Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, April 13, 2012

Hari Sukan Sekolah Khadija

Buat kedua kalinya Khadija bersukan. Masih di lokasi yang sama seperti tahun lepas iaitu di Dewan Teluk Pulai. Perjalanan hari sukan Khadija yang telah diadakan pada 7 April 2012 lepas diceritakan lebih ringkas secara bergambar.



Sesampai kami di depan Dewan, berlaku insiden yang tidak sengaja disebabkan oleh Khadija. Ibu jari Fatihah tersepit pintu yang disebabkan kelalaian saya kerana membiarkan Khadija keluar dari kereta dan tutup pintu sendiri (tempat duduk hadapan).



'Mood' adik terus hilang pagi tu disebabkan menahan sakit jari yang berdenyut-denyut. Kasihan Fatihah, lepas 1/2 jam terus kelihatan bengkak dan biru kuku jari yang tersepit tu.



Kakak Dija yang 'excited' sebab pakai baju sukan baru dan dapat jumpa kawan-kawan.



Program kali ni lebih baik dari tahun lepas kerana lebih awal iaitu jam 8.30 pagi dengan dimulakan oleh perarakan pelajar PASTI. Pelajar-pelajar seterusnya menyanyikan beberapa buah lagu dan bacaan doa. Aturcara diteruskan kemudiannya dengan ucapan perasmian oleh ADUN Selat Klang.



Menunggu acara sukan bermula. Jelas kelihatan muka Fatihah yang monyok @ tak ceria.



Abah yang sabar melayan kerenah Fatihah.



Acara pertama - Ulat Bulu. Rumah hijau yang diwakili oleh Khadija dan rakan-rakan mendapat tempat ketiga.



Bergambar di hadapan 'banner' program.



Adik pun tumpang bergambar dengan pingat yang dimenangi kakak.



Mama dengan adik.



Akhirnya adik ceria juga. Mungkin masa ni sakit berdenyut-denyut kat jari tu dah kurang.



Khadija masuk 2 acara, Ulat Bulu dan Chef. Acara Chef dapat tempat kedua. Untuk keseluruhannya, rumah hijau dapat tempat kedua. Bila dah sekolah macam ni, saya dapat rasakan yang semakin bertambahlah koleksi pingat dan piala Khadija nanti dari tahun ke tahun.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...