Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 28, 2010

Mama, Dija Nak Komputer!

Dah nama blog keluarga, jadi saya nak bercerita pasal anak saya, Khadija. Sekarang ni perangai Khadija kadang2 menguji tahap kesabaran jugalah tapi disebabkan dia ni keletah dan pandai ambil hati mama dan abah, kadang2 nak marah pun tak jadi.



Nak solat Maghrib dengan abah. Tengah adjust nak pakai telekung.



Kalau nak tahu, 'komputer' ni milik adik bongsu saya @ Pak Usu Meor panggilan Khadija yang sekarang ni dah 23 tahun usia dia. Menurut mak, 'komputer' ni dibeli masa Meor sekolah rendah, kalau diagak mungkin dah lebih 15 tahun kot usia 'komputer' ni. Punyalah mak saya jaga, masih elok lagi dan disebabkan Khadija tiba2 pada suatu pagi nak komputer, mungkin dah gian main PC mama. Datang rumah wan dia merengek, dalam masa yang sama, saya pun berjanji nanti bila mama dapat gaji mama belikan komputer untuk Khadija. Tapi bila wan dah keluarkan 'komputer' Pak Usu Meor, rengekan Khadija pun berhenti. Mujur tak beli, Khadija ni sekejap je dah boring dengan sesuatu benda.



Masa tengah teruja dengan 'komputer'.



Si Nurdeen tumpang2 main sekali dengan Khadija. Bila Khadija dah boring, mak saya simpan semula 'komputer' tu. Sungguh cermatkan mak saya jaga barang?

*** Atuk @ Bapak saya tak sihat, hari Jumaat malam masuk hospital tapi Ahad dah keluar. Doa saya untuk bapak, moga cepat sembuh ye.


Wednesday, June 23, 2010

Lawatan Persatuan Ibu Bapa Taska

Semenjak hantar Khadija ke Taska Penyayang MPK ni, saya tak semena-mena aktif pulak. Barulah terasa macam mana bila ada anak yang bersekolah, ni baru taska, esok kalau dah sekolah betul-betul, lagilah banyak aktivitinya. Saya telah dilantik sebagai salah seorang AJK untuk sesi tahun 2010 yang juga merangkap sebagai Bendahari. Hai, tak pasal-pasal pulak, padahal anak saya baru sahaja dimasukkan ke Taska start bulan Mac 2010. Takpelah, atleast bila ada jawatan ni, kita tahu banyak perkara yang kita tak pernah ambil tahu pun sebelum ni. Lawatan pada petang 18 Jun 2010 lepas adalah bersekali dengan mesyuarat bersama pihak Taska di mana kami diberi penerangan dan ditunjukkan dengan keadaan persekitaran Taska. Taska dan Pusat Jagaan (transit) ni terletak di 2 unit rumah banglo 2 tingkat milik MPK di Jalan Tengku Kelana iaitu berhampiran dengan Klinik Anika, Klang. Taska ni juga merupakan Taska Komuniti di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Jadi, program yang diajar dan diaplikasikan ke atas kanak-kanak di sini berpandukan kepada program permata negara. Oklah juga, saya lihat perkembangan Khadija semenjak dihantar ke sini, banyak berdikari dan menurut Penyelia Taska tu juga, Khadija antara kanak-kanak berumur 3 tahun yang sering dijadikan model untuk disoal jawab sekiranya ada pihak tertentu dari mana-mana agensi datang membuat kajian di sana disebabkan Khadija ni petah bercakap dan tak pelat serta mendengar arahan. Hui, bangga mama bila orang puji anak mama macam tu.



Kami ditunjukkan tempat masak/makanan disediakan.



Bekas susu yang telah dilabel. Kata Penyelia Taska, mereka juga akan mulakan dengan program 5S di Taska sedikit masa lagi.



Kami, barisan AJK yang baru.



Mendengar penerangan sambil bersantai makan pisang goreng dan mihun goreng yang disediakan.



Mesyuarat berjalan dalam keadaan yang tidak formal dan santai sambil minum petang.


Tuesday, June 22, 2010

Ke SOGO, KL

Isnin lepas, bersempena dengan cuti sekolah, saya dan Hakim mengambil peluang untuk turut bercuti. Kali ni, kami tak bercuti ke mana-mana lokasi percutian tapi sekadar ke shopping complex. Khadija kami bawa bersama tetapi tidak Fatihah kerana dibimbangi akan mengganggu saya memilih barang. Tujuan utama untuk membeli-belah baju raya kami anak beranak di Sogo dan Arked Jalan TAR. Tak banyak yang saya beli untuk baju anak-anak di Sogo kali ni pasal takde yang menarik dan diskaun yang ditawarkan biasa je. Jadi dengan kekecewaan yang teramat, saya mengambil keputusan mengajak Hakim ke Jusco, Bukit Tinggi pada hari yang sama dengan alasan nak tengok wayang tapi tak jadi pun menonton. Kat Jusco Klang juga tak banyak yang saya beli pasal memang semua baju lebih kurang sama je, takde yang lain atau menarik perhatian saya.



