Nukilan Kisah Indah Dalam Hidup Kami

Thursday, November 22, 2012

Mandi-Manda Di Sungai Bil

Sabtu lepas, 17 November 2012, kami sekeluarga ke Tanjung Malim, Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupu saya di Taman Bernam.  Mengambil kesempatan ke sana, kami singgah mandi-manda sekejap di Sungai Bil, Slim River yang perjalanannya mengambil masa dalam 30 minit dari pekan Tanjung Malim.  Keadaan persekitaran Sungai Bil dilihat tidak begitu terurus, walau bagaimanapun air sungai didapati tidak tercemar.  Pengunjung juga agak kurang, mungkin disebabkan faktor cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan gerimis.















Sungai Bil, kami mengambil tempat di hadapan rumah keluarga wartawan/pengacara TV3, Mazidul Akmal.  Sekejap sahaja kami disini, lebih kurang 1 jam sahaja bagi memenuhi permintaan kakak dan adik yang beria-ia nak mandi sungai.















Gembira budak berdua ni bila dapat berendam dalam air.















Mula-mula Hakim tak 'join' mandi.  Tapi disebabkan kelasakan budak berdua ni, akhirnya abah Hakim terpaksa juga membasahkan diri masuk ke dalam sungai.















Geram betul dengan mereka berdua ni, punyalah payah nak minta berhenti mandi.



















Fatihah yang  banyak songeh.  Siap cakap dengan saya, 'Kejap mama, lagi 2 minit adik mandi'.  Sambil tunjukkan 2 jari minta simpati saya supaya dapat sambung mandi lagi.



















Kakak yang semakin debab/tembam cuti sekolah ni.  Mana tak, tiap-tiap pagi breakfast roti canai kat kedai sebab ada yang rajin melayan dan membawa mereka berdua ke kedai.















3  beranak yang pantang jumpa air.















Mama love u all.















Proses memujuk mereka berdua naik ke atas.  Kalau hujan tak turun mungkin lebih lama mereka berendam dalam air ni.  Jadilah, walaupun sekejap dapat juga mereka mandi-manda di sungai.

Tanjung Malim, Perak merupakan kampung sebelah bapak saya.  Rumah arwah opah kami betul-betul berada di hadapan UPSI iaitu di Kampung Simpang Empat.  Sedara sebelah bapak saya tinggal merata tempat, di Tanjung Malim hanya Mak Yang, yang lain-lain berada di Ipoh, Terengganu, Kedah dan Johor.  Cuma kami adik-beradik lebih rapat dan mesra dengan saudara-mara di sebelah emak yang rata-rata berada di Klang, Selangor.







Sunday, November 18, 2012

Nasi Daging dan Ayam Bakar

Cuti Awal Muharam kami tidak ke mana-mana, hanya menghabiskan masa di rumah menonton video youtube lepas satu cerita ke satu cerita.  Hari sebelumnya saya dah terfikir nak cuba masak ayam bakar/panggang mengikut resepi Ana Suzana (blogger yang tersohor tu).  Balik je dari kerja petang Rabu, saya terus ke pasaraya berhampiran membeli barang. 
















Ayam yang telah diperap menunggu untuk dimasukkan ke dalam oven. Resepi saya tak tiru 100%, ada diolah sedikit mengikut bahan yang ada.















Sedap betul ubi yang direbus kemudiannya dibakar.  Makan pula bersama sos 'cheezy wedges', memang terangkat.















Ayam yang dah siap dibakar.















Ini pula projek memasak nasi beriyani daging.  Resepi pun saya ambil dari blog Ana Suzana (Cahaya Cintaku).  Memang terbaik resepi Ana Suzana ni. 
















Setelah selesai tumis semua bahan di atas dapur gas, baru kami pindahkan ke dalam 'rice cooker'.















Inilah rupa nasi beriani daging.  Masak dalam 5 pot kecil masih boleh dihantar ke rumah mak untuk mereka rasa.






Tuesday, November 6, 2012

Pelajar Harapan PASTI Darul Ulum II Tahun 2012

Syukur Alhamdulillah, 4 November 2012 satu tarikh yang akan saya abadikan sebagai salah satu peristiwa penting dan bersejarah sebagai seorang mama.  Khadija telah melakar sejarah bagi saya dan Hakim kerana berjaya mendapat anugerah 'Pelajar Harapan' mewakili PASTI Darul Ulum II bagi pelajar berumur 5 tahun.  Khadija terpilih daripada hampir 40 orang pelajar umur 5 tahun di PASTI Darul Ulum II ini.  Menurut salah seorang guru, kriteria pemilihan dinilai dari awal tahun yang mana Khadija dilihat berketrampilan dan cemerlang di dalam pendidikan dan ko-kurikulum.  Khadija juga mendapat nombor 1 di dalam kelasnya dengan peratus pencapaian 97%.

 
Majlis penyampaian hadiah diadakan bersekali dengan Majlis Konvokesyen peringkat DUN Selat Klang untuk pelajar usia 6 tahun bertempat di bangunan Kolej Integrasi Tahfiz Tunas Ilmuan Selangor di Kampung Delek Kanan.  3 PASTI di bawah DUN Selat Klang terlibat yang mana terdiri daripada lebih 100 orang murid berumur 6 tahun iaitu PASTI Darul Ulum II, PASTI Al-Ikhwan dan PASTI Al-Islah. 















Suku daripada ibu bapa yang hadir.  Kami duduk di belakang tetamu VIP.  Nasib baik dapat tempat hadapan, kalau di belakang alamatnya tak nampaklah pentas.


Antara persembahan daripada pelajar.  Bacaan al-quran dan terjemahan surah.  Begitu lancar bacaan al-quran dan terjemahan tersebut dibaca.  Insya'Allah, tahun hadapan saya berdoa dan berharap Khadija yang akan berada di pentas untuk bacaan ini.


Majlis disempurnakan oleh ADUN Selat Klang sendiri, Y.B. Dr. Hajjah Halimah binti Ali.















Perarakan masuk pelajar usia 6 tahun.  Khadija menyelit di belakang sebab Khadija hanya dijemput untuk menerima anugerah sahaja.  Majlis penyampaian hadiah untuk tempat pertama diadakan berasingan dengan majlis ini.  Oleh kerana jubah konvokesyen agak terhad, pelajar pakai bergilir-gilir di belakang pentas.















Perasaan saya ketika ini amat bangga, rasa nak menangis dan bersyukur sangat.  Khadija pula kelihatan selamba je.















Khadija menerima piala daripada Y.B.  Insya'Allah, tahun hadapan saya nak Khadija membawa balik anugerah 'Pelajar Cemerlang' pula.  Kami difahamkan, anugerah untuk pelajar usia 5 tahun merupakan 'Pelajar Harapan' sebab masih ada setahun lagi di tadika.  Manakala anugerah untuk pelajar usia 6 tahun adalah 'Pelajar Cemerlang'.



















Khadija dengan pialanya.



















Bersama adik Fatihah.  Mama dan abah harap kejayaan kakak ini berterusan.  Kejayaan dunia dan akhirat.  Adik Fatihah pula diharap akan menjejaki kakak Khadija nanti.  Insya'Allah, sama-sama kita berusaha dan berdoa.


Inilah dia piala Khadija.  Baru 2 tahun di tadika dah banyak piala Khadija bawa balik.

Nampaknya kenalah mama dan abah tunaikan janji kami sebab Khadija dah dapat nombor 1.  Mama berdoa dan berharap Khadija dan Fatihah diterangkan hati dan cemerlang pendidikan dunia dan akhirat.  Amin.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...