Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, June 9, 2011

Penyampaian Hadiah KIK

Pada malam 8 Jun 2011, bertempat di Hotel Premier, Bukit Tinggi, Klang telah berlangsung Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 dan Penghargaan Kepada Pesara. Walaupun saya tidak menerima anugerah tersebut, saya tetap hadir kerana majlis ini merupakan majlis Jabatan saya. Selain memenuhi kehadiran, unit kami juga ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu di meja VIP.





Acara pada malam tersebut juga turut diselitkan dengan majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan KIK peringkat Majlis Perbandaran Klang yang telah diadakan pada 26 Mei 2011 serta penyerahan sijil MS ISO 9001 : 2008 kepada Majlis Perbandaran Klang. Syukur Alhamdulillah, kumpulan kami selain daripada mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, kami turut menerima RM300.00 bagi hadiah persembahan kumpulan terbaik.



Tema majlis tersebut biru turquoise. Kami selaku urus setia berpakaian sedondon supaya nampak lebih seragam.

*** Walaupun saya tidak menerima anugerah pada malam tersebut, saya tetap bersyukur kerana pernah menerima sekali anugerah tersebut pada tahun 2003. Terima kasih kepada Ketua Unit saya yang telah bersara kerana menilai dan menghargai kerja saya walaupun saya baru 2 tahun berkhidmat ketika itu. Bukanlah bermakna bila saya tidak menerima anugerah untuk beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak cemerlang. Bagi saya prestasi kerja saya semakin meningkat cemerlang tetapi rezeki belum memihak kepada saya untuk menerima anugerah lagi. Peringatan juga buat saya yang anugerah diberi adalah merupakan ujian daripada Allah dan jangan mendabik dada atau merasa kerja kita telah sempurna. Berpeganglah kepada prinsip 'Jangan Mengharapkan Balasan' dan 'Kerja Merupakan Ibadat', Insya'Allah kita akan melakukan kerja kita dengan hati yang ikhlas.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...