Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Tuesday, June 28, 2011

Bacaan Yasin Sempena Sambutan Hari Lahir Di Tadika PASTI

Pada 24 Jun 2011 bertempat di Tadika PASTI Darul Ulum II telah diadakan majlis bacaan Yasin bersempena dengan sambutan hari lahir murid yang jatuh pada bulan April, Mei dan Jun. Oleh kerana birthday Khadija sendiri memang pada bulan Mei, maka kami turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Bagi memeriahkan majlis, ibu-ibu digalakkan membawa juadah dan disebabkan kesuntukan masa, saya hanya membawa nugget dan sosej yang telah digoreng serta 50 wafer, sumijelly dan lolly pop.



Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan kemudian diikuti dengan tazkirah oleh ustaz dari Maahad Tahfiz Kampung Delek iaitu Ustaz Mohd Nasir. Saya memang suka mendengar ceramah agama/tazkirah seperti ini kerana selain daripada menambah ilmu pengetahuan, ianya turut memberi peringatan dan kesedaran kepada kita, umat manusia yang sentiasa alpa dan leka.



Seterusnya diikuti dengan majlis memotong kek.



Ada 3 kek kesemuanya.



Khadija yang keriangan memilih kek princess.



Khadija sabar menunggu untuk memotong kek.



Akhirnya kek dipotong setelah nyanyian lagu hari jadi beramai-ramai.



Walaupun majlis tersebut ringkas tetapi bagi saya sebagai ibu akan cuba yang terbaik untuk luangkan sedikit masa memenuhi apa jua aktiviti dan program yang dijalankan oleh tadika PASTI ini.

*** Oleh kerana Khadija masih berusia 4 tahun, tahun ni tiada sebarang peperiksaan yang akan diduduki oleh beliau kerana menurut ustazah di tadika PASTI, peperiksaan hanya untuk pelajar berusia 5 dan 6 tahun. Menurut ustazah Surapiza yang mengajar Khadija, Alhamdulillah pencapaian Khadija agak selari dengan budak berumur 5 tahun iaitu dari segi hafalan doa, mengenal huruf dan mengira. Khadija juga telah hampir memasuki buku Iqra' 3 dan menurut ustazahnya juga Khadija agak terang hati dalam mengaji Iqra' ini. Syukur Alhamdulillah, doa mama semoga Khadija terang hati dan terus cemerlang.






Monday, June 27, 2011

Stadium MBPJ

Saya ke stadium MBPJ ni pada Sabtu minggu lepas kerana mengikuti abah kepada 2 budak comel ni. Tujuan ke sana adalah bagi melihat raptai persembahan kawat lintas hormat dan formasi bagi merebut piala Dato' Bandar MBPJ. Disebabkan program sebenar berlangsung pada hari Ahad malam Isnin, 20 Jun 2011 dan sudah semestinya tamat selepas jam 12.00 malam, maka saya dan anak-anak hanya mengikuti Hakim pada malam raptai sahaja.



Peneman setia saya, Khadija dan Fatihah.



Susah sebenarnya nak dapatkan gambar dan mood budak 2 orang ni.



Keadaan semasa sebelum majlis raptai bermula. Majlis raptai bermula dalam jam 9.00 malam. Selesai sepenuhnya hampir jam 12.00 malam. Punyalah banyak aturcara yang disusun oleh pihak MBPJ. Yelah, sempena ulangtahun dinaiktaraf sebagai Bandaraya. Antara acara yang disusun untuk program tersebut adalah persembahan kawat formasi, lintas hormat, perasmian kaunter bergerak, persembahan artis MBPJ dan artis jemputan serta pertunjukan motor akrobatik.



Disebabkan terlampau lama menunggu acara abah selesai, Khadija dan Fatihah dah boring.



Bila dah boring mulalah memanjat.



Yang si Fatihah pula termenung.



Disebabkan terlampau boring dan kelaparan menunggu raptai berlangsung. Kami bertiga ke gerai jualan yang dibuka untuk membeli kudapan dan walaupun Fatihah tengah selesema masa tu, saya tetap membeli ais krim bagi memenuhi permintaan budak berdua ni. Daripada mereka merengek dan tak duduk diam, at least ais krim tu dapat meredakan keadaan.



Ni sebenarnya gambar semasa hari sebenar berlangsung. Saya ambil dari fb rakan Hakim. Pasukan MPK diwakili oleh kontijen yang dianggotai oleh Hakim. Segak bergaya dengan baju yang ditempah khusus untuk program tersebut.



Kawat formasi.

Piala Dato' Bandar tidak ditangan MPK kali ni. MPK hanya mendapat anugerah juri. Pada pemerhatian saya, pasukan MPK memang hebat, bukan sahaja kawat kaki yang seragam, kemas dan pakaian yang menarik, tetapi juga kerjasama yang ditonjolkan oleh semua anggota pasukan. Walaupun rezeki tidak memihak kepada pasukan MPK pada kali ini, pada saya pasukan ini memang terbaik dan sebab itulah mendapat tempat di hati juri. Oh ya, Insya'Allah, Majlis Perbandaran Klang juga di dalam proses untuk dinaiktaraf sebagai Majlis Bandaraya DiRaja.








