Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, September 10, 2012

Open House Sana-Sini

Antara gambar open house/jamuan raya yang kami hadiri.

Jamuan Raya MPK - Dewan Hamzah, Klang
















Jamuan  ni saya bawa Khadija sahaja.















Macam tahun sebelum, jamuan raya MPK dapat sambutan yang menggalakkan.  Walaupun buat secara tertutup, ada juga public yang datang, sampaikan makanan pun cepat habis.















Menu Gerai Jabatan Khidmat Pengurusan, otak-otak.















Khadija yang keboringan sebab tiada kawan.


Makan-Makan Di Rumah Mak - Telok Gadong



Menu - Laksa, lontong, nasi himpit, kuah kacang, mee goreng, mihun goreng dan barbeque - sate, ayam percik dan sosej.



















Jamuan diadakan untuk ahli keluarga di garaj tempat letak kereta.



















Khadija yang 'happy' sangat sebab dapat main bebas kat luar dengan sepupu-sepupu.















Penat main di luar, lokasi di ubah di dalam rumah.















Ayam sedang dibakar.















Susunan makanan.  Semua jemputan hadir kecuali sepupu di Seri Kembangan.















Hazirah Izzati yang 'cute'.















Garaj tempat letak kereta.


Rumah Siti Nuraisyah - Setia Alam



Siti Nuraisyah, kawan rapat masa sekolah rendah, sekarang dah bergelar cikgu.  Banyak kali terputus hubungan tapi Aisyah ni rajin jejaki saya.  Terima kasih Aisyah sebab masih menganugerah saya 'KAWAN RAPAT' beliau.
 














Sebelum balik, singgah main kat 'playground' berdekatan rumah Aisyah.















Hampir 1 jam kat 'palyground' ni melayan kerenah 2 beradik yang tak nak balik.
 

'Happy' dapat main.















Abah yang sabar melayan kerenah anak.
 














Buat helah nak ajak pergi Setia City Mall bagi memujuk budak berdua ni balik.















Kat Setia City Mall, sedang tunggu abah.  Hakim masa ni tengah  tengok waktu tayangan cerita Hantu Gangster.  Kononnya nak menonton wayang tapi hampa tiada tayangan untuk masa yang terdekat.















Akhirnya kami ke MBO di Harbour Place, Pelabuhan Klang.  Tiada tayangan cerita menarik.














Disebabkan Khadija beria nak menonton wayang, Hakim ambil cerita Dinosaur Project.  Cerita yang agak membosankan bagi saya.


Rumah Mak Usu - Taman Emas, Kampung Mentaram















Yusuf anak sepupu saya, Fiza.















Seronok dapat berkumpul dan berjumpa sepupu di sini.















Khadija ulang makan berkali-kali.  















Khadija dan Fatihah dengan 2 pupu mereka - Nurdeen dan Yusuf.  Semoga hubungan baik dan silaturrahim mereka berpanjangan.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...