Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, April 25, 2011

Sukaneka PASTI Darul Ulum II

Setelah hampir sebulan Khadija dan kawan-kawannya menjalani latihan, akhirnya pada 23 April 2011, bertempat di Dewan Teluk Pulai, Klang berlangsunglah sukaneka PASTI Darul Ulum II untuk tahun 2011. Khadija memang teruja, 2 hari sebelum sukan lagi, dah menampakkan yang dia tak sabar dan ditambah pula bila dapat baju sukan dari ustazah. Apalagi terus je beria-ia mengingatkan saya "Mama mesti datang tengok Dija sukan tau".

So, pada hari tersebut, seawal jam 7.30 pagi, kami tiba di lokasi tempat berlangsungnya sukaneka tersebut.



Bunting di hadapan Dewan.



Hanya ada 3 rumah sahaja. Rumah merah, kuning dan hijau. Masa ni, pelajar-pelajar berbaris untuk acara perasmian. Majlis dirasmikan oleh ADUN Selat Klang, Y.B. Dr. Halimah Ali. Selesai perasmian, pelajar-pelajar menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PASTI. Diikuti dengan bacaan doa dan ikrar oleh pelajar. Begitu lancar dan bersemangat saya lihat pelajar-pelajar especially Khadija membacakan doa dan ikrar tersebut.

PASTI menekankan teknik 5 M di dalam pembelajarannya iaitu membaca, menulis, mengira, menghafal dan mengamalkan. Sudah semestinya kalau dah masuk tadika islamic ni, nampak gayanya takde lah acara menari atau menyanyi.



Fatihah yang tak tahu duduk diam walau seminit. Sungguh tak malu Fatihah ni rupanya kerana boleh selamba masuk berbaris dalam barisan Khadija.



Khadija main acara "Pilih-Pilih Kasih". Group Khadija mendapat tempat ketiga.



Bersama kawan-kawan menunggu sehingga semua acara selesai.



Wajah Khadija jelas menunjukkan keletihan dan keboringan. Hampir jam 1.30 tengahari baru acara penyampaian hadiah berlangsung.



Walaupun dapat tempat ke-3, dapat juga piala. Rata-rata saya lihat, rumah hijau terdiri daripada pelajar berusia 4 tahun, mungkin faktor umur menyebabkan rumah hijau ni kalah.

Khadija punyalah excited dengan pialanya tu yang mana saya lihat sentiasa dipegang dan di bawa tidur bersama.



Walaupun hanya dapat satu piala tapi saya bangga kerana Khadija mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan berdisiplin mengikut peraturan yang mana sentiasa berada di dalam kumpulan dan barisan tanpa membuat sebarang hal pada sukan tersebut.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...