Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, May 4, 2011

Sempena Meraikan Birthday Saya!

Entry kali ni khusus untuk saya. Sempena meraikan ulangtahun kelahiran saya yang ke? Syukur Alhamdulillah, Allah masih memberikan saya nafas untuk menikmati hidup sehingga ke hari ini. Semakin bertambah usia, sepatutnya semakin bertambah amal ibadat saya. Insya'Allah saya akan perbaiki dari masa ke semasa sebagai bekalan untuk di bawa ke sana nanti.

Terima kasih kepada Hakim dan anak-anak yang tidak lupa meraikan birthday saya seperti tahun-tahun sebelum ini. Doa saya buat kami, semoga kami dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kebahagian yang berpanjangan di dunia dan di akhirat nanti. Amin.




Hakim memilih Pizza Hut sebagai lokasi meraikan birthday saya.



Fatihah yang belajar nak tunjuk 'peace'.



Dah lah tak duduk diam, mulut pula riuh, entah apa-apa yang dicakapnya.



Memotong kek.



Khadija kurang gemar dengan kek ni. Lain kali mama pilih kek chocolate pulak ye.



Khadija yang kelaparan. Servis kat Pizza Hut, Bukit Tinggi ni teruk betul. Janganlah datang makan waktu cuti sebab bila terlalu ramai customer, nak order pun ambil masa hampir 15 minit baru datang ke meja kami. Campur dengan tunggu pizza sampai je lebih daripada 30 minit. Memang tension kami menunggu.



Pizza yang ditunggu-tunggu sampai paling last.

Sebelum balik, Khadija pesan pada kami. "Nanti hari jadi Dija, Dija nak makan macam ni juga tau mama". Mama tak janji, tapi celebrate birthday Dija tu dah tentu punya, cuma lokasinya mungkin bukan di Pizza.

Sekali lagi terima kasih kepada 3 insan teristimewa di hati saya (Hakim, Khadija dan Fatihah) kerana mewarnai kehidupan saya. SAYA SAYANG KAMU........






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...