Kalau dapat jalan, bukan main lagi ceria si Khadija ni, lagi pulak bawa dia sorang je, sukalah dapat perhatian dan tumpuan yang lebih dari mama dan abah.



Suasana pagi di KL, jalan clear, kami sampai dalam pukul 9.30 pagi. Sogo pun belum buka, nasib baik Arked Jalan TAR dah banyak yang buka, terus shopping kain ela.



Berhenti makan di McD Sogo sebelum meneruskan pencarian baju Fatihah dan Khadija.



Kami berdua yang seronok dapat berjalan.



Cuti sekolah, kat area kanak-kanak di Sogo, ada badut yang melayan kanak-kanak sambil mak masing-masing bershopping.



Khadija nak dapatkan belon dari badut.



Muka cuak bergambar bersama badut. Saya yang beria-ia nak Khadija bergambar dengan badut tu. Nasib baik dia ok, tapi terpancar kat muka Khadija yang dia geli atau gerun dengan badut tu.



Muka budak yang letih tapi happy sebab dapat berjalan dengan mama dan abah sehari suntuk.


Thursday, June 17, 2010

Angin Petang di Laguna Park, Pulau Indah

Petang hari minggu, kalau kami tak balik ke Kampung Bukit Kerayong, Jeram, pasti kami jalan-jalan, paling tak ke Pantai Remis. Tapi pada Ahad lepas, balik je dari kenduri kahwin pada sebelah petang, Hakim tiba-tiba keluar idea nak ajak kami ke Laguna Park, Pulau Indah. Memang first time saya ke Laguna Park ni, walaupun MPK dah banyak kali buat function kat sana, tapi saya tak turut serta. OK jugaklah, cantik dan dimaintain oleh pihak pemaju Central Spectrum. Nama je anak jati Klang, tapi ke Pulau Indah boleh dikira dengan jari. Oh ye, kalau ikutkan, di Pulau Indah, arwah Atuk memang ada tanah pusaka di sana tapi telah diagihkan kepada 2 adik perempuan arwah.

Kami sampai sana pun dah dekat pukul 6.00 petang, pasal sebelum tu kami singgah ke rumah sewa di Sementa. Boleh tahan juga penyewa kami tu mengelentong kami, dia takde di rumah tu masa kami sampai. Mungkin malu nak jumpa tuan rumah pasal dah beberapa bulan sewa tak dibayar ditambah dengan kata nak pindah tapi barang tak diangkat. So, mengelak jelah dia nak berjumpa kami.

Memang enjoy kami anak beranak kat Laguna Park ni. Angin memang best, angin petanglah katakan. Ramai yang ambil peluang bawa anak-anak bersantai di tambah dengan beberapa pasangan pengantin yang sedang ber'posing' untuk dirakam detik abadi mereka berlatarbelakangkan taman di Laguna Park. Tapi memang berbaloi jugaklah pasal apa memang cantik pemandangan hijau di sini.



Fatihah kalau berjalan memang 'sporting' tak meragam langsung. Bak kata Hakim, anak-anak sebiji macam mama dia, kalau berjalan....'hidup'.



Atas jeti di mana ramai pemancing mengambil kesempatan memancing di sini. Kat jeti ni tertulis di papan tanda memaklumkan hanya dapat menampung hingga 200 orang sahaja dalam satu masa.



Kakak dan adik.



Tengok angin yang kuat, meniup rambut Khadija, si Khadija pulak asyik menyelak-nyelak rambut dia ke belakang persis seorang ratu (cewah).



Antara pasangan pengantin yang sedang dirakam gambar. Kesian dengan pengantin, dapat dilihat dari wajah mereka yang keletihan. Cameraman sampai 4 orang.



Muka dah letih tapi semangat berjalan masih ada.



Diakhiri dengan raut wajah Fatiha yang tulus, mulus dan ......

Sebelum balik ke rumah, kami singgah di dua lokasi iaitu masjid untuk solat Maghrib dan kedai tom yam, pekena makan malam dulu.


Tuesday, June 15, 2010

Kelab Shah Alam

Pada Jumaat lepas, 11 Jun saya hadiri majlis makan malam di Kelab Shah Alam (KSA). Nilah first time saya ke KSA. Majlis makan malam ni diadakan atas kehendak bos @ Pengarah Jabatan kami iaitu bagi meraikan staff-staff yang telah banyak membantu pada Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang baru-baru ni. Kalau ikutkan, saya tak buat apa pun, just jaga sekejap kat meja pendaftaran Jabatan je. Komen saya mengenai malam tu, oklah...dan saya tetap simple tanpa mengikut tema. Janji hadir malam tu pun dah cukup bagus.

