Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 28, 2011

Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari Lahir Di Tadika PASTI

Pada 24 Jun 2011 bertempat di Tadika PASTI Darul Ulum II telah diadakan majlis bacaan Yasin bersempena dengan sambutan hari lahir murid yang jatuh pada bulan April, Mei dan Jun. Oleh kerana birthday Khadija sendiri memang pada bulan Mei, maka kami turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Bagi memeriahkan majlis, ibu-ibu digalakkan membawa juadah dan disebabkan kesuntukan masa, saya hanya membawa nugget dan sosej yang telah digoreng serta 50 wafer, sumijelly dan lolly pop.



Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan kemudian diikuti dengan tazkirah oleh ustaz dari Maahad Tahfiz Kampung Delek iaitu Ustaz Mohd Nasir. Saya memang suka mendengar ceramah agama/tazkirah seperti ini kerana selain daripada menambah ilmu pengetahuan, ianya turut memberi peringatan dan kesedaran kepada kita, umat manusia yang sentiasa alpa dan leka.



Seterusnya diikuti dengan majlis memotong kek.



Ada 3 kek kesemuanya.



Khadija yang keriangan memilih kek princess.



Khadija sabar menunggu untuk memotong kek.



Akhirnya kek dipotong setelah nyanyian lagu hari jadi beramai-ramai.



Walaupun majlis tersebut ringkas tetapi bagi saya sebagai ibu akan cuba yang terbaik untuk luangkan sedikit masa memenuhi apa jua aktiviti dan program yang dijalankan oleh tadika PASTI ini.

*** Oleh kerana Khadija masih berusia 4 tahun, tahun ni tiada sebarang peperiksaan yang akan diduduki oleh beliau kerana menurut ustazah di tadika PASTI, peperiksaan hanya untuk pelajar berusia 5 dan 6 tahun. Menurut ustazah Surapiza yang mengajar Khadija, Alhamdulillah pencapaian Khadija agak selari dengan budak berumur 5 tahun iaitu dari segi hafalan doa, mengenal huruf dan mengira. Khadija juga telah hampir memasuki buku Iqra' 3 dan menurut ustazahnya juga Khadija agak terang hati dalam mengaji Iqra' ini. Syukur Alhamdulillah, doa mama semoga Khadija terang hati dan terus cemerlang.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...