Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, May 14, 2012

Kisah Kakak Dija

Tadika PASTI kakak Dija baru-baru ni telah mengadakan majlis sambutan hari jadi pelajar PASTI untuk bulan Januari hingga Jun.  Majlis diadakan dengan bacaan surah Yasin dan doa selamat untuk pelajar yang meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan tersebut.  Khadija tidak ketinggalan untuk diraikan kerana hari lahir beliau jatuh pada 28 Mei ni.  Disebabkan majlis sambutan di tadika agak terawal, maka 'goodies' untuk kawan-kawan dari Dija juga diberikan lebih awal.















Majlis murah rezeki dengan sumbangan makanan oleh para ibu.  Kek kalau tak silap saya ada lebih daripada 5 biji.















Khadija tak sabar-sabar nak potong kek.














Beramai-ramai menyanyikan lagu hari jadi.  Ini baru sambutan pra/pre hari jadi buat Khadija, sambutan dari kami akan dibuat pada hari lahir Khadija nanti.  Mengikut perancangan saya, sambutan seperti pada tahun sebelum ini iaitu secara sederhana sahaja.















Gambar ni dirakam semasa Khadija dan Fatihah ikut abah solat Maghrib berjemaah.  Telekung yang Fatihah pakai tu Khadija punya sebenarnya.  Sekarang telekung kakak Dija dah jadi adik Fatihah punya.  Nampak gaya mama kena cepat-cepat belikan kakak Dija telekung baru ni.  Adik Fatihah biasalah, kalau dah nak sesuatu mana boleh sabar, kakak Dija kena mengalahlah.

Bercerita mengenai perkembangan kakak Khadija yang hampir memasuki usia 5 tahun pada hujung Mei ni, memang agak memberangsangkan bagi saya.  Khadija dah boleh mengeja perkataan 2 suku kata dan sedikit perkataan yang lebih panjang suku katanya.  Kami 'target' bulan Jun ni, dia boleh membaca dengan lancar.  Mengira pula, Khadija dah boleh mengira hingga 100.  Menambah dan menolak juga sudah boleh tetapi di dalam angka kurang daripada 10.  Syukur Alhamdulillah, bila saya melihat perkembangan positif Khadija pada usia ini.  Insya'Allah, saya mensasarkan untuk menumpukan Khadija kepada penguasaan bahasa inggeris pada usia 6 tahun nanti, yelah Khadija cuma dihantar ke sekolah tadika berpendidikan 100% islam.  Usaha untuk Khadija pandai mengeja, membaca, menghafal dan mengira ni sebenarnya lebih daripada abah @ Hakim sendiri.  Terima kasih, abah @ Hakim sebab banyak membantu mama dalam mendidik anak-anak dengan sabar dan kasih sayang.  

Doa mama buat kakak, "semoga kakak sihat, terang hati untuk terima pelajaran dan cemerlang pendidikan dunia dan akhirat serta menjadi anak yang solehah buat mama dan abah".  Amin.  






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...