Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, December 7, 2011

Cerita Makan-Makan Kami

Dah lama saya tak makan di Kedai Makan Barakah, Taman Sijangkang Jaya, Telok Panglima Garang. Mungkin disebabkan tidak melalui jalan arah ke Banting membuatkan saya lupa untuk makan di situ. Lainlah Hakim, boleh dikatakan dalam seminggu pasti sekali beliau dan anggota unit akan singgah makan di sana disebabkan lokasi merupakan laluan ke kawasan yang dipantau oleh unit beliau.

Berbalik kepada cerita saya, tuntutan nak makan di sana pun sebab nak rasa satay Barakah yang sedap dan mee jawa yang dah sekian lama saya tak makan. Maka tuntutan saya dilayan juga oleh Hakim pada malam tersebut.



Actually, kami baru balik dari beli barang di Tesco Bukit Tinggi hari tu.



Fatihah dengan donut coklatnya. Punyalah susah nak suruh makan si Fatihah ni. Terpaksa layankan apa yang dia nak. Tu pun makan mesti tak habis.



Menunggu ketibaan makanan.



Hakim memilih soto. Manakala, saya pula memilih mee jawa.



Khadija dengan sataynya. Satay Barakah dah naik harga ke RM0.70 secucuk.



Tapi agak berbaloi sebab isinya besar. Sampaikan kami bungkus 50 cucuk lagi bawa balik untuk hantar ke rumah mak.

Syukur Alhamdulillah, bersempena dengan kenaikan pangkat Hakim, saya memilih kedai makan Barakah sahaja untuk meraikannya. Tak perlu di restoran-restoran besar, yang penting menunya kena dengan selera kami waktu tu.

Semoga sayang @ Hakim @ abah terus cemerlang di dalam kerjaya.








0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...