Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, November 17, 2011

Hari Anugerah PASTI Tahun 2011

Khadija Amanina puteri sulung saya telah berjaya menamatkan sesi persekolahan PASTI tahun 2011 bagi usia 4 tahun. Tahun depan, Khadija baru masuk 5 tahun dan kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendidikan awal Khadija di PASTI Darul Ulum II, Sungai Udang.

Kalau ditanya, apa perkembangan Khadija setelah hampir setahun di PASTI, bagi saya dan Hakim ianya agak memberangsangkan bagi anak yang berusia baru 4 tahun kerana kami dulu pun hanya mengenal ABC dan 123 pada usia 6 tahun. Tapi Khadija dah lebih daripada itu pada usia seawal 4 tahun. Antaranya -

1. Khadija dah boleh mengenal dan menulis A hingga Z mengikut turutan dengan betul.
2. Nombor 1 hingga ke puluhan juga sudah boleh ditulis Khadija.
3. Beberapa doa seperti doa makan, masuk tandas, doa ibu bapa, doa naik kenderaan, doa memasuki rumah, doa terang hati dan maknanya sekali Khadija sudah boleh baca.
4. Cara mengerjakan solat bermula dari mengambil wuduk walaupun tak berapa betul lagi.
5. Bacaan dalam solat seperti surah Al-Fatihah, Al-Ikhlas sudah boleh dibaca dengan jelas oleh Khadija.
6. Telah memasuki buku Iqra' 3 dan menurut ustazahnya Khadija agak terang hati berbanding rakan lain dalam mengaji.
7. Boleh menulis nama KHADIJA AMANINA HAKIM, nama saya, nama Hakim dan nombor handphone kami berdua.
8. Agak meminati buku yang mana buku dan pensil sentiasa di tangan beliau.
9. Kurang meminati lukisan kerana mungkin mengikut saya yang kurang kreatif dalam kerja-kerja seni.



Seperti tadika-tadika lain, akhir tahun ni pasti akan mengadakan majlis anugerah kepada pelajar-pelajar yang samada diadakan di sekolah, dewan atau hotel. PASTI Darul Ulum II seperti biasa memilih Dewan Telok Pulai MPK sebagai lokasi majlis tersebut yang telah berlangsung pada sebelah malam hari Jumaat, 11 November yang lepas.



Kami tiba di dewan tersebut lebih kurang pada pukul 8.00 malam. Ingatkan kami paling lambat, rupa-rupanya ramai lagi ibubapa yang belum sampai. Sebaik sampai, pelajar-pelajar dikumpulkan di bawah khemah di tepi dewan dan diberi makan dan minum.



Khadija dengan salah seorang kawan yang saya rasa rapat dengan beliau iaitu Tasinatul.



Sedang berbaris untuk memasuki dewan. Waktu pada ketika ni dah hampir jam 10.00 malam. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh ADUN Kawasan iaitu Y.B. Dr. Halimah Ali. Disebabkan nak tunggu Y.B. sampai, perjalanan program agak lewat dimulakan. Kesian saya lihat ibubapa dan anak-anak yang menunggu.



Bersama rakan sekelas. Kelas Khadija iaitu 'Humairah', rata-rata pelajarnya berusia 4 dan 5 tahun.



Giliran Khadija naik pentas ambil piala.



Bersama Syafiqa. Saya suka tengok Syafiqa ni, comel dan cantik.



Malam tu Fatihah memang hilang 'mood'. Manakan tidak, Fatihah demam waktu tu. Dengan suhu badan yang panas, kami terpaksa juga bawa Fatihah bersama. Selesai je Khadija terima piala, kami bergegas pulang. Lagipun, Khadija tak dapat apa-apa anugerah sebab untuk pelajar usia 4 tahun, belum ada lagi peperiksaan. Peperiksaan di PASTI hanya untuk pelajar usia 5 dan 6 tahun.

Walaupun kedatangan Khadija ke PASTI tahun ni tak penuh, tapi semuanya sebab demam. Tiada satu hari pun Khadija tidak hadir ke PASTI disebabkan samada malas atau mengada-ngada tak nak ke sekolah. Saya boleh puji Khadija dari segi disiplin ke sekolah kerana dia memang bersemangat setiap hari ke sekolah yang mana mungkin disebabkan sifat Khadija yang suka berkawan.

Pandangan saya dan Hakim tentang pendidikan di PASTI pula, bagi kami memang baik khususnya untuk pembentukan akhlak dan sahsiah kanak-kanak. Dan disebabkan itu jugalah kami mengambil keputusan untuk meneruskan pendidikan awal Khadija di PASTI tahun hadapan.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...