Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, January 9, 2012

Kakak Ke Tadika PASTI, Adik Ke Taska Az-Zahrah

Bermula tahun 2012, Fatihah kami masukkan ke Taska. Tapi kali ni bukan di Taska MPK. Saya memilih Taska Az-Zahrah, Jalan Hassan, Klang. Bukan taska MPK tak bagus, cumanya saja nak dedahkan Fatihah di taska lain, walaupun yuran bulanannya memang tinggi berbanding taska MPK. Tujuan utama kami masukkan Fatihah ke taska bukanlah sebab mak saya @ wan dah tak nak jaga Fatihah, tetapi disebabkan kami rasa Fatihah perlu lebih awal berdikari sebab tahun 2012 ni, umurnya dah mencecah 3 tahun. Tahun hadapan dalam usia 4 tahun, kami akan masukkan dia ke tadika. Jadi, Fatihah perlu didedahkan lebih awal di alam pra persekolahan, walaupun cuma pusat jagaan tetapi banyak aktiviti seperti di pra sekolah juga. Tambahan, kami melihat Fatihah berbeza dengan Khadija pada usia 2 tahun 4 bulan, yang mana Fatihah teramatlah manja, banyak kerenah, suka merajuk, kuat mengamuk dan tak pandai bergaul. Berbeza dengan Khadija yang pandai berkawan dan tak banyak ragam pada usia yang sama.



Hari pertama dan kedua, Fatihah masih ok. Masuk hari seterusnya, Fatihah mula tunjuk perangai. Awal-awal lagi, sebelah malam Fatihah dah pesan pada saya, "Mama, adik tak nak pergi sekolah, adik nak duduk rumah wan" (dalam percakapan yang sedikit pelat).



Di luar taska Az-Zahrah. Gambar ni saya rakam masa saya dan Khadija ambil Fatihah.



Fatihah paling suka main gelongsor. Umpan saya setiap hari nakkan Fatihah ke sini adalah dengan alat-alat mainan ni lah.



Kakak Dija yang lebih-lebih main. Macam taska dia pulak.



Ni pula cerita kakak Dija. Kami masih masukkan Khadija di PASTI Darul Ulum II, Sungai Udang. Syukur Alhamdulillah, ni tahun kedua Khadija menuntut ilmu di sana. Ramai juga kawan Khadija yang bertukar sekolah, kami tak pasti kenapa, tapi bagi kami perkembangan Khadija di sini agak baik dan seiring dengan usianya. Walaupun masih belum boleh membaca tetapi Khadija sudah boleh mengenal huruf dan angka. Banyak juga perkataan yang Khadija dah boleh tulis melalui kaedah hafalan dia sendiri. Antaranya nama penuh beliau, nama saya, nama abah dan adiknya, nombor telefon kami. Oh ya, perkataan yang simple di dalam 2 suku kata seperti mama, susu, kuku juga boleh dieja oleh Khadija.



Barisan guru dan AJK PASTI Darul Ulum II. Boleh tahan ramainya murid di PASTI ni. Ada 4 kelas semuanya.



EXCO Pendidikan, Y.B. Dr. Halimah binti Ali telah melapangkan masa untuk merasmikan program pendaftaran pelajar tahun 2012 pada hari tersebut. Beruntung kami duduk di DUN Selat Klang sebab Y.B. Dr. Halimah ni selain ADUN kawasan ni, beliau juga EXCO Pendidikan Negeri. Jadi secara tidak langsung, banyaklah program yang diatur khususnya di dalam bentuk pendidikan kepada pelajar-pelajar kawasan ni.

Doa mama buat kedua-dua puteri mama "Semoga Khadija dan Fatihah diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menimba ilmu yang berguna buat panduan di dunia dan bekalan di akhirat. Moga anak-anak mama berakhlak mulia, cemerlang pendidikan di dunia dan menjadi anak yang solehah bagi bekalan di akhirat kelak. Amin"






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...