Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 30, 2011

Kek Kukus Coklat

Kek kukus coklat ini dihasilkan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Khadija yang ke-4 tahun, 28 Mei yang lepas. Atas semangat keibuan, saya rasa amat teruja untuk membuat kek hari jadi hasil daripada air tangan sendiri. Asyik makan kek beli je, sekali-sekala teringin juga nak buat kek dan dekorasi kek dengan cara tersendiri. Saya juga nak cipta suasana yang berlainan buat yang diraikan yang mana memang jelas dilihat Khadija teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kek siap. Teringat masa saya kecil-kecil dulu, kalau mak buat kuih atau kek, memang tak sabar rasanya dan saya dapat rasakan Khadija pun macam tu juga.



Disebabkan kukus rumah mak ni bersaiz besar, rugi kalau tak kukus 2 loyang dalam satu masa.



Bentuk bulat ni Khadija yang pilih. Kalau nak tahu, saya gunakan minyak daisy menggantikan butter.



Loyang bulat untuk birthday girl. Sengaja saya lebihkan aduan untuk loyang 4 segi tu.



Memang best rasa kek kukus berbanding bakar rupanya. Ditambah pula dengan rasa 'topping' yang basah-basah.

Dengan terhasilnya kek kukus coklat ini, maka bertambahlah lagi kemahiran membuat kek saya.

Bahan dan cara membuat kek ini saya masukkan di dalam entry ini supaya senang saya membuat rujukan ~


2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (daisy/mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara :
Ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
Di bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati (tak payah pakai mixer).
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi.
Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Topping (dimasak secara double boil) :
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...