Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, September 6, 2011

Kek Sempena Aidilfitri

Kalau orang lain, sibuk dengan biskut raya tapi berbeza dengan saya yang memilih hanya untuk membuat kek buah kukus dan kek marble bersempena dengan kedatangan syawal tahun ni. Kiranya saya dah 'expert' dengan kek buah kukus. Cumanya kek marble tu kurang lembut sedangkan resepi yang saya gunakan diambil dari mak usu yang dah sememangnya mahir menghasil dan menjual kek.



5 kek buah ni terhasil daripada 2 bancuhan adunan.



Kali ni saya menggunakan bekas aluminium foil. Bukan apa, mudah nak diagih-agihkan kepada mak, mak cik dan mak mertua.



Kek marble sedang dibakar di dalam oven.



Bancuhan 2 adunan dapat menghasilkan 4 bekas kek marble.



Hakim dan mak cik-mak cik saya rata-rata memuji kek buah kukus ni dan ada yang memberi galakan supaya saya cuba memasarkannya. Insya'Allah kalau rajin dan ada kelapangan masa, akan saya usahakan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...