. Ibu bapa harus menentukan rawatan yang terbaik buat anak.

5. Berikan kasih sayang (bukan memanjakan) pada anak hiperaktif melebihi saudaranya. Alasannya, seberapa banyak kasih sayang yang ditumpahkan pada anak hiperaktif, ia tetap tidak akan penuh.

6. Dalam mengajar anak hiperaktif, jangan bosan untuk terus menerus mengulang hal-hal yang sama, agar cepat dapat dipelajari dan diingati seperti anak yang normal.

7. Apabila di depan anak, katakanlah pada orang lain bahawa dia adalah anak yang baik, dan jangan mengungkit-ungkit kesalahan-kesalahan yang pernah dilakukan.

8. Selalulah berwaspada, perhati dan kawal anak agar ia tidak bertindak sesuatu yang boleh membahayakan dirinya atau orang lain.

9. Perbanyakkan komunikasi dengan anak. Jika pada anak normal kita cenderung berkomunikasi pada saat-saat tertentu, pada anak hiperaktif kita seharusnya berkomunikasi 'setiap satu minit sekali'.

10. Salah satu hal yang paling sulit mengatasi anak hiperaktif adalah ketika sedang berada di meja makan dan kita meminta mereka memakan sendiri. Mungkin dia akan memainkan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan. Jangan marah dia! Yang harus anda lakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar.

11. Kita sebagi ibubapa bolehlah bertanyakan kepada doktor untuk mengetahui apakah anak-anak kita akan mengalami alahan terhadap beberapa jenis makanan yang tertentu serta apakah perlu ada cara penyediaan yang khusus untuk hidangan anak-anak hiperaktif.

12. Untuk anak-anak hiperaktif, kita sebagai penjaga perlu berhati-hati dengan program-program di kaca television yang menampilkan adegan-adengan yang ganas, tidak bermoral serta boleh memudaratkan cara berfikir mereka.

13. Anak hiperaktif memang kurang bijak untuk mengendalikan diri mereka terutamanya di kala sikap agresifnya menguasai. Sebaik-baiknya fikirkan cara agar tenaga agresifnya itu disalurkan pada aktiviti yang tepat. Misalnya dengan mengizinkan mereka mengikuti aktiviti-aktiviti luar atau membuat pekerjaan rumah atau sebaginya.

14. Selain dari itu, ibubapa yang mempunyai anak-anak hiperaktif menggunakan pendekatan berdasarkan agama seperti membaca doa. Antara doa-doa yang sesuai diamalkan oleh orang tua untuk anak-anaknya.

a) Al Baqarah : 128 (Doa agar anak patuh kepada Allah)

b) Al Imran : 38 (Doa agar diberi anak yang baik)

c) Furqan : 74 (Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati)

d) Ibrahim : 40 (Doa agar anak tetap mengerjakan solat)

15. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, kita boleh membaca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. Selain dari itu, ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. Bacalah Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

16. Selain membaca doa ketika mereka sedang belajar, ketika memasak juga bolehlah si ibu membaca doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya. ”Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.

17. Bagi ibu yang bercita-cita anak-anak yang baik. Elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap digalak diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

18. Selepas solat lima waktu juga cukup sesuai untuk kita menadahkan doa. Selalulah mengamalkan doa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.” Manakala Ayat 40 pula, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

19. Selepas mengambil wuduk, ibu bapa hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

20. Ketika anak tidur juga:

a. Pada setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

b. Membaca surah Al Fatihah 1 kali dan Surah Alam Nasyrah 1 kali.

c. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

d. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

Meskipun anak hiperaktif ini tidak mampu menguasai dirinya dengan perilakunya, ibubapa atau guru tidak seharusnya bersikap acuh tak acuh dan menyerah kalah pada keadaan. Perlu ada kesabaran untuk mengajar anak hiperaktif, walaupun harus dilakukan berulang-ulang kali.


