Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Wednesday, January 4, 2012

Public Transportation - Komuter

Naik komuter ni sebenarnya tiada dalam perancangan kami. Tapi disebabkan Khadija dan Fatihah sering bertanyakan abahnya bila nak bawa mereka naik komuter, makanya terpaksalah juga kami turuti. Tambahan pula, rumah baru kami dan rumah wan di Telok Gadong, memang hampir sangat dengan stesen komuter Telok Gadong. Tu yang budak berdua ni tiap-tiap hari nampak komuter.



Fatihah 'excited' nak naik komuter. Sebelum pergi, saya minta Fatihah posing kat pagar baru rumah wan. Pagar ni saya dan Hakim yang hadiahkan buat rumah wan bagi menggantikan pagar lama yang besinya dah separuh reput. Kalau nak tahu, usia pagar lama tu hampir sama dengan usia kakak saya, 36 tahun.


Sambil menunggu ketibaan komuter. Kalau tak silap perkiraan saya, komuter untuk laluan ke Pelabuhan Klang dan KL Sentral akan bersilih ganti setiap 10 minit.



Mak cik Ain turut serta dalam pengembaraan kami. Lokasi yang kami pilih untuk permulaan perjalanan dengan komuter adalah ke Pelabuhan Klang. Kami beli tiket pergi balik dari Teluk Gadong ke Pelabuhan Klang, dewasa RM2.00, kanak-kanak RM1.00. Tu pun cuma Ain sahaja yang dikenakan bayaran, Khadija dan Fatihah percuma sebab masih di bawah had umur.



Melihat pemandangan dari dalam komuter. Punyalah kecoh budak bertiga ni. Mujur untuk laluan ke Pelabuhan Klang, penumpang tak ramai. Makanya riuhlah mulut saya mengawal keadaan.



Tak sabar nak tunggu komuter berhenti.



Turun dari komuter, kami berjalan ke jeti Asa Niaga yang baru siap dibina. Oh, rupanya inilah bangunan jeti Asa Niaga yang dinamakan ASA Seaview. Saya mengikuti perkembangan pembinaan jeti ni yang mana sering menjadi topik di dalam mesyuarat kami di peringkat Majlis.



Jeti Asa Niaga ni untuk ke laluan Medan dan lain-lain.



Gambar ni pula jeti ke Pulau Ketam. Hakim ada juga 'survey' harga untuk ke Pulau Ketam. Menurut apek kat jeti tu, RM14.00 untuk laluan pergi balik ke Pulau Ketam. Maka disebabkan harga tiket yang berpatutan tu juga, Hakim menyusun perancangan untuk ke Pulau Ketam. Tapi saya menolak awal-awal cadangan tu, sebabnya bila dilihat rupa paras bot ke Pulau Ketam memang mengerikan.

Berbalik kepada cerita komuter ni, saya sebenarnya merupakan penumpang setia komuter pada zaman belajar di Politeknik Port Dickson dahulu. Selama hampir 6 bulan, saya menggunakan perkhidmatan komuter untuk ke Motorola PJ bagi mengikuti latihan praktikal di sana. Masa tu seingat saya, saya berhenti di Stesen Seri Setia. Tambang ketika tu dalam RM2.80 sehala. Memang komuter menjadi pilihan saya berbanding bas kerana bagi saya ianya lebih selesa dan selamat. Kebiasaannya saya atau mana-mana ahli keluarga nak ke Jalan Tengku Abdul Rahman/Sogo KL pun kami akan menaiki komuter.

Secara kesimpulannya, buat Khadija dan Fatihah, ini merupakan pengalaman dan pelajaran pertama mereka menaiki kenderaan awam.





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...