Kami....geng Setiausaha Pejabat.



Ros dan Kak Hawa (PA Yang Dipertua, MPK).



Fairus, Intan dan Imah.



Saya.



Sebahagian daripada kami dari Bahagian Jawatankuasa, Jabatan Khidmat Pengurusan, MPK.


Rumah Untuk Disewa

Kepada sesiapa yang sedang tercari-cari rumah untuk disewa, kami sememangnya sedang mencari penyewa baru di apartment milik kami di Sementa, Kapar. Apartment ni amatlah selesa untuk diduduki bagi yang berkeluarga dan mempunyai anak ataupun yang masih bujang sebab mempunyai 3 bilik. Kemudahan seperti sekolah, klinik dan kedai juga amat hampir dengan apartment ni. Perjalanan pula dari pusat Bandar Klang dalam 10 minit dan ke Pekan Kapar juga dalam 10 minit. Kadar sewa yang kami tetapkan adalah RM250.00 tetapi masih boleh dirunding. Deposit turut dikenakan. Jadi kepada sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi kami (Hakim/Shima) di talian 016-6560386.









Scooter Untuk Khadija

Atas permintaan Khadija, saya belikan dia scooter yang paling murah. Bukan apa, budak-budak ni sekejap je dia bosan dengan sesuatu mainan tu. Buat masa ni, Khadija cukup sayang dengan scooter dia ni, sampaikan nak bawa tidur sama. Asalnya Khadija dah lama sukakan scooter adik sepupu saya Ain, atau panggilan Khadija mak cik Ain. Tapi setakat main mak cik Ain dia punya je lah, then baru-baru ni, bila Khadija tengok VCD cerita kartun 'Bolt' yang mana ada aksi naik scooter terus Khadija merengek minta kat saya, so saya pun belikanlah yang murah-murah, janji ada.





Dalam keluaran suratkhabar Harian Metro, 15 Jun 2010, salah satu artikel yang disiarkan begitu menyentuh naluri keibuan saya di mana saya rasa amat berbangga kalau-kalau anak saya juga begitu. Baru umur 2 tahun dah pandai menghafal surah-surah Al-Quran yang pendek. Macam mana ye, nak buat anak-anak saya juga begitu? Insya-Allah akan saya usahakan untuk Khadija dan Fatihah. Oh ye, Khadija dah pandai baca doa sebelum makan beserta maksudnya dalam bahasa melayu, doa selepas makan dan doa tidur. Takpe slow-slow, kerana bagi saya untuk budak baru masuk 3 tahun, ianya satu pencapaian yang memberangsangkan.


Thursday, June 3, 2010

Cerita Adik Pulak



Geram dengan Fatihah ni, muka cool je, tapi kalau melalak nombor 1.



Atuk Uteh panggil Fatihah si Jelita.

Asyik2 entry pasal kakak je. Kak Yong Khadija. Kali ni cerita pasal Fatihah pulak. Fatihah ni memang lain sangat mukanya dengan Khadija. Itu dari pandangan sayalah. Kalau saya imbas kembali, pada usia 9 bulan, memang banyak perbezaan antara Fatihah dan Khadija masa kecil. Fatihah agak lasak berganda dari Khadija mungkin faktor ni menyebabkan berat badan Fatihah susah nak naik. Lagi pula, Fatihah kurang menyusu mahupun makan. Saya tak kisah sangat, yang penting Fatihah ni sihat. Saya jangkakan sedikit masa lagi, mungkin sebelum mencecah setahun, Fatihah dah mula berjalan. Macam Khadija dulu pada usia 11 bulan dia dah mula berjalan. Kalau Fatihah dah boleh jalan sebelum bulan Ogos ni, bestlah....Hari Raya tahun ni.



Gambar Khadija semasa usia lebih kurang Fatihah, dalam 10 bulan masa ni.


Wednesday, June 2, 2010

2nd Celebration

Atas permintaan Khadija sendiri, sambutan birthday turut diadakan di Taska. Saya cuma sediakan kek dan bungkusan untuk kawan2 Khadija. Oklah, majlis diraikan secara sederhana dengan nyanyian lagu birthday oleh kawan2 yang hampir sebaya dengan Khadija.



Kek coklat moist ni ditempah dengan mak su. Harga amatlah berpatutan. Kalau nak order boleh tanya saya. Rasanya, sedap hingga menjilat jari.



Goodies untuk kawan2 Khadija. Tujuan saya adalah untuk sedekah.













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...