Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, May 4, 2011

Mini Konvensyen KIK

Setelah seminggu berlangsung, barulah saya berkesempatan untuk bercerita mengenai KIK. Kumpulan Inovatif dan Kreatif atau lebih dikenali sebagai KIK amat sinonim bagi penjawat awam seperti saya ni. Saya pada mulanya agak bengang, rimas dan bermacam-macam lagi reaksi bila nama saya dipilih menyertai KIK oleh Ketua Jabatan. Bukan mudah, KIK memerlukan pengorbanan masa dan dalam masa yang sama, kerja rutin kena berjalan seperti biasa. Secara rasmi, kami yang terdiri daripada 10 orang ahli dilantik pada bulan November 2010 tetapi mula bergerak di dalam kumpulan pada bulan Januari 2011. Syukur Alhamdulillah, projek kami iaitu 'Merekod Surat Secara Berganda' dengan jalan penyelesaian secara mewujudkan Sistem E-Smart Letter yang dibangunkan secara dalaman telah mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM500.00. Mujur tak tempat pertama, kalau tidak kena wakili MPK ke peringkat Negeri.



Bergambar di meja saya.



Semua mempunyai peranan dan tugasan masing-masing.



Bersama Ketua Jabatan kami, Encik Zaireezal. Terima kasih bos, sponsor baju dan tudung untuk kami.



Lega, dah settle persembahan.



Saya yang ???? (Perasan).

Berada bersama-sama ahli dalam kumpulan kami selama 4 bulan, saya dapat rasakan kami makin mesra. Walaupun kami berada dalam satu Jabatan, tapi berlainan Unit. Seronok juga mereka ini, semua sekepala, lagi-lagi bila bergosip. Lepas ni kalau stress dengan kerja, kami dah sepakat nak berkumpul dalam group KIK ni.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...