Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, June 27, 2011

Stadium MBPJ

Saya ke stadium MBPJ ni pada Sabtu minggu lepas kerana mengikuti abah kepada 2 budak comel ni. Tujuan ke sana adalah bagi melihat raptai persembahan kawat lintas hormat dan formasi bagi merebut piala Dato' Bandar MBPJ. Disebabkan program sebenar berlangsung pada hari Ahad malam Isnin, 20 Jun 2011 dan sudah semestinya tamat selepas jam 12.00 malam, maka saya dan anak-anak hanya mengikuti Hakim pada malam raptai sahaja.



Peneman setia saya, Khadija dan Fatihah.



Susah sebenarnya nak dapatkan gambar dan mood budak 2 orang ni.



Keadaan semasa sebelum majlis raptai bermula. Majlis raptai bermula dalam jam 9.00 malam. Selesai sepenuhnya hampir jam 12.00 malam. Punyalah banyak aturcara yang disusun oleh pihak MBPJ. Yelah, sempena ulangtahun dinaiktaraf sebagai Bandaraya. Antara acara yang disusun untuk program tersebut adalah persembahan kawat formasi, lintas hormat, perasmian kaunter bergerak, persembahan artis MBPJ dan artis jemputan serta pertunjukan motor akrobatik.



Disebabkan terlampau lama menunggu acara abah selesai, Khadija dan Fatihah dah boring.



Bila dah boring mulalah memanjat.



Yang si Fatihah pula termenung.



Disebabkan terlampau boring dan kelaparan menunggu raptai berlangsung. Kami bertiga ke gerai jualan yang dibuka untuk membeli kudapan dan walaupun Fatihah tengah selesema masa tu, saya tetap membeli ais krim bagi memenuhi permintaan budak berdua ni. Daripada mereka merengek dan tak duduk diam, at least ais krim tu dapat meredakan keadaan.



Ni sebenarnya gambar semasa hari sebenar berlangsung. Saya ambil dari fb rakan Hakim. Pasukan MPK diwakili oleh kontijen yang dianggotai oleh Hakim. Segak bergaya dengan baju yang ditempah khusus untuk program tersebut.



Kawat formasi.

Piala Dato' Bandar tidak ditangan MPK kali ni. MPK hanya mendapat anugerah juri. Pada pemerhatian saya, pasukan MPK memang hebat, bukan sahaja kawat kaki yang seragam, kemas dan pakaian yang menarik, tetapi juga kerjasama yang ditonjolkan oleh semua anggota pasukan. Walaupun rezeki tidak memihak kepada pasukan MPK pada kali ini, pada saya pasukan ini memang terbaik dan sebab itulah mendapat tempat di hati juri. Oh ya, Insya'Allah, Majlis Perbandaran Klang juga di dalam proses untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya DiRaja.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...