Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Friday, July 20, 2012

Aktiviti Di Dapur

Gambar-gambar gelagat Khadija dan Fatihah di dapur yang sempat saya rakam.
















Masing-masing berebut lesung batu, nak tolong mama konon.















Tindakan pantas adik yang akan menerkam mana-mana anggota badan kakak sekiranya tak dapat apa yang dia nak.















Kakak pula tak melawan, cuma menitiskan air mata.















Akhirnya Fatihah dapat memegang lesung batu setelah kakak Dija mengalah.















Kan bagus macam tu.  Bergilir-gilir tolong mama.















Ni pula gambar Khadija dan Fatihah 'excited' tunggu kuih semperit bunga yang saya saja-saja buat baru-baru ni.  Kononnya nak 'testing' guna oven baru bersaiz 42 liter.  Disebabkan oven ni agak lebar, makanya tidak dapatlah dimuatkan di dalam ruang almari kabinet dapur kami.  Oven yang selalu saya gunakan sebelum ni berada di rumah mak dan bersaiz agak kecil.















Dari mula saya membancuh adunan untuk kuih @ biskut semperit ni lagi, budak berdua ni dah mula sibuk.  Hinggalah ketika membentuk adunan menggunakan acuan. 















Bila tengok kerenah dia orang berdua ni, teringat masa saya kecil dulu.  Sama sahaja aksi kami iaitu siap panjat kerusi nak tengok biskut yang dibakar dalam oven.  Memang 'excited' dan menyibuk setiap kali mak buat kuih di dapur.















Rupa biskut semperit bunga @ dahlia yang sedang dibakar.  Susah juga rupanya nak menekan bentuk bunga dahlia ni ye.  Lagi satu yang saya suka, tiap kali membakar kuih @ biskut raya, bau atau haruman biskut yang dibakar memang sedap.  Nasib baik saya buat bukan di dalam bulan puasa, dah siap bakar boleh terus rasa.   















Rasa biskut ni tidak menghampakan.  Saya bagi pemarkahan sendiri untuk hasil kerja saya sebanyak 4 daripada 5 bintang.  Tak boleh bagi markah penuh sebabnya adunan agak susah nak bentukkan bunga, rasanya agak rapuh dan manis serta bentuk bunga dahlianya tidak sekata.  'Next time' kalau buat saya akan kurangkan sedikit gula dan memperbaiki bentuk bunga tersebut.  

Apa yang membanggakan saya, biskut tersebut digemari oleh Khadija dan Hakim.  Disebabkan tu jugalah, akan datang saya nak cuba lagi buat biskut raya lain yang bahannya agak mudah seperti biskut semperit ni.  Buat Khadija dan Fatihah pula, mama harap kamu berdua bila besar nanti, rajin-rajinlah tolong mama di dapur ye.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...