Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, January 11, 2012

Kami Beriadah

Sabtu lepas, sekembali Hakim dari solat subuh di surau, terus keluar cadangan kononnya nak berjogging. Tapi disebabkan dah lama Hakim tak berbasikal iaitu semenjak kami sibuk dengan projek rumah baru, maka daripada berjogging terus tukar dengan berbasikal. Cumanya yang berbasikal hanya Hakim, saya dan anak-anak 'follow' dari belakang dengan menaiki kereta. Lokasi yang kami tuju tak jauh iaitu di Taman Pengkalan Batu. Kalau orang Klang tak tahu Taman Pengkalan Batu ni berada di mana. Ianya betul-betul berhampiran dengan Jambatan Kota dan sungai Klang. Lokasi ni memang sesuai untuk membawa anak-anak beriadah kerana terdapat laluan untuk berbasikal, jogging dan alat permainan kanak-kanak.



Sebagai staff MPK yang prihatin dan bertanggungjawab, saya terpanggil untuk membantu pihak MPK mempromosikan program senamrobik yang dijalankan pada setiap hari Sabtu dan Ahad, bermula jam 7.30 pagi. Program untuk Taman Pengkalan Batu diadakan pada hari Sabtu, manakala pada hari Ahad, program yang sama diadakan di Taman Rakyat. Kami sebagai penduduk di pusat bandar Klang ni memang beruntung sangat-sangat, sebab program ni adalah percuma. Lihat je gambar yang saya rakam, lebih daripada 50 orang yang mengikuti program senamrobik ni.



Kami sampai agak lewat dari Hakim. Saja saya biarkan Hakim berbasikal ke sana dulu. Posisi yang dipilih Hakim ditepi padang jauh dari kumpulan yang sedang mengikuti senamrobik. Khadija dengan sportingnya turut join abah bersenamrobik pagi tu. Khadija ni memang boleh diberi pujian, tanpa disuruh automatik dia buat gerakan senaman tanpa segan silu walaupun tersilap.



Budak yang tengah 'moody'. Mungkin masih penat, sebab walaupun hari cuti, mama sibuk kejut Fatihah bangun seawal jam 7.00 pagi. Dahlah hari kerja, Fatihah kena bangun jam 6.45 pagi untuk bersiap ke taska. Tu yang tunjuk 'moody' tu. Tak nak join langsung buat senaman.



Muka yang tak basuh bangun dari tidur. Cuma 'diaper' je kami tukar.



Terkial-kial nak tunjuk 'peace'.



Agak-agak dah panas badan, kami beralih ke alat permainan kanak-kanak pula. Di sini Fatihah memang 'excited'. Main gelongsor sampai susah nak berhenti.



Punyalah geram saya waktu ni dengan Fatihah, turun naik berkali-kali. Saya jaga di atas, abahnya jaga di bahagian bawah gelongsor.



Berebut dengan kakak Dija. Akhirnya sorang satu dapat gelongsor masing-masing.



Seterusnya kami bersarapan di gerai baba (memang dikenali oleh kakitangan awam di pusat bandar Klang khususnya kakitangan MPK). Menu yang best kat sini mee kari dan nasi ayam. Harga pun saya rasa masih berpatutan. Saya 'breakfast' nasi ayam pagi tu. Tu pun atas pilihan Khadija. Sebab nak suapkan budak berdua nilah, mama terpaksa ambil 'breakfast' nasi. Kalau ikutkan nak mee goreng je. Hakim pula makan mihun sup.



Diakhiri gambar di kawasan pejabat Hakim iaitu Jabatan Penguatkuasaan, MPK di Jalan Tepi Sungai. Khadija dan Fatihah kedua-duanya nak balik ikut abah naik basikal. Disebabkan tak nak kecoh, akhirnya basikal tu Hakim masukkan ke dalam kereta dan kami balik bersama menaiki kereta. Tapi sebelum tu, bawa dulu kedua-dua budak ni merasa naik basikal kat kawasan ni.

Memang seronok kalau sekali-sekala dapat luangkan masa beriadah @ bersukan bersama keluarga sebegini. Bukan sahaja untuk menyihatkan badan tetapi juga minda. Bak kata slogan yang pernah saya dengar satu ketika dulu "Badan Sihat, Minda Cerdas".

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...