Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 5, 2011

Aktiviti Surau Ar-Rahim, Taman Saujana Kapar

Ahli Jawatankuasa surau di taman perumahan kami memang aktif. Baru-baru ini, pada 30 April 2011, jam 8.00 malam telah berlangsung forum di perkarangan surau dengan tajuk "Indahnya Hidup Berakhlak Mulia".



Pentas.



Ahli Panel terdiri daripada :-
Ustaz Dzulhasnan bin Perman dan Ustaz Kamil bin Haji Sidek.

Moderator :-
Ustaz Suhaimi bin Ahmad Wakid

Kami difahamkan program dirakamkan oleh sebuah syarikat televisyen.



Ramai juga yang hadir. Bukan sahaja penduduk taman kami tetapi difahamkan ada juga penduduk dari Kampung Tok Muda dan Sungai Serdang yang tidak melepaskan peluang bersama-sama mendengar di majlis ilmu ini.



Sebahagian tetamu wanita.

Saya, Khadija dan Fatihah hanya berada 1/2 jam di sana yang mana setelah forum bermula, Fatihah buat hal, tak nak duduk diam, meronta-ronta minta dilepaskan. Yang tinggal mewakili kami mendengar forum tersebut hanyalah Hakim.

Saya memang tabik pada AJK surau kami sebab mempunyai pelbagai program untuk penduduk taman kami. Sayang rasanya untuk kami berpindah dari taman ni.........

*** Rakaman forum di dalam bentuk VCD telah siap dan dijual dengan harga RM10.00 bagi mengisi dana surau. Saya baru menonton sekali. Memang best!!!






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...