Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, December 9, 2011

Agro Fest, Stadium Malawati, Shah Alam

Sabtu lepas, kami ke tapak Agro Fest. Karnival dan pameran pertanian tersebut merupakan anjuran Kerajaan Negeri Selangor. Berbaloi jugalah ke sana sebab macam-macam ada.



Tempat pertama yang kami tuju adalah pameran oleh Jabatan Veterinar, Negeri Selangor. Pelbagai binatang ternakan yang ditempatkan di situ.



Bergambar bersama kuda padi.



Mak cik Ain turut serta bersama kami hari tu setelah mendapat keizinan dari umi beliau yang juga mak usu saya. Di belakang mereka merupakan kambing biri-biri.



Lembu entah dari spesies apa. Punyalah besar dan cantik.



Gambar ni semasa mereka di dalam kandang arnab. Nak masuk dalam ni dikenakan RM2.00 seorang. Cuma Khadija ni agak takut-takut dengan binatang. Fatihah pula kalau dibiarkan semua nak dipeluknya.



Fatihah suap carrot kat mulut rabbit.



Berlari-lari budak-budak ni kat dalam kandang tu sebab mengejar arnab.



Fatihah yang tak takut dengan binatang buat masa ni. Paling ketara masa kami di booth jual hamster. Fatihah dengan selamba je pegang hamster, saya dengan Khadija geli-geli.



3 budak penyeri suasana.



Entah apa nama basikal ni. Sekali naik RM4.00.



Meronta-ronta Fatihah nak naik benda ni. Macamlah dia pandai kayuh.



Giliran Khadija pula.



Dapat sorang satu. Apalagi berposinglah mereka.




Hakim tak sampai hati dengan anak-anak. Apalagi naiklah dia dengan bawa Fatihah dulu.



Berlumba dengan mak cik Ain.



Giliran kakak Dija yang debab.



Kakak dan adik dapat sorang satu belon. Satu belon sekejap je jangka hayatnya sebab meletup terkena bilah kipas kat bawah khemah urut refleksologi. Khadija pula diam setelah dapat beg 'Angry Bird' yang dah lama dia minta dari kami.



Khemah akhir kami singgah sebelum berangkat ke lokasi seterusnya adalah khemah urut refleksologi ni. Urutan oleh OKU (buta). Bolehlah. Kalau pemarkahan dalam bentuk bintang, saya cuma beri 1 1/2 bintang je. Untuk tapak kaki sahaja RM10.00 dikenakan.



Saya tengah diurut. Punyalah sakit bila tapak kaki saya ditekan-tekan. Bahagian yang paling sakit adalah saraf yang berkait dengan mata, bahu, kepala dan dada.



Sebelum balik kami memenuhi permintaan mereka untuk menaiki kuda. RM5.00 seorang dikenakan untuk menaiki kuda bagi satu pusingan sahaja. Masa kat sini saya terjumpa seorang kenalan yang merupakan PA Pengarah di Jabatan Veterinar, Negeri Selangor.



Ini bukanlah pertama kali mereka menaiki kuda. Sebelum ni dah pernah di tempat lain. Cumanya rasa macam tak 'complete' pula kalau tak bagi dia orang naik kali tu.



Dah nampak besar dah Khadija kan?



Mak cik Ain.



Gambar ni dirakam semasa kami di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang. Pada tarikh yang sama, di sana juga sedang berlangsung program Expo Flora MPK. Di sana, kami tidak berjalan ke gerai-gerai jualan pun, cuma bawa mereka bermain di 'playground' je.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...