Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, May 31, 2011

Khadija Amanina Dah 4 Tahun!

Syukur Alhamdulillah, 28 Mei 2011 genaplah usia Khadija 4 tahun. Sambutan birthday Khadija kali ni memang simple dan sederhana dengan hanya kek yang dibuat sendiri. Saya rasa berpuashati kerana dapat dilihat Khadija amat menghargai kek tersebut.



Kek yang didekorasi sendiri oleh saya dan dibantu sedikit oleh mak (untuk topping).



Khadija dengan kek princessnya. Khadija sekarang ni sukakan watak princess pula yang mungkin berlaku seiring dengan peningkatan usia. Berbeza semasa usia beliau 2 tahun yang mana kartun Ben 10, Ultraman dan Upin Ipin menjadi kesukaannya.



Adik pula yang paling menyibuk. Kebetulan, sepupu Khadija yang lain tak balik ke rumah wan minggu tu, maka hanya kami sahajalah yang menyambut hari jadi tersebut.



Beg yang disandang Khadija tu merupakan hadiah dari mak cik Nor.



Sayang betul Khadija dengan adiknya Fatihah.

Sebelah malam pula, kami ke Tesco Setia Alam bagi memenuhi hasrat Khadija untuk meraikan birthdaynya di KFC.



Part Khadija kami dah tahu iaitu drumstick.



Mama dan Khadija yang semakin dewasa dari setahun ke setahun.



Adik yang tak tahu duduk diam.



Ni satu lagi kesukaan Khadija. Pantang nampak benda ni, mesti nak naik.



Kesian Fatihah tersepit. Takpelah, janji dapat naik. RM3.00 untuk 5 minit.

Doa mama buat Khadija bersempena dengan bertambah dewasanya anak mama "Semoga Khadija dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dicerdaskan akal fikiran, cemerlang pendidikan dunia dan akhirat, berakhlak peribadi yang tinggi serta menjadi anak yang solehah." Amin.

Mama Sayang Kakak!

*** Tarikh kelahiran Khadija dan ulangtahun perkahwinan kami mudah diingat kerana jatuh pada tarikh yang sama. Khadija lahir 28 Mei 2007. Kami bernikah pada 26 Mei 2006, majlis di sebelah saya 27 Mei dan di sebelah Hakim 28 Mei 2006.

"Ku panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan pasangan dan zuriat bagi melengkapkan fitrah dan sunah sebagai khalifah di mukabumi ini. Moga jodoh dan kebahagiaan kami berpanjangan hingga ke syurga". Amin.






Monday, May 30, 2011

Kek Kukus Coklat

Kek kukus coklat ini dihasilkan bersempena dengan ulangtahun kelahiran Khadija yang ke-4 tahun, 28 Mei yang lepas. Atas semangat keibuan, saya rasa amat teruja untuk membuat kek hari jadi hasil daripada air tangan sendiri. Asyik makan kek beli je, sekali-sekala teringin juga nak buat kek dan dekorasi kek dengan cara tersendiri. Saya juga nak cipta suasana yang berlainan buat yang diraikan yang mana memang jelas dilihat Khadija teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kek siap. Teringat masa saya kecil-kecil dulu, kalau mak buat kuih atau kek, memang tak sabar rasanya dan saya dapat rasakan Khadija pun macam tu juga.



Disebabkan kukus rumah mak ni bersaiz besar, rugi kalau tak kukus 2 loyang dalam satu masa.



Bentuk bulat ni Khadija yang pilih. Kalau nak tahu, saya gunakan minyak daisy menggantikan butter.



Loyang bulat untuk birthday girl. Sengaja saya lebihkan aduan untuk loyang 4 segi tu.



Memang best rasa kek kukus berbanding bakar rupanya. Ditambah pula dengan rasa 'topping' yang basah-basah.

Dengan terhasilnya kek kukus coklat ini, maka bertambahlah lagi kemahiran membuat kek saya.

Bahan dan cara membuat kek ini saya masukkan di dalam entry ini supaya senang saya membuat rujukan ~


2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
2 biji telur
1 cwn gula pasir
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak (daisy/mazola)
1 cwn air panas

Cara-cara :
Ayak bersama tepung gandum, soda, baking powder dan serbuk koko.
Di bekas lain pukul telur, minyak, susu dan gula bagi sebati (tak payah pakai mixer).
Masukkan tepung yang diayak tadi, kacau sebati lagi.
Last sekali masukkan air panas dan kacau sebati lagi.
Adunan ready utk dikukus. Kukus selama 1 jam.

Topping (dimasak secara double boil) :
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat






Monday, May 23, 2011

Nur Kasih The Movie

Orang yang paling beria-ia nak menonton filem ni adalah Hakim dan yang kedua Khadija. Saya pulak hanya menurut perintah. Kami menonton filem ni pada Sabtu, 21 Mei 2011 di mana lagi kalau tak di MBO, Harbour Place, Persiaran Raja Muda Musa, Klang.

