Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, April 4, 2011

Program Tadika PASTI

Baru-baru ni, tadika Khadija telah mengadakan program sambutan hari lahir untuk anak yang lahir bulan Januari, Februari dan Mac dengan bacaan surah Yasin oleh kaum ibu. Mulanya agak berat juga saya untuk menyertai program ini. Mungkin juga disebabkan hari jadi Khadija jatuh pada bulan Mei, maka dia tidak termasuk di dalam senarai anak-anak yang diraikan pada hari tersebut. Tapi itu bukanlah faktor utamanya, saya tak kisah untuk menyertai program sebegini lagi-lagi yang melibatkan program keagamaan. Cumanya yang memberatkan saya adalah program tersebut diadakan pada waktu bekerja. Itu yang membataskan saya sebagai seorang ibu yang bekerjaya untuk turut serta.

Namun, akhirnya saya ke sana juga disebabkan rengekan Khadija yang beria-ia mengajak. Kasihan saya melihatnya dengan ditambah juraian air mata, akhirnya saya beralah. Mesyuarat yang sepatutnya saya hadiri petang tu terpaksa digantikan dengan pelajar praktikal.



Jemputan pukul 2.30 petang. Tapi program mula 3.30 petang. Program lambat bermula disebabkan menunggu semua jemputan berkumpul. Kalau nak tahu, saya tak bawa apa-apa pun. Yelah sebab tak plan. Masa sedang duduk menunggu sebelum program bermula, ada juga saya berbual dengan beberapa orang ibu di situ. Semuanya rata-rata bercerita anak masing-masing lancar membaca pelbagai surah dan doa.



Geram dengan si Khadija ni. Tak tahu duduk diam. Terkejut juga saya masa ni. Tak pernah saya dengar Khadija bahasakan dirinya 'aku'. Hari tu dia bahasakan dirinya 'aku' dengan kawan-kawannya. Padahal sebelum ni, dibahasakan dirinya Dija atau kita. Mungkin pengaruh kawan-kawan. Balik je saya terus betulkan dan ingatkan berkali-kali, jangan beraku-kau dengan kawan-kawan. Kasar bunyinya, mama tak suka.



Majlis yang ringkas. Ustazah jemputan yang mengetuai bacaan Yasin turut memberikan tazkirah ringkas pada petang tu. Beliau mengingatkan bahawa seeloknya sambutan hari lahir diraikan dengan bacaan surah Yasin.



Kanak-kanak berkumpul untuk acara memotong kek.



Khadija yang menyibuk. Patutlah Khadija selalu cerita pada saya yang kawan-kawannya panggil dia budak kecil. Memang kecil pun anak saya ni. Kalau ikutkan usia pun belum masuk 4 tahun.

Sebagai ibu, bila bercerita mengenai perkembangan anak-anak, apa yang kita mahukan semuanya perkembangan positif dan baik-baikkan? Begitu juga dengan saya. Alhamdulillah, Khadija dah boleh membaca surah Al-Fatihah walaupun tak berapa jelas. Beberapa doa beserta maknanya sekali dan baru-baru ni, belajar gerakan dalam solat. Doa mama buat Khadija, semoga cemerlang menimba ilmu akhirat dan dunia. Amin.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...