Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Monday, October 22, 2012

Pendaftaran PASTI Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2013

Kepada ibu bapa @ pembaca blog saya yang sedang tercari-cari tadika untuk anak-anak seawal umur 4 tahun hingga ke 6 tahun, bolehlah membaca sedikit info di dalam risalah yang dikeluarkan oleh pihak PASTI Darul Ulum II ini.  Pendaftaran dibuka sekarang.  Untuk makluman, PASTI Darul Ulum II akan berpindah ke bangunan yang baru dibina lengkap dengan kemudahan dan lebih selesa untuk pelajar-pelajar tidak jauh dari lokasi PASTI sekarang ini.



















Bayaran yuran bulanan di PASTI Darul Ulum II adalah sebanyak RM60.00.  Bayaran lain dikenakan sekiranya anak anda mengikuti kelas mengaji Iqra'.



















Saya sekadar membantu pihak PASTI Darul Ulum II mempromosikan tadika ini yang mana saya sendiri mempunyai anak yang telah bersekolah disini sejak berumur 4 tahun.  Insya'Allah, tahun hadapan anak saya Khadija yang bakal memasuki usia 6 tahun masih menyambung pendidikannya disini.  Cerita-cerita mengenai perkembangan pendidikan anak saya di tadika ini serta aktiviti ada banyak saya masukkan di dalam 'entry' yang lepas-lepas.  Kepada pembaca yang berminat, bolehlah merujuk kepada cerita-cerita tersebut.






0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...