Tuesday, April 13, 2010

Karakter Baru Kegemaran Khadija

Dulu, masa umur Khadija masuk setahun, masa tu dia tengah fanatik dengan karakter Upin Ipin. Sekarang ni dah tak berapa dengan Upin Ipin, dia dah beralih dengan karakter kartun yang ganas sikit, Ultraman atau Ben 10. Saya pun pelik, patutnya minatlah dengan Princess ke, ni tidak dengan kartun Ultraman. Saya faham, Khadija terikut-ikut dengan 2 pupu dia si Nurdeen dan kawan2 kat Taska dia kot. Tak kisahlah, janji Khadija tetap femininkan?



Ahad lepas, punyalah bengang. Saya nak buat kerja kat PC. Dah pulak si Khadija nak tengok Ultaraman dan Ben 10. Cari dalam You Tube jumpa dan terus pasang. Nasib baik bawa balik Celcom Boradbend mak cik Nor.



Tengok bukan main lagi si Khadija ni.



Siap buat aksi lagi. Entah apa-apa je.



Yang si adik pulak, Fatihah tak reti duduk diam. Habis satu rumah dijelajahnya. Kalau tak merangkak, berdiri. Itulah kerja si Fatihah ni. Sampaikan mama dengan abah tak senang duduk, asyik kena kejar dan awasi dia. Kalau dudukkan lama-lama dalam 'walker', meronta-ronta si Fatihah minta dikeluarkan. Bila dah dikeluarkan, inilah jadinya.



Tengok tu, kalau bawah meja, jangan cakaplah, dah jadi tempat keluar masuk dia. Kalau terhantuk, jangan salahkan mama. Fatihah yang cari pasal sendiri kan? Tak kisahlah Fatihah, janji Fatihah happy kan?


Sayangkan Anak

Baru-baru ni, taklah baru sangat. Kalau ikutkan dah 3 minggu lepas kot. Saya belikan Khadija basikal. Hajat dihati memang nak belikan dia basikal, walaupun dia tak minta. Kalau ikutkan birthday dia bulan Mei ni, tapi dah tak sabar nak dia berbasikal.



Ni basikal Khadija, kami belikan masa umur dia nak masuk setahun. Kira hadiah birthday dialah masa tu. Basikal ni sebenarnya dia jarang naik pun. Kalau ikutkan tak perlu belikan dia basikal lagi, itu yang Hakim cakap sebab yang ada pun jarang-jarang dia naik. Sedangkan kat rumah wan pun ada 2 lagi basikal/motor yang wan usu bagi pun dia jarang-jarang naik.



Tengok, Khadija bukan main lagi bergaya atas basikal baru dia. Pada hal bukan pandai kayuh sangat pun, sedangkan ada roda 4. Saya beli dengan harga RM80.00 je setelah survey harga di beberapa buah kedai. Kalau kat hypermarket harga pun dalam lingkungan RM90.00 hingga RM120.00. Kiranya pilihan saya ni tepatlah. Tak payah beli mahal2, main sekejap je. Lagipun Khadija bukannya lasak, nanti boleh turunkan kat Fatihah pulak.



Mula-mula dapat je bukan main sayang, sampai tak bagi orang lain pegang atau duduk. Kata Khadija nanti kotor. Sekarang ni dia buat tak kisah dah pun. Itulah dia, budak2 memang cepat bosan dengan satu-satu bendakan?


Sunday, April 11, 2010

Kasihnya Abah



Tengok gambar pun dah tau, cerita pasal my hubby tersayang, Hakim. Kalau saya jadi juri untuk anguerah Bapa Mithali, saya memang bagi anugerah tu kat hubby saya ni. Dia memang menepati ciri2 tu setakat ni. Syukur Alhamdulillah, dia seorang yang penyabar, penyayang dan bertanggungjawab buat kami. Fatihah dan Khadija cukup manja dengan Hakim. Bukanlah bermakna saya tak manjakan anak2, tapi memang berbeza sebab saya ni agak tegas dan garang adakalanya. Bukan main lagi anak2 manja dengan dia. Tu baru bab manja. Belum lagi cerita bab lain yang abah dia orang ni memang best. Banyak membantu mama dia ni dalam bab menjaga, memandi dan buat susu anak2. Terima kasih abah. Mama, Khadija dan Fatihah sayang abah sangat2.



