Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, December 19, 2011

Percutian Ke Port Dickson

Boleh dikatakan percutian ke Port Dickson ni merupakan percutian penutup kami untuk tahun 2011 ni. Tahun ni memang kami tak plan bercuti ke tempat jauh, maklumlah projek rumah baru kami baru siap, banyak lagi yang perlu difikirkan untuk menyempurnakan rumah kami tu.

Syukur Alhmadulillah, percutian kami ke PD berjalan lancar, seronok dan kalau boleh nak ke sana menginap di tempat yang sama lagi. Kali ni saya dan Hakim memilih untuk menginap di rumah rehat MPK di Tanjung Tuan (Regency Hotel). Apartment 3 bilik yang dikenakan bayaran kepada staff cuma RM37.00 sehari memang berbaloi tambahan pula kedudukannya juga berhadapan dengan kolam renang dan pantai.

Dahulu, semasa menuntut di Politeknik Port Dickson, saya sebenarnya pernah ditugaskan selama 2 hari di bahagian pengurusan Hotel Regency sebagai persediaan menjalani latihan praktikal di luar. Kalau tak silap saya masa tu kami di dalam Part 2. Dengan erti kata lain, tempat ni bukanlah asing bagi saya.

Percutian kami selama 3 hari 2 malam di PD diceritakan secara bergambar.



Khadija sekarang tengah fanatik dengan kartun Angry Bird. T-shirt dan selipar Angry Bird yang Khadija pakai tu baru dirasmikan hari tu.

Kami bertolak dari rumah hampir pukul 10.30 pagi. Singgah ke nursery di Taman Desawan. Tujuan kami nak survey pokok bonsai. Kami bercadang nak melandskap halaman rumah baru kami nanti dengan tanaman bonsai.



Fatihah yang susah nak diikat kemas rambutnya. Habis tocangnya ditanggalkan oleh Fatihah.




Berlatar belakangkan pokok bonsai. Rupanya pokok bonsai yang besar sebegini harganya menelan ribuan ringgit. Tidaklah kami mampu buat masa ni, kalau nak beli pun yang harga bawah RM100.00 tu aje. Mungkin dalam 5 - 6 pokok.



Kami sampai di PD lebih kurang pukul 12.30 tengahari. Apa lagi makan dulu sebelum check-in. Lokasi di gerai nasi kukus ayam panggang di Teluk Kemang. Dekorasi gerai ala-ala koboi. Bolehlah, cuma tak puas hati nasinya amatlah ciput.



Fatihah yang mamai. Tak nak langsung makan masa ni.



Lepas check-in, rehat sekejap. Dalam pukul 3.00 petang, budak berdua ni dah 'excited' nak mandi kolam. Kami biarkan dulu dia orang merengek, dalam pukul 4.00 petang bila dah cuaca agak redup baru kami turun ke 'swimming pool'.



Khadija dah tahu malu, langsung tak nak pakai swimming suit. T-shirt pun nak yang berlengan je. Kami dah boleh lepaskan Khadija main air tanpa diawasi secara dekat. Jelas dilihat Khadija dah pandai apungkan diri di dalam kolam. Tapi saya tetap berwaspada dan beringat sebab walaupun air kolam ni cetek, ada juga sekali Khadija tergelincir. Jangan sangka air yang cetek tidak merbahaya kepada kanak-kanak.



Fatihah sentiasa diawasi oleh abah.



Pagi petang dua beradik ni berendam di dalam kolam. Sampai biru dan kecut jari-jemari dan bibir baru mereka berdua nak naik ke bilik. Itu pun kami paksa.



Aksi Khadija melompat.



Walaupun berendam pagi petang selama 2 hari, mujur Khadija dan Fatihah tak kena selesema atau demam.



Memang puas betul mereka mandi di sana. Lepas dalam kolam, beralih pula ke air laut.



Kelakar betul si Khadija. Dipanggilnya banana boat dengan panggilan pensil. Antara dialog Dija "Huiyo, mama Dija nak naik pensil tu mama, boleh tak?".



Khadija main pasir.



Adik pula main pasir.



Di belakang tu lah Hotel kami menginap.



Fatihah yang menggigil kesejukan.



Masa ni kami nak keluar makan tengahari. Khadija merajuk sebab masih tak puas mandi di kolam. Tak dilayan kami masa ni, bila diajak bergambar.



Selesai makan tengahari, kami ke Teluk Kemang. Basikal yang sama seperti di Agro Fest, Shah Alam. Cuma kat sini, RM5.00 untuk 10 minit.



Ayat bodek Khadija, "Comellah adik ni".



Mama pun nak ber'posing' juga.



Gambar ni masa kami makan malam di Kedai Makan Jimat. Memang puashati dengan servis yang diberikan sebab tak sampai 5 minit, makanan yang kami order sampai.



Khadija dengan air laici.



Harga makanan di sini memang berbaloi.



Pemandangan dari arah apartment kami.



Khadija dah boleh harap tolong ambilkan gambar. Cuma belum pandai betul-betul fokus je.



Hakim sebenarnya tak suka pakai kacamata hitam tapi terpaksa sebab mata sakit.



Menunggu abah di kaunter untuk urusan check-out.



Bak kata pepatah, "Bapa Borek, Anak Rintik". Apa yang abah buat, semua Khadija tiru. Pose yang menarik dan saya suka gambar ni.






1 comments:

nurhusnynaaa said...

menginap di hotel apa ye ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...