Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, May 31, 2012

Sempena Birthday Kakak Yang Ke-5 Tahun

Syukur Alhamdulillah, Khadija dah 5 tahun.  Birthday Khadija kebetulan jatuh pada tarikh yang sama dengan ulang tahun perkahwinan kami iaitu 28 Mei.  Pejam celik, pejam celik dah besar dah kakak Khadija rupanya.  Sekejap sahaja masa berjalan.  Dari berbedung, meniarap, merangkap, bertatih, berjalan, berlari, ke taska dan seterusnya ke tadika, banyak perubahan yang berlaku di depan mata kami dalam melihat tumbesaran Khadija.  Tiada yang membezakan Khadija dengan kanak-kanak lain, cumanya sebagai mama sudah pasti akan merasa anak merekalah yang comel, cerdik, pintar dan baik.  Semua itu ada pada Khadija.  Saya sungguh bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dikurniakan anak yang sihat seperti beliau.

Bersempena dengan mengingati tarikh tersebut, kami raikan sekeluarga dengan majlis ringkas di rumah dengan bacaan doa oleh Hakim sendiri.















Kek yang dipilih sendiri oleh Khadija. 

 













Pizza Hut tak ketinggalan.  Menu pizza ni saya yang pilih.















Acara memotong kek.
 














Lagi gambar potong kek.















Kakak dan adik.  Geram tengok muka Fatihah masa ni.  Selamba je.

Doa mama buat Khadija - "Semoga Khadija menjadi anak yang solehah, dipanjangkan umur, dianugerah kesihatan yang baik, diterangkan hati untuk menerima pelajaran, taat dengan perintah Allah, hormat mama dan abah serta orang disekeliling Khadija, cemerlang di dunia dan akhirat".  Amin.

Mama, abah dan adik Fatihah sayang kakak Dija sangat-sangat. 






2 comments:

Naja said...

cat dinding belang2 tu lawa.... fatihah muka stone takdak perasaan, ni mesti jenis 'ada aku kisah' nih.. lucu plak hehehehehe

Shima said...

naja ~ cat tu blh try kat dinding hang, DIY dgn cik mai dan rasyid. Fatihah mmg selamba, selalu tertinggal keretapi sebab keselambaan dia tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...