Filem yang membaris dan mengekalkan 3 teraju utama seperti di dalam drama siri di TV3 ini dapat dilihat mampu menarik penonton yang setia dari kaca TV hinggalah ke panggung wayang. Saya dapat lihat MBO pada hari tu agak sesak dengan rata-rata orang melayu, tak kira usia, dari yang kecil hinggalah ke kategori mak cik-mak cik. Tahniah saya ucapkan kepada pelakon Tiz Zaqyah, Remy Ishak dan Fizz Fairuz serta pengarah Khabir Bhatia. Filem ini bagi saya tidak terlalu berat cumanya agak memainkan perasaan penonton.



Tiz Zaqyah, saya sukakan lakonan anda di dalam cerita ini. Alangkah manisnya jika anda mengekalkan imej bertudung. Suara anda juga mantap, bagi saya sesuai di dalam pengacaraan.



Kami mengambil 'couple seat'. Kami berempat berkongsi 2 kerusi.



Abah dan kakak Dija.



Selesai menonton baru kami bergambar di poster Nur Kasih.

Thursday, May 19, 2011

Gelagat Si Cantik Dan Si Jelita

Gambar mereka berdua ni dirakam di rumah mak pada awal pagi. Masa ni baru pukul 8.00 pagi. Dah jadi kebiasaan, mereka berdua ni memang jenis bangun awal dan kalau kami tidur di rumah mak, aktiviti kami pada awal pagi adalah duduk berbuaian di luar.



Si Cantik - Khadija dengan scooternya.



Ber'posing' konon.



Khadija ni sekarang nak melaram je kerjanya. Main scooter pun nak pakai beg dan cermin mata hitam.



Bau si jelita - Fatihah memang bucuk masam lepas bangun tidur. Tapi best.



Fatihah sekarang mulut dia memang riuh. Tak henti-henti cakap. Kalau lihat dari fizikal, sangat cinonet macam baru nak masuk setahun, pada hal bulan Ogos ni, genaplah usia Fatihah 2 tahun.

Mama sayang kamu berdua. Ketahuilah bahawa tangisan dan gelak tawa kalian umpama alunan nyanyian buat mama dan abah!






Monday, May 16, 2011

Majlis Resepsi Ridzuan a.k.a. Win

14 Mei 2011, kami ke Ulu Klang, Ampang bagi meraikan majlis resepsi Win. Win ni sepupu saya. Majlis pernikahan Win dan pasangannya Nerra sebenarnya dah berlangsung lebih sebulan lepas di Muar, Johor. Kini, tibalah pula majlis meraikan pengantin di sebelah keluarga lelaki pula.



Majlis berlangsung di Dewan Suria Construction and Industrial Safety Training Centre Sdn Bhd (CONSIST), Ulu Klang. Lokasi dewan ni dekat je dengan Zoo Negara. Kami tiba awal, dalam 11.30 pagi. Maklumlah saudara terdekat, kenalah datang awal. Ramai juga tetamu, mujur Pak Anjang menyewa khemah di luar untuk minuman panas dan kuih-muih.



Comel bila sekali-sekala mereka berdua dipakaikan baju yang sama.



Umi Asilah (baju grey) ni adik Win. Dia ni masih belajar PJJ di UiTM. Kami tak sangka rupanya Umi dan rakan karibnya dalam diam buat bisnes jual cookies, cupcake dan apam polkadot. Siap di'sponsor' cookies hasil buatan mereka untuk majlis Win ni.



Punyalah laris cupcake dan cookies ni. Selain untuk doorgift, tujuan mereka juga untuk cari pasaran.



Apam polkadot yang comel dan sedap.



Cookies nama pengantin 'EWIN & NERRA'. Cutekan?



Kak Ti (satu-satunya kakak saya) dan mak. Selesai makan dalam dewan, kami duduk pula di khemah, makan kuih sambil tunggu pengantin sampai.



Saya.



Kami.



Akhirnya, pengantin tiba diiringi dengan hujan lebat pada kira-kira jam 2.00 petang.



Bergambar kenangan bersama pengantin.



Tiada majlis bersanding. Pengantin tiba terus duduk di meja makan beradab.

Ridzuan @ Win dan Nerra. Semoga kamu menjadi pasangan yang bahagia, dikurniakan cahayamata dan kekal abadi sehingga ke syurga. Amin.






Thursday, May 12, 2011

Khadija @ Starz Garden, Sogo

Kami 3 beranak ke Sogo KL ni tanpa perancangan. Itupun berlaku disebabkan kesediaan dan kesetiaan Hakim untuk membawa isteri tercinta dia ni ke Sogo.



Disebabkan tak plan, saya pun tak bawa stok baju Khadija yang cantik ke rumah mak hari tu. Pakai jelah apa yang ada. Janji kami dapat ke Sogo. Fatihah pula saya tinggalkan di rumah dengan mak. Tak sesuai nak di bawa Fatihah sekali atas faktor cuaca dan kesihatannya yang kembali batuk dan selesema.

Kami ke Sogo dalam pukul 12.30 tengahari setelah Khadija pulang dari tadika. Sebenarnya saya amik EL pada hari ke Sogo ni. Saya memang suka ke shopping complex time hari kerja. Al-maklumlah saya ni tak suka bersesak-sesak, tak selesa nak memilih barang dan berjalan.