Ikan Siakap

Kali ni entry saya adalah mengenai masakan pula. Cerita ni dah lama sebenarnya. Ikan siakap yang dibawa balik Hakim ni beratnya hampir 2 kg. Punyalah besar dan disebabkan itu, saya telah membahagikan dua bahagian ikan ini. Yang ekor di masak 3 rasa (sweet sour), kepala pula dimasak kari.



Entah kenapa saya tiba-tiba sukakan daun bawang, sedap rupanya daun bawang ni. Terlampau banyak saya tabur hinggakan menutup rupa paras ekor ikan siakap.

Bahan-Bahan:
Ikan siakap/atau ikan lain yang sesuai di masak 3 rasa [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato/nanas (di potong kecil)
1 pokok daun bawang/daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup/bawang.


Senang dan mudahkan nak buat kuah sweet sour yang rasanya memang macam sebijik di kedai tom yam.



Kari kepala ikan ni pula tiada kelainannya. Saya masih gunakan santan untuk kuahnya. Jadi resepi tak perlu masukkan disini.






Tuesday, June 14, 2011

Terbang Tinggi

Oleh kerana wujudnya blog ni sebab ada kami, maka tak terkecualilah cerita mengenai sayang saya @ Hakim. Hujung minggu lepas memang membosankan bagi kami sebab ditinggalkan selama 3 hari oleh Hakim. Hakim bersama pasukan paramotor MPK ke Melaka bagi memenuhi jemputan penganjur ke Karnival Udara Antarabangsa Sungai Rambai, Melaka pada 10 hingga 12 Jun 2011.









Thursday, June 9, 2011

Penyampaian Hadiah KIK

Pada malam 8 Jun 2011, bertempat di Hotel Premier, Bukit Tinggi, Klang telah berlangsung Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang 2010 dan Penghargaan Kepada Pesara. Walaupun saya tidak menerima anugerah tersebut, saya tetap hadir kerana majlis ini merupakan majlis Jabatan saya. Selain memenuhi kehadiran, unit kami juga ditugaskan untuk menjadi penyambut tetamu di meja VIP.





Acara pada malam tersebut juga turut diselitkan dengan majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan KIK peringkat Majlis Perbandaran Klang yang telah diadakan pada 26 Mei 2011 serta penyerahan sijil MS ISO 9001 : 2008 kepada Majlis Perbandaran Klang. Syukur Alhamdulillah, kumpulan kami selain daripada mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai sebanyak RM500.00, kami turut menerima RM300.00 bagi hadiah persembahan kumpulan terbaik.



Tema majlis tersebut biru turquoise. Kami selaku urus setia berpakaian sedondon supaya nampak lebih seragam.

*** Walaupun saya tidak menerima anugerah pada malam tersebut, saya tetap bersyukur kerana pernah menerima sekali anugerah tersebut pada tahun 2003. Terima kasih kepada Ketua Unit saya yang telah bersara kerana menilai dan menghargai kerja saya walaupun saya baru 2 tahun berkhidmat ketika itu. Bukanlah bermakna bila saya tidak menerima anugerah untuk beberapa tahun kebelakangan ini saya tidak cemerlang. Bagi saya prestasi kerja saya semakin meningkat cemerlang tetapi rezeki belum memihak kepada saya untuk menerima anugerah lagi. Peringatan juga buat saya yang anugerah diberi adalah merupakan ujian daripada Allah dan jangan mendabik dada atau merasa kerja kita telah sempurna. Berpeganglah kepada prinsip 'Jangan Mengharapkan Balasan' dan 'Kerja Merupakan Ibadat', Insya'Allah kita akan melakukan kerja kita dengan hati yang ikhlas.






Wednesday, June 1, 2011

Foot Massage Again

Memanjakan kaki dengan urutan ni pada hari yang sama kami ke KFC Setia Alam.



Kedai ni kalau tak silap saya baru 3 bulan beroperasi di Tesco Setia Alam ni. Masih dalam harga promosi RM20.00 untuk urutan kaki selama 30 minit. Oleh kerana masa agak terhad, kami hanya mengambil 30 minit sahaja.



Saya juga berurut kaki masa ni. Pekerja/tukang urut di kedai ni saya lihat orang indonesia. Menurut Hakim, urutan di sini lebih sedap berbanding di kedai urut Thailand. Sebelum diurut, kami disuruh merendam kaki di dalam air suam yang dicampurkan sedikit garam.



Khadija dalam keboringan dan kelaparan masa ni. Yang si Fatihah pula dah mula rimas.



Gambar mereka berdua ni dirakam sebelum Fatihah jatuh dari kerusi sehingga tersembam muka kat lantai. Punyalah menjerit dia masa tu. Lepas jatuh, terus melekap duduk sekali dengan saya kat kerusi urut.

Sekali-sekala memanjakan kaki dengan urutan macam ni memang best. Kalau diikutkan bukan saya tak picit kaki Hakim di rumah dan adakalanya kaki saya juga dipicit oleh beliau. Tapi biasalah kami tiada skill dalam urutan, lain rasanya bila mendapatkan urutan dengan orang yang mahir mengurut ni.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...