Gambar tadi tu diambil masa kami makan pizza. Makan pizza ni pun sebab abah ikutkan kehendak mama juga.



Keprihatinan dan kasih sayang Hakim sebagai abah memang terserlah.


Thursday, April 8, 2010

Saya Sayang Mak!

Kali ni entry saya khusus untuk cerita pasal mak. Saya sayang sangat2 dengan mak saya walaupun saya ni memang tak pandai nak tunjuk dan ungkap dengan kata2. Tapi dalam hati kecil, saya sentiasa mengingati mak dan berdoa untuk dia. Semua orang pasti akan menyanjung tinggi mak sendiri walaupun mak kita tu tak berpendidikan tinggi, lagi pulak berkerjaya? Seperti mak saya, mak saya tak pernah bekerja tapi mak mempunyai banyak kemahiran dan yang paling menyerlah kemahiran mak adalah menjahit, mengait dan memasak. Kalau ikutkan semua adik-beradik mak dan arwah wan pun pandai menjahit cuma ilmu menjahit mak agak extra berbanding yang lain sebab arwah atuk hantar mak belajar menjahit di satu kolej jahitan di Pulau Pinang ketika itu. Mak pandai menjahit bermacam fesyen pakaian dan masa saya sekolah dulu pun mak yang jahitkan baju seragam sekolah kami. Masa tu memang kami tak beli siap. Saya pakai baju sekolah gaun/skirt kalau tak silap sampai darjah 4 atau 5. Lepas tu terus pakai baju kurung. Dengan menjahit jugalah, mak dapat menambah ekonomi keluarga kami ketika itu. Selain daripada menjahit, mak pun pandai bertukang, berkebun, mengait dan macam2 lagi. Pendek kata, mak ni tak pandai duduk diam, bersenang-senang.

Menurut cerita arwah wan, mak antara pelajar yang cerdik di sekolah. Mungkin benar kata arwah wan sebab mak memang pandai terutama dalam matematik. Tapi mak tak seperti adik2 mak yang lain, semua berkerjaya sebab mak terpaksa berkorban daripada meneruskan belajar untuk menjaga adik2 ketika itu disebabkan mak anak yang sulung dan pada masa itu wan sering sakit-sakit. Bagi saya mak saya memang seorang yang hebat. Susah saya nak tengok mak tak sihat dan walaupun mak sekarang ni ada darah tinggi dan kencing manis, mak tak pernah tunjukkan yang dia tu sakit. Doa saya buat mak semoga mak dipanjangkan umur dan sihat selalu.


(Dar kiri mak lang-berdiri, mak cik Esah-sekarang duduk kat Kuala Kangsar, Perak, mak saya dan berdiri kanan, Mak Tua/Yong).

Gambar mak masa muda2. Masa ni masih duduk kat Butterworth, Pulau Pinang sebab arwah atuk masih belum pencen dari Kastam.



Mak dan mak lang, masa ni menunaikan fardhu Haji pada tahun 2003.



Sebahagian daripada adik beradik mak dengan arwah wan.


Gambar kami sekeluarga.

Seperkara lagi pasal mak, mak cukup payah di ajak berjalan. Kata mak, mak dah puas berjalan. Yelah, dulu arwah atuk masa bekerja Kastam, keluarga mak pernah duduk di Pulau Pinang dan Singapura. Kalau nak tahu, 4 orang adik mak lahir di Singapura. Lepas berkahwin dengan bapak, adalah juga mak di bawa berjalan sebab kampung sebelah bapak di Perak dan ipar2 mak ada yang duduk di Kedah dan Terengganu. Mungkin sebab tu mak malas dah nak berjalan sekarang ni. Hai, begitulah antara serba sedikit mengenai mak yang saya sanjung tinggi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...