Settle makan, saya pun memulakan rondaan ke bahagian pakaian kanak-kanak. Tapi sebelum tu, kami berdua tinggalkan Khadija di Starz Garden yang terletak di Tingkat 7.



Starz Garden ni khusus memberi perkhidmatan kepada ibubapa yang ingin meninggalkan anak-anak mereka di dalam keadaan yang selamat dan terjaga tanpa menggangu proses membeli-belah. Saya difahamkan RM6.00 dikenakan untuk seorang kanak-kanak bagi tempoh 1 jam. Tapi oleh kerana saya mempunyai birthday voucher dan membercard Sogo, maka masuk adalah percuma untuk tempoh 2 jam.



Memang selesa kerana banyak permainan dan buku di sini.



Khadija begitu leka bermain walaupun sorang-sorang.



Mulanya Hakim menemani Khadija. Tapi menurut Hakim, Khadija kemudiannya ditinggalkan untuk beliau solat. Untuk makluman, kanak-kanak yang masuk di sini akan ditag nama di baju.

Kewujudan tempat penjagaan kanak-kanak ni memang bagus dan seharusnya diambil contoh di tempat-tempat awam yang lain. Bagi saya, kalau nak shopping di Sogo ni juga, kenalah pilih waktu yang tepat kerana kalau ada sale memang harga barangan akan turun sehingga 70% dan memang berbaloi membeli especially baju kanak-kanak. Tapi disebabkan tiada satu pun yang berkenan dimata mahupun dihati, tiada satu pun yang saya beli walaupun pelbagai jenama yang ditawarkan seperti Poney, Miki, Disney, Padini, Seed dan banyak lagi.

Pada pandangan saya, sebagai pengguna, kita perlu bijak dan tidak berbelanja di luar keperluan dan kemahuan. Jangan disebabkan potongan diskaun yang tinggi, barangan yang tidak perlu pun kita beli. Saya sendiri kalau berbelanja, tak kiralah barang dapur atau baju, mesti akan senaraikan dulu di dalam kertas bagi mengelakkan terbeli barang yang tidak perlu dan seterusnya ter'over' bajet.






Wednesday, May 11, 2011

Kudaku Lari Gagah Berani

Inilah aktiviti kami sejak akhir-akhir ni. Singgah ke kandang kuda bagi memenuhi permintaan Khadija dan Fatihah. Kalau nak tahu, lokasi tempat ni dekat je iaitu di antara Kampung Delek ke Jalan Seri Perantau yang mana dalam 10 minit perjalanan je dari rumah mak di Telok Gadong. Kalau tak silap saya ada 2 atau 3 ekor kuda di kandang kuda ni dan RM5.00 dikenakan untuk sekali tunggang.



Rupa-rupanya naik kuda ni kena dibantu, kalau tak mungkin kuda yang ditunggang sukar dikawal.



Kandang kuda ni menjadi tumpuan budak-budak khususnya pada waktu petang.



Untung Khadija dapat lama menunggang kuda. Kalau diikutkan RM5.00 tu untuk 3 kali pusingan je.



Sekejap je Fatihah naik kuda ni sebenarnya. Rasanya betul-betul 3 kali pusingan je. Bukan apa, Fatihah meronta samada dia takut atau tak selesa.



Sekali-sekala bawa budak berdua ni menaiki kuda di sini oklah juga. Tapi lain kali, kalau lalu pun di sini, mungkin kami hanya singgah tengok-tengok je. Bukan apa, Khadija dan Fatihah pun bukan 'excited' sangat dengan kuda kerana dari pemerhatian saya, mereka berdua ni penakut sikit dengan binatang. Janji mereka dah merasa naik sekali, kira dah oklah tukan?






Friday, May 6, 2011

Aktiviti Pada Cuti Hari Pekerja 2011

Antara aktiviti kami sekeluarga pada cuti lepas adalah kenduri arwah di rumah mak yang berlangsung pada hari Ahad.



Udang masak rendang. Menu kegemaran arwah Wan.



Jelatah (timun + nanas).



Keseluruhan menu - ayam masak merah, udang masak rendang, jelatah, ikan bawal goreng dan nasi beriani (kegemaran arwah atuk) dan pencuci mulut - agar-agar dan anggur.



Nasi beriani yang memang wajib ada dalam kenduri kami.



Sarah, Aqilah, Ain, Khadija dan Fatihah penyeri dan periuh majlis.



Budak comot dan bucuk masam.

Pada hari Isnin pula, kami ke funfair. Kalau ikutkan, saya bukan suka sangat ke tempat begini. Disebabkan mendapat 20 keping tiket funfair dari bos, maka kami sekeluarga tidak melepaskan peluang ke tapak funfair di Klang Sentral, Jalan Meru.



Fatihah mamai, baru bangun dari tidur.



Hujan gerimis masa ni.



Disebabkan hujan, kami hanya sempat naik beberapa mainan je. Jadilah, dapat juga memenuhi keinginan Khadija nak ke funfair.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...